Kini semakin ramai yang mementingkan kesihatan. Mencari supplement sebagai alternatif untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan. Dan ramai yang dah tahu kelebihan OMEGA GUARD ini. Jom kita tengok apa kandungan yang ada dalam OMEA GUARD SHAKLEE membuatkan ia berbeza dan lain dari yang ada di pasaran.
OMEGA GUARD dihasilkan dari minyak ikan terbaik dunia yang diesktrak dari ikan lauk air sejuk di perairan Jepun. Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi yang terdiri daripada EPA, DHA, ALA, HDA dan banyak lagi. Hasil kajian menunjukkan ikan dari air lauk dalam/sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu HPA dan EPA yang membantu merendahkan lemak dalam darah dan merawat penyakit lelah.
Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak yang sangat penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega 3 yang berasaskan tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA oleh badan kita. Ia juga membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
KELEBIHAN OMEGA GUARD
Omega guard menjadi pilihan ramai kerana banyak manfaat dan kelebihan yang ada dalam OMEGA GUARD ini. Tentu ramai yang nak tahu kebaikan OMEGA ni kan.
- Mencegah penyakit saluran darah dan strok ~ membantu merendahkan tekanan darah tinggi, melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah dalam badan yang membantu mengurangkan risiko serangan strok.
- Merendahkan kadar kolestrol dan darah tinggi ~ membantu mengekalkan tekanan darah normal dan mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala. Menghindarkan pembekuan darah dalam badan dan juga merendahkan kadar kolestrol. Juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Pembakaran lemak dalam badan ~ pengambilan 2 kapsul sehari selepas waktu makan tengahari membantu proses pembakaran lemak dalam badan. Sesuai bagi mereka ingin mengawal berat badan.
- Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) ~ Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan yang mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Memelihara fungsi sendi mengurangkan risiko gout.
- Membantu perkembangan otak bagi kanak-kanak ~ Kandungan DHA yang ada dalam OMEGA membantu perkembangan otak kanak-kanak, sistem saraf dan retina. Pengambilan Omega oleh ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dalam kandungan.
- Mencegah penyakit Alzheimer ~ DHA membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran. Mencegah penyakit alzheimer, memelihara penglihatan, pendengaran dan migrain.
- Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru ~ Memperbaiki alahan kulit, bronkitis (batuk), asma (lelah), hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
- Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan ~ EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk membantu menstabilkan emosi dan mengurangkan tekanan seperti kemurungan, kebimbangan, autism, kanak2 hiperaktif seterusnya membantu mengekalkan kesihatan mental.
- Menentang kanser ~ OMEGA 3 boleh mencegah kanser paru2, payudara, prostat dan kolon. Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
No comments:
Post a Comment