Assalamualaikum.
Petang tadi Nana dok godek-godek FB terjumpa seorang rakan FB share pasal resepi kuey teaw kungfu ni. Tapi ade jugak setengah orang panggil kuey teaw hongkong, Macam menarik dan sedap. Jadi Nana takut resepi ni hilang dari pandangan, apa salahnya Nana share kat sini. Lepas ni senang nak cari bila nak masak. Kalau nak tengok macam-macam resepi yang simple dan ringkas boleh ke www.facebook.com/Tahrunnisah Jali. Banyak yang beliau kongsikan resepi yang menarik, resepi ni pon diambil dari FB beliau.
BAHAN-BAHAN
- Kuey teaw
- 2 biji telur (anggaran untuk seorang makan)
CARA MEMASAK KUEY TEAW
- Pecahkan telur dan pukul hingga rata
- Masukkan kuey teaw dan gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing
- Angkat dan toskan
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
- 1 - 2 ulas bawang putih
- 1 - 2 biji cili api (boleh letak lebih kalau suka pedas)
- 1 - 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- 1/2 kiub pati ayam
- sayur kailan, lobak merah, jagung muda, cendawan butang, kobis
- isi ayam dipotong dadu
- Udang dibuang bahagian mulut
- sotong dipotong bulat
- lada sulah
- garam
- air secukupnya
- minyak untuk menumis
tengok bahan-bahan pon dah menarik ni
CARA-CARA MEMASAK KUAH
- Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu minyak masak. Masukkan bawang putih yang diketuk sahaja. Tumis sehingga naik bau
- Masukkan air (ikut anggaran berapa orang untuk makan)
- Masukkan isi ayam, sotong dan udang
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kuah tak pekat dan tak cair sangat
- Masukkan sayuran yang sudah dipotong
- Kemudian masukkan kiub dan garam secukupnya.
- Perhatikan kuah, kalau agak cair boleh tambahkan bancuhan tepung jagung.
Bila kuah dah siap, masukkan kuey teaw yang dah digoreng tadi ke dalam pinggan. Kemudian curahkan kuahnya di atas kuey teaw tadi. Boleh letak cili merah, limau dan daun sup sebelum dimakan. Dan enak jugak dimakan bersama cili potong.
Fuhhhh!!!! Tak sabar nak cuba, memang nampak menarik.
Dah makan ni kena la amik set kurus shaklee atau boleh makan dulu phytocol-ST sebelum menjamah hidangan ini untuk memastikan segala kolestrol diserap sebelum ia bertakung dalam badan kita.
Kalau lepas baca resepi ni dan nak cuba produk shaklee, bolehlah hubungi Nana ya.
Email: saidina7300@gmail.com
HP: 019-3088178
Shaklee Independent Distributor ID:883402
SELAMAT MENCUBA...............
No comments:
Post a Comment