Selepas melahirkan asyraff, memang Nana tiada persediaan dari aspek penyusuan walaupon Nana nekad menyusukan Asyraff sepenuhnya. Sebabnya Nana nak tebus kegagalan menyusukan anak pertama Nana Athirah. Boleh juga BACA DI SINI tentang pengalaman indah Nana menyusukan Asyraff. Persediaan yang Nana maksudkan itu adalah dari segi peralatan penyusuan. Nana cuma beli pam jer masa mengandungkan Asyraff.
Disebabkan tiada ilmu, Nana cuma mula buat stok untuk Asyraff sebelum Nana masuk kerja adalah selepas habis pantang. Itupon botol susu ada dua tiga botol jer kot. Yang kelakar Nana masih ingat lagi, ice pack tu pon Nana tak tahu guna. Nana tak tahu pon ice pack tu kena masuk dalam freezer dulu. Terukkan?
Bagi ibu-ibu yang baru habis pantang dan belum membuat stok, jangan panik atau risau kerana anda belum lagi terlambat. Di sini Nana nak share apa yang Nana buat. Baby yang baru berusia 2-3 bulan selalunya minum susu lebih kurang 2oz jer. Jom tengok Nana buat macam mana bermula hari pertama nak mula buat stok selepas habis pantang. Sebenarnya Nana buat stok sebulan sebelum Nana masuk kerja.
HARI PERTAMA
Selepas mandikan Asyraff, Nana bagi dia menyusukan sebelah sahaja dan pada masa yang sama Nana pam sebelah. Masa ni Nana tak tahu pon kaedah ni dipanggil tandem nursing. Alhamdulillah, sebelah yang pam Nana dapat lebih kurang 4oz. Jadi, Nana simpan kat bahagian chiller susu yang dipam ni. Disebabkan tiada pengalaman, jadi sepanjang hari Nana cuma pam sekali tu jer, selebihnya Asyraff direct feed. Sepatutnya Nana boleh buat cara sama kan. Masa ni tak terlintas pon nak google dalam internet.
HARI KEDUA
Macam biasa, selepas mandi Asyraff pasti nak menyusu. Tapi kali ni, Nana tak bagi direct dah. Konon dah pandai la, sebab Nana dah plan, nak bagi stok yang dibuat semalam. Semalam dapat 4oz, Nana cuma bagi Asyraff minum 2oz jer. Cukuplah dengan usia dia tu kan. So ade baki lagi 2oz Nana letak sticker date dan letak kat bahagian freezer untuk jadikan stok nanti.
OK. Asyraff dah kenyang kan, jadi Nana amik peluang untuk pam kedua-dua cik B. Allhamdulillah walapon guna pam manual avent jer, Nana dapat lebih kurang 8oz sekali pam untuk kedua-dua cik B. Pam avent Nana lebih kurang sama dengan gambar ini. Tak dapat nak tunjuk pam Nana sebab dah bagi kat anak buah Nana. Hehehe.
Pssstttt... Ni nak bagitahu satu rahsia. Ice pack avent ni la yang Nana tak tahu guna tu. Bila dah mula kerja, kat nursing room tengok kawan letak dalam peti sejuk kat tempat beku, barulah tahu fungsi ice pack ni.
Sama jugak, Nana cuma pam sekali jer di waktu pagi. Lepas tu terus bagi direct feed jugak kat Asyraff sepanjang hari. Masa ni Nana fikir, cukup la kot dengan sekali pam. Kemudian Nana standby 2oz untuk kegunaan esok di waktu pagi.
HARI KETIGA dan seterusnya.
Sama juga macam hari kedua, Nana bagi Asyraff minum stok dan Nana akan pam macam biasa. Cuma kali ni Nana agak panik sebab botol susu dah takde. Masa ni pon Nana tak tahu kewujudan storage botol. Ye la kan, nak google masa ni Nana masih tak aktif sangat dalam hal-hal google ni. Apa lagi, tinggalkan baby kat anak buah sekejap dan Nana terus gi Jusco cari botol susu. Sejujurnya memang Nana tak terfikir langsung nak cari storage botol. Memang jakun kan.
Masa ni kerap jugak la ulang alik dok gi beli botol susu nak buat simpan stok, Rasa seronok bila tengok stok mula bertambah dalam peti sejuk. Rasa gembira bila tengok stok bersusun-susun dalam petik sejuk. Tapi mintak maaf sangat-sangat sebab Nana takde gambar stok Nana tu, pernah snap pic dan tunjuk kat kawan-kawan kat nursing room untuk naikkan semangat mereka. Tapi dalam handphone dah padam.
DUA MINGGU SEBELUM MASUK KERJA
Masa ni Nana dah start hantar Asyraff ke taska untuk biasakan dia. Masa hantar kat taska, Nana bekalkan 5 botol susu kat Asyraff dengan sukatan 2oz setiap botol. Bila Asyraff kat taska, masa inilah Nana ambil peluang untuk mengepam. Jadi, Nana mula pam setiap 3 jam. Alhamdulillah dapat kumpul stok banyak jugak sebelum masuk kerja. Setiap sesi pam Nana dapat antara 6-8oz. Jumlah sehari Nana dapat lebih kurang 18-20oz. Kira banyak la jugak ni kan. Selama 2 minggu Nana lakukan rutin ni dan dalam masa 2 minggu ni jugak la dok ulang alik pegi jusco beli botol susu.
WAKTU BEKERJA
Bila dah mula kerja, Nana dah set mind yang Nana mesti kena pam 3 kali sehari setiap 3 jam. Biasanya last Aysraff menyusu lebih kurang jam 6 pagi. Jadi bila jam 10 pagi, Nana dah kena pergi ke nursing room. Kalau tidak, alamat basahlah baju.
