Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.
Kalini Nana nak share rahsia kejayaan pengedar sah shaklee dalam bisnes shaklee sehingga mencapai rank tertinggi dalam shaklee iaitu MASTER COORDINATOR. Inilah salah satu sebab kenapa Nana semakin jatuh cinta dengan shaklee.
MASTER CHECKLIST
Mesti anda semua tertanya-tanya apa dia master checklist tu kan? Nak cerita lebih-lebih tak boleh la kan. Sebab takut nanti dikata riak atau nak menunjuk-nunjuk. Nauzubillah. Tidak pernah terniat langsung ke arah itu.
Master Checklist lebih kepada senarai tugasan yang perlu kita lakukan setiap hari. Selain ia bersifat "tugasan" yang mendorong kita melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan, ia turut menyenaraikan amalan rohani yang perlu kita buat. Amalan yang rohani yang cukup simple tapi besar hikmahnya.
Tugasan yang Nana maksudkan tu seperti update blog, update status facebook, study produk shaklee dan macam-macam lagi. Bila dah tengok list dalam master checklist ni secara automatik mendorong Nana yang selama ini liat nak update blog menjadikan Nana seorang yang rajin menulis. So bila nak menulis tu kena la study pasal produk. Betul tak? Secara tak langsung dapat tambah pengetahuan tentang sesuatu produk shaklee. Bukan itu sahaja, info yang dapat malah lebih dari itu.
Amalan rohani dalam master checklist ni hanya sebahagian sahaja dan sebagai panduan. Ia terserah kepada individu itu sendiri sama ada sanggup atau tidak untuk melakukannya. Tapi betul jugak kata-kata dari Master Cery (orang yang bertangggungjawab memberikan master checklist ni kepada anak cucu cicit piut miut di bawah susur galur beliau), untuk mendapat rezeki kita perlu dekatkan diri kepada pemberi rezeki iaitu Allah Yang Maha Esa.
Sebenarnya tak susah nak buat amalan rohani ni. Secara automatik ia telah mengelakkan diri kita dari terus lalai. Macam Nana sendiri, sekarang ini lebih suka mendengar zikir dalam kereta. Smanil dengar boleh ikut. (Tapi radio kereta rosak la pulak saat entry ini ditulis...uuuuwwaaaaaa)... Tak pe... tu bukan alasan untuk tidak berzikir. Bila dah biasa, jadi seronok pulak.
Memang best grup Shaklee di bawah empayar Jutawan. Master Shaklee sering menitik beratkan amalan rohani. Dulu mungkin kita buat amalan rohani seperti yang disarankan tu untuk dapatkan rezeki semata-mata. Tapi bila dah jadi kebiasaan, apa yang kita dapat lebih dari itu. HATI dan JIWA lebih tenang. Hidup rasa lebih terurus. Dan mendorong kita le arah kebaikan.
Bila difikir balik, susah sangat ke nak zikir 300 kali atau 1000 kali tu? Kalo kita dah biasa sebenarnya sekejap sahaja. Samnil berjalan ke kereta, ke lrt boleh jer nak berzikir kan, dari kita menyanyikan lagu-lagu yang kadangkala melalaikan. Alangkah baik jika bibir kita sentiasa dibasahi dengan kalimah allah.
SUBHANALLAH... Indahnya rasa.
Bukan tak boleh nak menyanyi lagu tu. Kadangkala Nana pon ada juga menyanyi. Tapi lagu-lagu biasa la. Bukan menyanyi kuat tu tau. Tapi menyanyi kecil kata orang. Setiap orang tak sama. Jadi apa salahnya sekali sekala.
In sha allah kita tidak akan rugi melakukannya. Malah mendorong kita ke arah yang lebih baik. Nana beruntung berada dalam grup jutawan ni.
~ Rezeki datangnya dari Yang Maha Memberi, jadi mintalah pada Dia bersungguh-sungguh, dan dekatilah Dia kerana kita akan dapat lebih dari apa yang kita mahukan ~
Untuk tahu lebih lanjut kelebihan jadi ahli shaklee boleh klik di sini.
Berminat nak menghayati Master Checklist ni? Hubungi Nana segera melalui sms atau whatsapp
Email:saidina7300@gmail.com
HP: 019-3088178
Shaklee Independent Distributor ID:883402
~IMPIAN MENGGAPAI BINTANG~
No comments:
Post a Comment