"Saya dah tak minum ESP sebab badan saya makin naik laa,
"Taknak la minum ESP lagi sebab berat badan tak turun pon"
"Saya makin gemuk la bila minum ESP"
GEMUK SETELAH MINUM ESP SHAKLEE?
Sebelum Nana nak share pasal gemuk ni, Nana cerita dulu tentang ESP yang anda kata telah menggemukkan anda. Sebabnya bila kita tengok kandungan ESP itu sendiri adalah sangat mustahil ia boleh menyebabkan kegemukan.
Pertama, ESP diproses secara Non GMO. Dulu pon Nana tertanya-tanya apa dia Non GMO ni. Dalam bahasa mudah Non GMO ni bermaksud, kacang soya ini diproses setelah ia benar-benar matang dan dipilih dari kacang soya terbaik. Sebab itulah ia selamat diminum berbanding dengan soya yang lain. Jadi bila ada yang mengatakan minum soya ni boleh kena kanser, Nana cuma geleng kepala. Tapi Nana memang yakin dengan soya ESP Shaklee ni.
Kedua, ESP Shaklee adalah Rendah Indeks Glisemik (G.I). Karborhidrat dengan kadar G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Mengekalkan paras gula dalam rendah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Ketiga, ESP adalah bebas kolestrol. Boleh baca tentang esp di sini untuk tahu lebih banyak lagi tentang ESP SHAKLEE.
Kalau kita tengok kandungan ESP shaklee ni adalah sangat mustahil jika kita katakan badan naik sebab minum ESP ni.
Cuba kita tengok balik macam mana cara pengambilan makanan kita setiap hari? Pengambilan air kosong pulak macam mana? Cukupkah 3 liter sehari sekurang-kurangnya?
Terus terang Nana katakan, punca kegemukan itu mungkin berpunca dari cara pemakanan kita. Kalau tidak mengawal pemakanan, gemuk sudah pasti. Jadi tidak boleh nak terus mengatakan sebab ESP kita jadi gemuk. Pengambilan air kosong kena cukup setiap hari.
Berat 25kg bersamaan dengan 1 liter air kosong yang perlu kita minum. Jadi kalau kita mengatakan kita dah minum banyak air, banyak mana yang kita minum? Cukup ke 3 liter air kosong setiap hari?
ESP adalah sumber protein. Jadi anda dinasihatkan untuk tidak mengambil ESP ini lebih dari 3 sudu sehari. Kerana protein yang lebih tidak elok untuk buah pinggang. Jadi takut jadi isu pulak nanti kata minum ESP sakit buah pinggang. Mintak dijauhkanlah dengan perkara sebegini.
Bagi mereka yang ingin jaga berat badan, anda boleh cuba set kurus shaklee yang terdiri dari ESP, Lecithin, Alfalfa dan Herbalax. Dan anda akan rasakan perubahan.
TEPUK DADA TANYALAH HATI.
Anda nak cuba ESP ni? Atau perlukan konsultasi, boleh hubungi Nana pada bila-bila masa.
Nana Zarina: 019-3088178
ID Shaklee: 883402
Email: saidina7300@gmail.com
Boleh klik di bawah untuk order terus secara online mengikut kesesuaian bajet.
No comments:
Post a Comment