Assalamualaikum.
Semalam tak tahu nak masak apa. Jadi Nana nekad nak cuba masak nasi kerabu dan kali ini Nana nak buat sekali sambal tumisnya. Apa lagi terus google cari resepi nasi kerabu. Sebenarnya takde la susah mana nak buat nasi kerabu ni sebab kesedapannya terletak pada sambal kelapa campur ikan tu dengan sambal tumis dia.
Apa yang buat Nana excited sangat nak buat nasi kerabu sendiri ni bukan apa, sebab tak puas makan nasi kerabu yang beli kat area tempat kerja. Sambal kelapa dia langsung takde ikan.
Sebelum ni Nana buat simple jer, takde pon buat sambal tumis tu. Tapi kali ni Nana nak cuba buat sambal tumis tu. Cuba call kakak kat kampung untuk dapatkan resepi tak dapat. So, google la. Apa yang susahnya kan? Ini antara bahan-bahan yang Nana beli kat mini market. Tapi dalam kes ini, Nana terlupa nak beli taugeh dan serai. Tapi nasib baik ada serai kat belakang rumah.
Bahan yang perlu ada untuk nasi kerabu ni adalah Nasi, ulam-ulaman, budu, sambal cili, sambal tumis, sambal kelapa dan lauk seperti telur masin, ikan goreng celup tepung dan lada sumbat (solod)
Sebelum tu, kenapa Nana panggil Nasi kerabu sesedap rasa ni? Sebabnya Nana masukkan bahan-bahan tu ikut suka jer. Tak ikut sangat resepi yang diambil dari internet. Tapi Nana bagi kat sini ikut sukatan la. Cuma anda boleh buat dan agak-agak sendiri bahan-bahan tu nanti.
BAHAN A (SAMBAL KELAPA)
- ikan sardin segar 3 ekor (bersaiz besar, tapi nana guna 2 ekor jer)
- 1 biji kelapa parut
- 2 batang serai
- 1 ulas bawang merah (nana guna bawang merah yang besar)
- garam dan gula secukup rasa
* Seeloknya biar sambal kelapa ni manis sedikit
Cara-cara:-
- goreng kelapa tanpa minyak dengan api perlahan sehingga kaler perang.
- ikan dibersihkan dan direbus. Kemudian digoreng tanpa minyak (dalam kes ini sebab Nana takde pembakar kat rumah. Hehe)
- Kemudian tumbuk serai dan bawang merah sehingga lumat dan masukkan ikan, tumbuk sehingga lumat.
- Tumbuk sekali garam dan gula
- tumbuk kelapa goreng tadi. Tumbuk kasar.
- Campurkan ikan dan kelapa sehingga sebati
Ni la rupa kelapa yang dah digoreng
BAHAN B (SAMBAL TUMIS)
- 1 Peket santan (Nana guna santan fresh yang berharga RM4.50 tu)
- 10-15 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- asam keping (nana guna dalam 3 keping)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:-
- Cili kering, bawang merah, bawah putih dan halia dikisar.
- Panaskan minyak untuk menumis
- Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik minyak (pecah minyak).
- Masukkan air dan kemudian masukkan santan.
- Masukkan serai, asam keping, garam dan gula.
- Kacau sentiasa sehingga kuahnya menjadi pekat.
Di sini memerlukan sedikit kesabaran untuk menunggu kuah menjadi pekat. jangan pulak ada yang letak tepung jagung pulak untuk pekatkan kuah.
* Seeloknya biar masin sedikit. Ada yang tambah sedikit budu dalam sambal tumis ni. Tapi Nana tak letak budu.
BAHAN C (Sambal Cili)
- 20 biji cili api (Nak lebih pon boleh)
- Cuka (anggaran 4-5 sudu besar)
- Sedikit belacan
- Asam limau
- Garam dan gula secukup rasa
* Kisar semua bahan di atas
BAHAN D (Ulam-ulaman)
- Taugeh
- Daun kesum
- kacang panjang
- bunga kantan
- kobis
* Semua bahan dihiris halus dan digaul bersama
Cara memasak nasi.
- Nasi dimasak macam biasa, Nana gunakan kunyit untuk jadikan kaler kuning sebab tak dapat cari bunga biru (nana tak tahu nama bunga tu) untuk jadikan nasi kaler biru. Tapi dalam nasi ni nana letak daun limau purut dan daun pandan untuk bangkitkan aroma.
Inilah rupa bahan-bahan yang sudah siap.
Siap untuk dimakan. Boleh la nak tambah hidangan sampingan seperti telur masin, ikan goreng celup tepung, cili sumbat, keropok. Tapi, Nana cuma goreng ayam jer untuk makan sekali dengan nasi ni.
Sedia untuk dimakan
Selamat mencuba resepi nasi kerabu yang mudah ini!!!
Tengok pada nasi kerabu ni, confirm banyak kolestrol kan? Ye la penggunaan santan dan lauk bergoreng. Tapi jangan risau, anda boleh telan LECITHIN DAN ALFALFA selepas makan nasi kerabu ni untuk nyahkan segala lemak yang tak diperlukan oleh badan.
Boleh KLIK CARA MENGAWAL BERAT BADAN untuk tahu lebih lanjut.
Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Boleh hubungi Nana pada bila-bila masa. SMS/Whatsapp untuk respon yang lebih pantas.
No comments:
Post a Comment