
Semalam aku baca Kosmo... Terbaca lak sajak yg penah Pak Lah Deklamasikan masa mula2 dia jadi PM..cam best lak .. tu yg aku nak kongsi kat sini...
AKU CARI DAMAI YANG ABADI
Kucari bukan harta yang bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berpoya-poya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia Sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah Teman
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
No comments:
Post a Comment