Sedetik di Dataran Merdeka
Sebenarnya ni malam yang sama Nana bawa anak-anak tengok teater kat Kanak-kanak Laba Sang Bijaksana di Auditorium DBP tu. Teater tu tamat jam 10 malam. Jadi masa balik Nana saja lalu ikut Dataran Merdeka sebab nak tengok suasana malam minggu di Dataran Merdeka.
Nana tak sangka suasana malam minggu begitu meriah dengan orang ramai yang datang bersantai bersama keluarga. Deretan kereta penuh di tepi jalan. Bila tengok suasana kebanyakannya adalah family, jadi Nana berani untuk singgah sekejap. Lagipon, esoknya tak kerja. Athirah pon tak sekolah. Singgah sekejap jer sebab lama-lama pon Nana tak berani jugak. Hehehe.
Ramai kanak-kanak dok main bubble. Ada yang main lastik berlampu. Dan macam-macam lagi. Dah jadi macam aktiviti keluarga pulak. Lepas tu ada jugak orang jual air dan buah-buahan yang siap dipotong. So, tak risau kalau anda rasa nak mengunyah atau dahaga.
Bab bubble ni yang best. Sekali main RM2 jer. Boleh la main sampai puas-puas. Pandai kakak ni cari rezeki. Apa lagi, Athirah dan Asyraff pon main jugak. Ambil sorang satu. Nana tak duduk lama pon di sini. Ada kot dalam 20 minit. Lepas Athirah dan Aysraff main bubble tu, kami gerak balik.
Seronok dapat main bubble
Berebut-rebut nak buat bubble
Along anak buah Nana pon main sama
Asalkan kalian happy
Sekali sekala beriadah malam-malam bersama anak-anak. Inipon sebab ada anak buah Nana yang lelaki. Kalau tak, Nana pon tak berani jugak nak singgah. Tapi, Nana rasa ok la suasana macam terkawal. Tak nampak pendatang asing pon sebab kebanyakannya adalah family. Nana tengok orang yang dok jual air dan buah termasuk kakak yang jual bubble ni pon orang Malaysia.
Nana rasa baik singgah sini daripada pergi ke KLCC yang penuh dengan pendatang asing. Kekadang rasa tak selamat dah nak pergi ke KLCC kalau nak santai-santai. Nana sendiri tak sangka ada aktiviti keluarga macam ni di Dataran Merdeka ni.
Kalau korang rasa tak tahu nak pergi mana malam minggu dengan anak-anak, boleh la datang lepak-lepak kat sini. Best jugak sebab anak-anak bebas bermain. Tapi dengan pemantauan kita la. Jangan pulak terlepas pandang. Sekarang ni kan macam-macam. In shaa Allah, semoga Allah melindungi kita semua.
Malam minggu 19 September 2014
No comments:
Post a Comment