Facebook Twitter Pinterest Google+ Email Addthis

Saturday, June 14, 2014

ATASI MASALAH SUSU BADAN MERUDUM | PENGEDAR SAH SHAKLEE

SUSU BADAN MERUDUM BUKAN MASALAH KETURUNAN

~Entri ini mungkin agak panjang, tapi kesudian anda untuk membacanya akan memberi manfaat kepada semua~

Menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya menjadi impian setiap wanita yang baru melahirkan anak. Saya sendiri mula buka mata mengenai penyusuan susu ibu semasa mengandungkan anak kedua tiga tahun lalu. Dan sejak itu saya terus menanam tekad dan azam untuk menyusukan bayi yang bakal lahir dengan susu badan sepenuhnya walau apa cara sekalipun. 





Dalam proses atau perjalanan penyusuan susu badan, pasti ada ketika susu akan berkurang atau merudum. Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan susu badan merudum. Antaranya stress, datang bulan, demam dan kurang makanan berkhasiat.

Kita perlu tahu bawa tidak ada susu badan BUKAN masalah keturunan. Tetapi banyak sebab lain. Antaranya kurang ilmu dan pemahaman terhadap penyusuan. Seorang sahabat saya yang mengandung pernah meluahkan yang family dia semua jenis tak ada susu badan. Dan dia pon rasa dia takkan susu badan. Saya terus yakinkan dia bahawa rezeki itu dari Allah dan kena yakin pasti ada susu untuk anak yang bakal lahir nanti. Alhamdulillah susu dia memang melimpah ruah semasa beliau melahirkan anak pertamanya.

ALLAH bagi kita mengandung dan selamat melahirkan. Jadi mintalah pada DIA supaya dimurahkan rezeki susu anak SAMBIL RAJIN-RAJIN MENYUSUKAN ANAK TAK KIRA MASA  dan MENGEPAM MENGIKUT JADUAL bila anak tidak ada bersama dan bila sudah bekerja. Bukan hanya mengharap pada KEAJAIBAN yang datang bergolek atau turun dari langit melimpahi ribaan kita.

Kita perlu tahu bahawa hisapan anak itu adalah faktor utama perangsang susu dihasilkan. Semakin kerap anak menghisap, semakin kerap kilang susu dikosongkan, maka semakin keraplah susu dihasilkan. Begitu juga bagi ibu-ibu yang bekerja, jadual mengepam yang konsisten membantu susu sentiasa RECYCLE. Semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan.



BETUL KE SUSU MEMANG TAK ADA??

Bagi saya, mengatakan susu badan TIDAK ADA adalah suatu MITOS semata-mata. Melainkan memang ada MASALAH KEKURANGAN KELENJAR SUSU yang telah diperiksa dan disahkan oleh doktor. Pemeriksaan doktor biasanya akan melibatkan ULTRASOUND terus ke kilang susu untuk memeriksa berapa banyak kelenjar susu yang ada. Bukan dengan memicit susu direct dari breast dan apabila hanya keluar setitik dua susu yang keluar, terus beranggapan mempunyai masalah kelenjar susu. Telahan ini sama sekali SALAH.

Cara terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat dari pakar, seperti pakar laktasi. Ini bukan bermakna kita menidakkan pengetahuan dan kepakaran seorang doktor, tetapi doktor hanya mahir dalam bidang kerjayanya sahaja. Maka sebab ini jugalah wujudnya pakar-pakar laktasi yang bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam penyusuan. Oleh sebab itulah kita digalakkan berjumpa dan mendapatkan nasihat dari pakar laktasi ini. 

KUNCINYA - CARI DAN GALI. Cari ilmu. Cari sokongan, cari cara dan usaha terbaik yang paling sesuai untuk diri sendiri dan anak. In sha Allah, usaha kita tidak akan menjadi sia-sia dan memberi manfaat kepada kita sendiri jugak.


TIPS PENYUSUAN| CARA UNTUK MENINGKATKAN SUSU BADAN

Seperti yang anda semua tahu, konsep DEMAND AND SUPPLY adalah KUNCI UTAMA dalam proses penyusuan. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, semakin kerap anak menghisap, semakin kerap kilang susu dikosongkan, maka semakin kerap dan banyaklah susu dihasilkan