Waktu kerja Nana biasa pam 3 kali iaitu kol 10 pagi, 1 tengahari dan 4 petang. Sebab Nana dah bajet masa, sampai rumah jam 7 petang, sedang elok untuk Asyraff menyusu. Alhamdulillah, Nana berjaya menyusukan Asyraff secara eksklusif selama 6 bulan tanpa susu formula. Syukur sangat.
Bila dah masuk kerja barulah Nana terdedah dengan pelbagai jenis pam, botol susu atau storage botol dan ice pack. Hahahaha... terukkan? Tapi semangat Nana untuk menyusukan Asyraff tidak pernah padam. Dari sini Nana mula la dok google cari pam. Dan akhirnya Nana bertukar kepada pam medela freestyle setelah dapat cari yang murah sedikit. Murah pon RM1500 jugak laa. Habis terbang duit saving. Tapi Nana fikir positif jer. Demi anak.
Dari sini laa, Nana mula excited. Dok shopping online beli storage botol. Sebab Nana dah mula simpan stok ikut keperluan Aysraff. Masa ni Asyraff dah start minum 3oz. Jadi setiap botol Nana simpan 3oz jer. Memang kena guna banyak storage botol. Antara botol yang Nana beli macam jingle jungle, bumble bee. Tapi Nana paling suka botol jingle jungle sebab cute dan comel ada gambar tupai kaler hijau.
Hanya botol susu ini yang ada dalam simpanan Nana. Itupon tak banyak sebab lepas Aysraff nak hampir 2 tahun, production susu Nana dah kurang, jadi Nana dah start bagi storage botol yang masih elok kat kawan-kawan seperjuangan. Yang ada ni pon 2 botol ni jer. Nana simpan nak buat kenangan. Comel kan botol jingle jungle tu.
Sebenarnya kalau nak ceritakan pengalaman Nana menyusukan Asyraff ni panjang berjela. Ada pasang surutnya. Yang pasti banyak pengalaman manis. Dari tak tahu apa-apa, akhirnya jadi tahu. Tambah pulak kalau bercerita bab penyusuan ni, Nana memang excited lebih.
BAGAIMANA NAK BERJAYA MENYUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN?
Yang penting, untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu ni kita kena ingat beberapa perkara.
1. ILMU PENYUSUAN
Bagi ibu-ibu yang bekerja, anda boleh google jer internet, memang ramai dah yang berkongsi pengalaman mereka. Kumpulan sokongan pon dah banyak kat FB, pembacaan atau boleh refer kawan-kawan yang berjaya. Ini juga salah satu cara yang Nana lakukan. Tapi jangan pulak pegi tanya orang yang takde pengalaman atau mereka yang memang bagi susu formula kat anak. Memang kita akan gagal la jawabnya. Rujuklah pada mentor-mentor yang sudah berjaya kerana kita akan lebih teruja dengan kejayaan mereka. Dan sekarang Nana menjadi rujukan kepada kawan-kawan yang ingin menyusukan anak mereka. Alhamdulillah. Walaupon Nana rasa belum layak untuk bercerita bab penyusuan, tapi Nana cuma berkongsi pengalaman yang Nana lalui.
Antara buku koleksi Nana
2. MENGEPAM IKUT JADUAL
Mengepam mengikut jadual ni sangat penting bila baby takde di sini terutama bila waktu kerja bagi ibu-ibu yang bekerja. Kalau boleh pam setiap 3 jam sekali untuk kita maintain production. Sebab more demand, more supply. Jadi jangan skip waktu mengepam.
3. PEKAKKAN TELINGA, KENTALKAN JIWA.
Nana rasa yang ni mesti anda tertanya-tanya, kenapa nak pekakkan telinga? Maksudnya di sini, apabila kita di kelilingi orang-orang yang tidak support breastfeeding atau tidak ada ilmu tentang penyusuan. Bagi yang tidak bernasib baik, mungkin dapat ibu mentua atau suami yang tidak support dengan kesungguhan kita. Anda jangan pelik kerana kes macam ini memang ada. Sebab tu Nana kata pekakkan telinga dan teruskan usaha kita untuk menyusukan anak kerana hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk anak kita.
4. JANGAN AMBIL MUDAH
Bila anda tengok susu badan sikit, mula panik dan terus kata susu tak cukup. Tahukah kita dengan berkata begitu, otak kita dah dapat signal yang susu sikit. Maka kita takkan berjaya. Nana juga pernah alami masa kemerosotan, tapi Nana sentiasa berfikir positif. Dan satu lagi cara boleh buat power pumping. Boleh klik power pumping untuk tahu cara melakukan power pumping ini.
Jangan risau jika anda mengalami masalah susu merudum. Jangan ambil jalan pintas terus bagi susu formula kepada anak sedangkan kita masih boleh berusaha.Boleh baca atasi masalah susu badan merudum untuk mengetahui cara mengatasi masalah ini. Yang penting juga jangan putus asa.
Bagi ibu-ibu yang sentiasa mengadu penat dan keletihan akibat kekurangan rehat, boleh cuba set penyusuan shaklee yang membantu ibu-ibu lebih cergas dan sihat.
Untuk berkongsi pengalaman penyusuan, bolehlah hubungi Nana melalui whatsapp atau sms
Nana Zarina: 019-3088178
ID Shaklee: 883402
Email: saidina7300@gmail.com
Boleh Klik link ini untuk mendapatkan set penyusuan mengikut bajet anda secara online
No comments:
Post a Comment