Facebook Twitter Pinterest Google+ Email Addthis

Monday, September 22, 2014

Teater Kanak-Kanak Laba Sang Bijaksana

JUMAAT 19 September 2014

TEATER KANAK-KANAK "LABA SANG BIJAKSANA"


Lama betul Nana tak tengok teater. Kali pertama dan terakhir tengok teater ni masa belajar kat USM, Penang dulu. Tahun 2000 kot. Dah lupa sebab dah lama sangat kan. Sebenarnya Nana ni suka jugak tengok teater. Cuma kekadang kekangan masa dan tempat menyebabkan Nana terpaksa lupakan minat tu. Dulu Nana tak expert sangat nak ke sana ke sini dalam KL ni. Sejak ada bantuan GPS ni Nana berani drive pergi sendiri. 

Di luar auditorium DBP

Al kisahnya, hari khamis lepas Nana terbaca status seorang rakan FB tentang teater kanak-kanak di Auditorium Dewan Bahasa. Persembahan teater ni selama 2 hari. Jadi, jumaat malam Nana nekad nak bawa anak-anak tengok teater ni. Kebetulan Jumaat Nana balik kerja awal. Lagipon cuti sekolah ni Nana tak ada bawa anak-anak pergi mana, jadi inilah peluang Nana nak bawa anak-anak pergi tengok teater kanak-kanak ni. Sebelum masuk dapat cenderahati ni.

                                        
Confident jer, Macam la pandai baca.

Dengan bantuan GPS, sampai jugak Nana dan anak-anak ke sini. Memang best teater ni. Bukan jer anak-anak terhibur, ibu bapa yang datang pon sama. Ada unsur kelakar dan pengajaran. Tak puas tengok. Sampaikan athirah kata nak tengok lagi. In shaa Allah kalau ade lagi teater macam ni, Nana akan bawa anak-anak tengok. SYABAS Nana ucapkan pada Dewan Bahasa Dan Pustaka sebab anjurkan teater ni.

Tak sangka penuh auditorium malam tu. Agaknya malam terakhir kot. Yang best lagi, masuk adalah percuma. Dan nasib baik Nana dapat tempat duduk yang agak ke depan. So, takde la jauh sangat dari pentas. Boleh tengok dekat lagi. 

Sinopsis LABA SANG BIJAKSANA.

Putera Malim Indera adalah anak kepada Raja Negeri Beringin Sari. Baginda amat gemar memberi teka-teki kepada anak-anak pembesar istana. Sesiapa yang tidak menjawab teka-teki tersebut, akan disuruh memakai tengkolok panjang. Kebijaksanaan Malim Indera telah membangkitkan perasaan iri hati dalam kalangan anak pembesar yang lain iaitu Bayan, Bading dan Kasturi. 

Mereka bertiga telah berjumpa Nujum dan diberitahu bahawa Putera Malim Indera bakal menjadi seorang yang masyhur apabila dewasa nanti kerana kebijaksanaanya itu. Niat jahat Bayan akan terlaksana dengan menggunakan tangkal khas pemberian tiga orang cucu Nenek Kebayan Kemangi. Bayan meneruskan rancangan jahat bersama kawan-kawannya untuk membuang Malim Indera ke hutan larangan Gegar Tapa. 

Kawasan larangan itu dikuasai oleh gergasi Sang Geragong (lakonan Fimie Don) dan anak-anaknya Sang Belida dan Sang Belitong. Berhasilkah rancangan jahat Bayan terhadap Putera Malim Indera? Dapatkan Putera Malim Indera menyelamatkan dirinya? 

Putera Malim Indera, Nadim dan anak Pembesar Istana,
 Bayan, Bading dan Kasturi

Bayan, Bading dan Kasturi mendengar 
pengumuman dari Tok Umum

Puteri Embun Sari, Kekanda Putera Malim Indera

Bayan dan sahabatnya Lepat dan Sayong berjumpa 
Nenek Kebayan Kemangi

Inang istana bersuka ria dia taman istana

Kalau nak share memang banyak scene yang menarik dalam cerita ni. Pendek kata memang tak bosan pon tengok sebab ada unsur kelakar. Keluar dari auditorium dapat pulak air mineral dan roti. Dah la masuk percuma, dapat pulak makanan free. Lagi bertambah best la. Hehehe. 


Alhamdulillah, terisi jugak masa dengan anak-anak dengan sesuatu yang berfaedah. Yang penting anak-anak happy. Walaupon sibuk dengan kerja dan bisnes Shaklee, dapat jugak bawa anak-anak berlibur. 





No comments:

Post a Comment

ARTIKEL LAIN

AHLI SUKAN ALERGIK ANEMIA SEMASA HAMIL ANTI PENUAAN BATUK SEMASA HAMIL BENGKEL NUTRISI SHAKLEE BISNES ONLINE CACAR AIR CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE CARA MERAWAT SEMBELIT CARA TURUNKAN BERAT BADAN CHICKEN POX DEMAM PANAS JADI AHLI SHAKLEE KENCING MANIS KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU KISAH ISTERI POWER KOLESTROL TINGGI Kempen Sihat MIGRAIN MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK Master Checklist NATIONAL CONFERENCE OFFLINE COACHING ONLINE BISNES PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK PERIOD TIDAK TERATUR PESAKIT KANSER DARAH POWER PUMPING RAHSIA BERHENTI MEROKOK RAHSIA SYUKUR SAKIT SENDI SHAKLEE EFFECT SHAKLEE HQ SIJIL HALAL SHAKLEE SUSAH TIDUR Shaklee Motivation Rally TANDA-TANDA KENCING MANIS TASKA OH TASKA TESTIMONI OMEGA GUARD TIPS ATASI ASMA TIPS ATASI DEMAM PANAS TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR TIPS ATASI RAMBUT GUGUR TIPS ATASI SEMBELIT TIPS BADAN CERGAS TIPS BERHENTI MEROKOK TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL TIPS CERGAS SEMASA HAMIL TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG TIPS HILANGKAN GEGATA TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT TIPS KECUTKAN JERAWAT TIPS KEKAL CERGAS TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT TIPS KURANGKAN MENGANTUK TIPS KURUS TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TIPS MEMILIH TASKA TIPS MENGASAH BAKAT TIPS MENYUSUKAN ANAK TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG TIPS MINUM AIR KOSONG TIPS MUHASABAH DIRI TIPS RAWAT GASTRIK TIPS RAWAT SAKIT SENDI TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL TIPS UNTUK AHLI SUKAN VITAMIN KANAK-KANAK

LIKE US ON FACEBOOK

Designed ByBlogger Templates