Tips atau cara untuk mengatasi masalah susu merudum:-
  • PAM LEBIH KERAP - Jadual mengepam perlu konsisten sewaktu bekerja. Pam sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sekali. Tambah 1 atau 2 sesi lagi di rumah dan kalau ada masa, boleh buat power pumping (PP). Power pumping adalah cara yang berkesan untuk meningkatkan production. Anda boleh KLIK DI SINI untuk mengetahui cara buat power pumping
  • TIADA ALASAN - Jangan bagi alasan untuk tidak mengepam atau tidak ada masa untuk mengepam di rumah. Ini kerana anda boleh lakukan tandem nursing dengan anak semasa di rumah. Iaitu cara di mana sebelah kita menyusukan anak dan sebelah lagi kita pam. Cara ini paling berkesan untuk menghasilkan stimulasi kerana ia dilakukan serentak dan mampu wujudkan demand yang extra.
  • JAGA EMOSI - Apabila susu kita semakin kurang, jangan cepat melatah atau mudah berasa sedih dengan situasi ini. Sebaliknya kita kena yakin dan cuba untuk catch up dengan cara usaha yang EXTRA. Contohnya, bangun di tengah malam atau awal pagi untuk mengepam dan bukannya makin malas bila susu semakin kurang.
  • JANGAN COMBINE SESI MENGEPAM - Maksudnya di sini, pam setiap 5 atau 6 jam dengan harapan susu akan lebih banyak dihasilkan sewaktu mengepam kerana jarak masa yang lama. Sesungguhnya anda telah melakukan kesilapan besar bila buat begini. Cara ini salah sama sekali kerana semakin kerap kita mengepam, semakin banyak susu dihasilkan.
  • MINUM AIR SECUKUPNYA - Bagi ibu menyusu, selain makan nasi yang semestinya tak boleh skip, minum banyak air kosong juga sangat penting. Ibu menyusu perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Boleh jugak minum susu kerana ibu menyusu jugak perlukan kalsium untuk ibu dan anak. 
  • BERDOA PADA PENCIPTA - Allah yang memberikan rezeki kepada kita. Jadi, berdoalah kepada Allah supaya murahkan rezeki anak untuk menikmati susu badan sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun.



Kepada ibu-ibu semua, lakukanlah yang terbaik supaya si manja dapat menikmati titisan emas anugerah Allah ini dengan sepenuhnya. Oleh itu, ibu-ibu menyusu jugak perlu menjaga kesihatan diri. Shaklee ada menawarkan set penyusuan untuk ibu-ibu yang ingin mengekalkan kesihatan dengan set ini. Anda boleh klik SET PENYUSUAN SHAKLEE untuk tengok entri yang berkaitan.


KEPADA IBU-IBU, ALL THE BEST!!! ANDA IBU YANG HEBAT, TERUSKAN KEHEBATAN ANDA SEBAGAI "PENGELUAR" MAKANAN UNTUK SI MANJA ANDA.


Bagi ibu-ibu yang berminat nak dapatkan set penyusuan shaklee, boleh hubungi Nana. Setiap pembelian set penyusuan shaklee dari Nana, akan mendapat konsultasi tentang penyusuan dari Nana secara eksklusif dan berterusan secara PERCUMA.


Dapatkan penjimatan harga produk sehingga 25% dengan mendaftar menjadi ahli shaklee dengan hanya RM75 untuk seumur hidup.

Berminat nak tahu lebih lanjut pasal produk SHAKLEE?


iR Nana Zarina: 019-3088178
ID Shaklee: 883402
Email: saidina7300@gmail.com


 SET MENYUSU SHAKLEE


Credit to: Noorfazila binti Abdul Rahman




No comments:

Post a Comment

ARTIKEL LAIN

AHLI SUKAN ALERGIK ANEMIA SEMASA HAMIL ANTI PENUAAN BATUK SEMASA HAMIL BENGKEL NUTRISI SHAKLEE BISNES ONLINE CACAR AIR CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE CARA MERAWAT SEMBELIT CARA TURUNKAN BERAT BADAN CHICKEN POX DEMAM PANAS JADI AHLI SHAKLEE KENCING MANIS KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU KISAH ISTERI POWER KOLESTROL TINGGI Kempen Sihat MIGRAIN MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK Master Checklist NATIONAL CONFERENCE OFFLINE COACHING ONLINE BISNES PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK PERIOD TIDAK TERATUR PESAKIT KANSER DARAH POWER PUMPING RAHSIA BERHENTI MEROKOK RAHSIA SYUKUR SAKIT SENDI SHAKLEE EFFECT SHAKLEE HQ SIJIL HALAL SHAKLEE SUSAH TIDUR Shaklee Motivation Rally TANDA-TANDA KENCING MANIS TASKA OH TASKA TESTIMONI OMEGA GUARD TIPS ATASI ASMA TIPS ATASI DEMAM PANAS TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR TIPS ATASI RAMBUT GUGUR TIPS ATASI SEMBELIT TIPS BADAN CERGAS TIPS BERHENTI MEROKOK TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL TIPS CERGAS SEMASA HAMIL TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG TIPS HILANGKAN GEGATA TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT TIPS KECUTKAN JERAWAT TIPS KEKAL CERGAS TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT TIPS KURANGKAN MENGANTUK TIPS KURUS TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TIPS MEMILIH TASKA TIPS MENGASAH BAKAT TIPS MENYUSUKAN ANAK TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG TIPS MINUM AIR KOSONG TIPS MUHASABAH DIRI TIPS RAWAT GASTRIK TIPS RAWAT SAKIT SENDI TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL TIPS UNTUK AHLI SUKAN VITAMIN KANAK-KANAK

LIKE US ON FACEBOOK

Designed ByBlogger Templates