Haritu dalam entri Nana PART 1, Nana dah share macam mana Nana boleh sampai ke Pangkor Laut Resort ni dan dan menikmati percutian yang sangat best ini. Cukup mendamaikan.
~ Day 1 ~
Lepas check in kat bilik dan lepak-lepak jap, anak-anak dah tukar baju, Nana nak cuba menjejak pantai kat Pulau Pangkor Laut ni. Pantai dia terletak di bahagian belakang pulau. Kalau nak menapak jalan kaki memang berpeluh la jugak sebab jalan dia memang berbukit-bukit yang tersangat curam.
Tapi, kita tak perlu risau sebab pihak resort ade sediakan perkhidmatan shuttle kat check point tertentu dan shuttle selalu ulang alik kat check point ni. Cakap jer kita nak gi mana. Driver akan bawakan. Kelas gitew!!! Dah nama datang bercuti ke pulau kan, mestilah nak tengok pantai dan mandi sekali.
Posing sementara tunggu shuttle datang.
Jangan terkejut kalau tengok ade payung tu, kita boleh guna sepanjang kita kat resort ni. Tu saje anak-anak buat posing. Mula-mula sebenarnya Nana ingat nak jalan kaki la kononnya gi pantai Emerald Bay ni. Bila dah ade dalam shuttle baru tahu jalan dia tu bukit-bukit yang tersangat curam.
Bila dah sampai Emerald Bay, Subhanallah, cantik sungguh pantai dia. Bersih dengan airnye yang biru, nampak ikan-ikan dok berenang dalam air tu. Keindahan ciptaan Allah yang tak boleh nak disangkal lagi. So kasi can kat anak-anak berendam air laut dulu. Disebabkan ni private pulau, so pantai dia takde la bercampur dengan orang luar. Hanya guest kat resort ni jer yang ade di sini. So, In sha Allah memang selamat.
Masa ni cuaca sangat panas, tapi tak perlu risau sebab memang ade kerusi disediakan sepanjang pantai. Siap dengan towel dan air mineral lagi. Kalau taknak berpanas boleh duduk jer bawah pokok. Nana la tu. Hehehe.. Tapi lupa pulak nak snap photo suasana bawah pokok.
Tak kira panas dah, nak main air jugak
best nye korang mandi pantai
Main pasir la,.. apa lagi.
Berendam la puas-puas
Sebenarnya tak lama pon Nana kat Emerald Bay ni sebab jam pon dah pukul 5 lebih, jam 7.30pm dah book untuk dinner pulak. Lepas anak-anak ni biasalah, dah nampak swimming pool, mula la nak mandi kolam pulak. Ibu layankan saja sebab memang niat di hati pon nak bawa anak-anak bercuti.
Yang anak-anak Nana mandi kolam ala-ala spa gitew! Korang perasan butang color putih tu, kalo tekan tu jap lagi membuak-buak buih dalam kolam. Tapi Nana takleh nak tekan, jap lagi si adik ni confirm lari keluar kolam sebab takut. Sebenarnya ade jer pool untuk kanak-kanak. Tapi saje nak try kolam ni.
Mandi kolam pulak lepas gian
Suasana di resort ni memang sungguh tenang dan damai. Tak terluah dengan kata-kata. Korang tengok jer photo di bawah ni, memang cantik sangat. Dalam pasu tu ade bunga-bunga dalam air dengan haruman aroma therapy yang sangat-sangat mendamaikan. Memang sesuai jugak untuk mereka yang nak berbulan madu dan inginkan suasana yang romantik dan privacy.
Gambar-gambar ni masa kami on the way nak ke Feast Village Restoran untuk dinner.
Nape si adik tegak jer tu?
Ibu pon tumpang sekali la posing
Menu makan malam dia pon best, cuma jadi tak reti nak pilih untuk order. Untuk dinner, kita kena pilih order. Jadi pandai-pandai la pilih menu kalau taknak dikenakan extra charge. Hehehe. Jadi order jer sesuka hati walaupon tak tahu apa yang datang dalam pinggan tu nanti. Hehehe. Yang pasti memang order western la.
Kan main kakak makan western ekk!
Adik makan air krim jer la favorite dia.
Nak mee goreng, tapi tak makan pon
~ Day 2 ~
Sebelum meneruskan aktiviti seterusnya, kena la gi sarapan dulu. Bab sarapan ni paling best sebab buffet. Menu dia pon best sangat. Dari western food, chinese hinggalah ke masakan tradisional melayu macam nasi lemak, mee goreng, rendang dan macam-macam la. Memang tak larat nak makan mana satu.
Macam Nana pulak, biasalah... Konon dah selalu makan nasi lemak masa di KL, bila pergi ke tempat gini, pilih western nak chinese la. Lain-lain tak pandang dah. Hamboi!!!.... Tapi Nana tak snap photo makanan buffet tu sebab segan. Hehehe.
Jom jamu mata lagi dengan suasana yang sangat damai di pagi hari kedua yang sangat tenang dan indah ni.
Ni kat luar kawasan bilik yang ada kat tingkat atas kat belakang tu. Suasana dia memang sangat damai dengan kehijaun pokok-pokok di sekeliling resort ni. Ni kami baru balik breakfast kat Feast Village Restoran.
Posing bawah pokok kelapa
Macam citer hindustan plak selik-selit kat pokok
Kat belakang tu la bilik kami.
Cantik dan damai kan?
Hari kedua ni, ada aktiviti best sebenarnya. Aktiviti yang dah lama Nana idamkan. Nak tahu apa dia? Tunggu entri Nana seterusnya. Sabar ya!!!
Suasana yang hijau buat hati makin tenang dan damai, lupa seketika dunia luar, terima kasih Ya Allah kerana dipilih untuk ke sini.
to be continue.........
No comments:
Post a Comment