Sebut pasal set menyusu shaklee, ramai ibu-ibu berpuas hati dengan hasilnya yang bukan sahaja membantu badan ibu jadi cergas, malah membantu melancarkan proses penyusuan bayi. Boleh baca artikel nana tentang susu ibu pilihan terbaik untuk baca tentang set penyusuan shaklee.
Nana juga ada berkongsi tentang cara nak atasi susu badan merudum dan anda boleh baca DI SINI. Selain tu, dalam entri sebelum ni Nana turut berkongsi pengalaman Nana menyusukan anak kedua Nana. Boleh KLIK DI SINI untuk baca pengalaman Nana tu ya.
Tapi kalini Nana nak share sikit tentang respon positif dari kawan sekerja Nana yang amik set menyusu shaklee ni. Masa beliau dalam pantang, beliau contact Nana untuk tanya pasal set menyusu dan pada masa yang sama untuk kuruskan badan. Tapi dia cuma nak yang basic jer. Jadi, Nana suggest dia amik ESP, LECITHIN dan ALFALFA.
Anda mungkin keliru sebab ketiga-tiga produk ini adalah untuk SET KURUS SHAKLEE jugak kan? OK, ESP dan ALFALFA adalah set basic dalam set penyusuan shaklee. Jadi Nana cuma tambahkan LECITHIN bila kawan Nana ni nak untuk kurus jugak. Mudah kan?
ESP ni bagus untuk ibu menyusu kerana ia adalah sumber protein yang bekalkan tenaga kepada ibu menyusu dan pada masa yang sama turut mencantikkan kulit. Sumber protein ini jugak membantu pembentukan otot. Jadi amat sesuai jugak untuk mereka yang ingin kurus.
LECITHIN membantu ibu menyusu ni dari masalah bengkak susu atau engorge. Sebab lecithin membantu memecahkan lemak degil dalam badan.
ALFALFA adalah raja tumbuhan dan bertindak sebagai penggalak susu dan juga merupakan agen detoks. Alfalfa akan mengangkut keluar segala toksin dalam badan kita.
Berbalik pada respon positif yang Nana terima tu. Ya Allah, gembiranya Nana bila kawan Nana bukan main seronok dia bercerita. Seronok sebab berat badan dia makin turun. Nana tak dapat nak gambarkan macam mana kegembiraan beliau. Memang nampak dia seronok sangat. Respon ni spontan jer sebab kami bertembung di tempat kerja. Kebetulan beliau datang pejabat kerana ada urusan (masih dalam cuti bersalin).
Bonusnya, kulit beliau semakin cantik. Kulit semakin halus dan gebu. Hati siapa yang tak berbunga gembira kan bila dapat hasil yang tak disangka begitu. Beliau begitu teruja sekali. Dan Nana dapat rasakan kegembiraan beliau tu. Itulah Nana harapkan, dapat membantu menggembirakan orang lain untuk lebih sihat dan cantik secara semulajadi.
Alhamdulillah.
Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang set bersalin, set menyusu atau set kurus shaklee, boleh la berhubung terus dengan Nana ya. Atau jika ingin terus order secara online, boleh KLIK ESSELL SHAKLEE.
Nana: 019-3088178
SID: 883402
No comments:
Post a Comment