Assalmualaikum dan salam sayang buat semua.
Kali ni Nana nak share pengalaman Nana sendiri gunakan basic H ni. Sebenarnya dah lama guna untuk macam-macam kat rumah. Basuh kekotoran degil pada baju, basuh botol susu, mop lantai, basuh bilik air. Lagipon tak perlu risau kerana ia selamat dan diperbuat dari bahan organik.
Nana tak nak cerita pasal mop lantai atau yang lain-lain tu sebab anda boleh klik sini untuk tengok kegunaan pencuci serbaguna basic H ni. Apa yang Nana nak cerita ni lain sikit. So baca sampai habis tau. Kalau tak rugi. Hehehe.. Mana tahu boleh jadikan panduan.
OK. Beberapa malam lepas Nana buat work out kat rumah. Alah, buat yang simple jer. Asalkan berpeluh. Lepas tu sambil berehat dan godek-godek blog, Nana dah start rasa gatal menyengat kat bahagian bahu kiri. Mula la garu sikit. Nana dah tahu mesti nak jadi gegata ni.
Bukan apa, sebelum ni Nana memang kerap jugak kena gegata ni. Sesetengah tempat dia panggil lapar asam garam. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni la. Selalunya Nana akan sapu VCO (virgin coconut oil) bila dah mula jadi sikit-sikit. Dan gatal-gatal ni biasanya hilang bila Nana dah sapu VCO. Kekadang mintak my little princess tolong sapukan. Nana sendiri tak tahu kenapa Nana senang sangat kena. Tapi tak pernah kena yang teruk. Kekadang kat bahu, belakang dan paha.
Berbalik kepada cerita Nana kena gegata lagi tu. Tapi kali ni macam lagi teruk. Mula-mula tu kat bahu kiri. Nana memang dah garu. Ye la dah gatal menyengat tu kan. Lepas tu bawak ke belakang. Lepas tu makin merebak ke bahu kanan. Nana tahu kalau kita garu akan jadi lebih teruk. Tapi dah gatal kan dan tak boleh nak tahan rasa menyengat tu. Kebetulan time ni pulak VCO dah habis. Then, Nana cuba sapu bedak baby. Siap mintak anak Nana yang umur 3 tahun tu tolong sapu kat belakang.
Haishhhh!!!! Tak boleh jadi ni. Gatal-gatal makin menjadi. Dah macam monkey dah rasa bila dok menggaru tak henti-henti. Nak menangis pon ada tau. Nana whatsapp kawan-kawan dalam group mintak petua. Petua yang kawan-kawan bagi tu semua ok cuma semua tu tak ada kat rumah. Tak tahu nak buat macam mana lagi.
Alamak, gatal-gatal dah semakin bermaharajalela. Dari belakang bawak ke punggung dan terus ke paha. Tiba-tiba Nana teringatkan pencuci BASIC H ni. Ye la, kalau anda nak tahu ia boleh jugak buat mandi anak yang demam tau. Tapi ada la cara dia. Boleh rendahkan suhu badan, in sha allah.
Nana sediakan air suam satu baldi dan campurkan 2-3 titik basic H ni dalam air. Terpaksa gunakan air suam. Maklumlah waktu dah jam 11 malam. Apa lagi Nana terus siram badan nana dengan air basic H tadi. Best pulak mandi malam-malam. Hehehe... Guess what? Tak smpai 5 minit keluar bilik air gatal-gatal tadi terus hilang. Serius!!! Macam MAGIC Nana rasa. Nana tak kisah kalau anda nak kata Nana over claim. Tapi Nana cuma share apa yang Nana alami sendiri.
Air campur 2-3 titik basic H
Bagi yang alami gegata yang teruk, anda boleh cuba makan vitamin untuk alergik seperti Vitamin C, Alfalfa dan vitamin lain mengikut kesesuaian anda. Tapi, untuk kes kecemasan macam yang Nana alami, guna Basic H adalah jalan terbaik. Dan Basic H ni patut ada setiap rumah. Sebotol basic H ni boleh tahan berbulan-bulan.
Kalau anda berminat nak cuba Basic H ni, boleh hubungi Nana melalui sms/whatsapp.
Email:saidina7300@gmail.com
HP: 019-3088178
Shaklee Independent Distributor ID:883402
Untuk terus order, boleh klik link di bawah
No comments:
Post a Comment