Sebenarnya takde jalan singkat untuk kurus dan turunkan berat badan. Ada sesetengah orang yang terlalu obses nak kurus sehingga sanggup habiskan duit ribuan ringgit ke pusat-pusat pelangsingan atau ada yang sanggup beli macam-macam produk kurus yang belum tentu terjamin keselamatannya semata-mata untuk kurus. Bagi yang mampu, mungkin boleh ke pusat-pusat pelangsingan tapi bagaimana dengan golongan yang sederhana? Jom Nana nak share bagaimana Nana turunkan berat badan. Baca sampai habis tau.
3 tahun lalu sebelum Nana hamil anak kedua, Nana sendiri pernah ke pusat pelangsingan. Mula-mula nak amik pakej yang RM999 tu. Tapi bila dah ada kat sana, mula la dorang promote macam-macam pakej sehingga Nana kena bayar RM2000 lebih. Fuhhh!!! terbang kredit kad. Dah la baru dapat kredit kad masa tu. Tapi takpe rasa berbaloi sebab semua sekali ade 60 sesi. 5 bulan buat sesi pelangsingan Nana cuma mampu turun 10kg. Itupon Nana diet sampai tak makan nasi, roti, beehoon, mee atau apa sahaja yang Nana rasakan boleh gemukkan Nana.
Jadikan gambar sumber inspirasi.
Ok, kita lupakan pasal pusat pelangsingan tu. Sebabnya Nana menyesal tak sudah. Rasa membazir. Sebabnya kata kunci untuk kurus adalah JAGA PEMAKANAN. Kalau kita tak jaga pemakanan kita, habis ribuan ringgit kat pusat pelangsingan sekalipon, kita takkan kurus. Bagi mereka yang susah nak tinggalkan menu nasi, sama macam Nana, jom Nana share apa yang Nana buat dan amalkan.
CARA PERTAMA
Jaga pemakanan kita. Sebolehnya jangan skip makan nasi. Mungkin boleh kurangkan kuantiti dari penuh ke suku sahaja. Lebihkan lauk dan sayur-sayuran. Elakkan makanan yang terlalu berminyak dan bersantan. Masih boleh makan tapi cuba kurangkan.
Nasi lemak tu kalau boleh janganlah jadikan menu sarapan setiap hari. Cubalah makan sandwich atau minuman fiber ke, atau minuman berprotein seperti ESP SHAKLEE yang beri kita rasa kenyang lebih lama. Nana dulu makan jugak nasi lemak tapi sebulan sekali jer.
CARA KEDUA
AIR KOSONG kena minum sekurang-kurangnya 3 liter. Seperti yang kita tahu setiap berat 25kg bersamaan dengan 1 liter air. Jadi kalo berat kita antara 60kg ke 75kg, maknanya kita kena minum 3 liter air.
Memang tak dinafikan kita akan kerap ke bilik air bila minum banyak air kosong, tapi ia sangat bagus untuk proses menghilangkan toksin dalam badan kita. Ingat ya, 3 liter air kosong, bukan air bergula. Kalau rasa susah nak minum air kosong, boleh klik cara minum air kosong untuk tahu cara mudah nak habiskan 3 liter air sehari.
CARA KETIGA
ELAKKAN makan malam atau makan lewat malam. Seeloknya jika teringin nak makan nasi, makanlah di waktu siang atau makan tengahari. Makan seperti yang Nana sarankan dalam cara pertama di atas. Ini juga salah satu punca yang menyebabkan kita jadi gemuk. Suka makan di waktu malam. Untuk makan malam boleh digantikan dengan makanan ringan seperti buah-buahan atau boleh meratah lauk atau sayur sahaja. Cara paling mudah, anda cuma perlu minum ESP SHAKLEE sahaja dah mencukupi.
Nana jugak dah pernah buat silap dalam penjagaan masa makan. Beberapa bulan lepas Nana jarang makan tengahari sebab malas nak keluar makan, sebaliknya asyik mengunyah jajan di waktu siang. Balik kerja Nana makan malam di rumah. Hasilnya Nana dapat rasa yang berat badan seperti bertambah walaupon kawan-kawan kata Nana masih maintain kurus. Sebab Nana akan makan lecithin dan alfalfa untuk membantu menyerap lemak dan detoks. Kerana kedua-dua vitamin ini termasuk dalam set kurus shaklee
Dalam gambar ni boleh nampak berat Nana dah naik sikit gara-gara tak jaga waktu makan. Sekarang ni Nana dalam proses nak betulkan balik waktu makan di samping set kurus shaklee bagi memastikan lemak dan toksin tak berkumpul dalam badan.
Inilah bezanya dengan set kurus shaklee yang lebih kepada pengurangan inci. Walaupon anda mungkin perasan berat tak banyak perubahan, tapi anda akan rasa perubahan bila dapat menyarungkan kembali baju-baju lama.
CARA KEEMPAT
Senaman. Kita tak semestinya melakukan senaman berat. Dengan melakukan kerja rumah yang boleh mengeluarkan peluh pon dah cukup untuk kita bakar kalori dalam badan kita. Sebabnya Nana sendiri pon jarang buat senaman. Hehehe. Tapi pergerakan Nana setiap hari dah bantu Nana keluarkan peluh. Nana banyak berjalan kaki. Naik tangga turun tangga adalah aktiviti rutin harian Nana.
Nana pernah ikut senaman melalui youtube, kali pertama buat memang kelakar. 10 minit dah pancit. Mahu tak pancit, lama sangat tak bersenam. Tapi masuk kali kedua dan ketiga Nana dah boleh buat 20 minit tanpa henti. Syabas Nana!!!
Jadi, rajin-rajinlah bersenam tu ya.
CARA KELIMA
ELAKKAN mengunyah jajan selalu. Kalau boleh cuba kurangkan makanan ringan sebegini. Lagi satu tidak elok untuk kesihatan kita juga. Bukan tak boleh makan, tapi cuba kurangkan. Sekiranya tak ambil langsung lagi bagus sebenarnya.
Cuma satu Nana nak pesan, janganlah target nak turun 10-20kg dalam masa seminggu atau sebulan. Paling lama kita tengok dalam masa 4-5 bulan dengan syarat ikut cara-cara di atas.
Bagi yang nak mencuba set kurus shaklee, boleh hubungi Nana dan Nana akan cuba bagi konsultasi terbaik buat anda.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh la hubungi saya pada bila2 masa. Boleh jugak nak sms atau whatsapp.
Anda boleh memilih vitamin mengikut kesesuaian bajet dengan klik di bawah untuk terus order secara online.


No comments:
Post a Comment