PART 1
Alhamdulillah, hujung Januari 2015 yang lalu Nana dan anak-anak dapat jugak menjejakkan kaki ke Pangkor Laut Resort. Syukur dan Terima Kasih Ya Allah kerana Nana hampir melepaskan peluang keemasan ini.
Nana bertolak dari KL lebih kurang jam 8.00 pagi. Kalau ikut GPS, lebih kurang 3 jam 30 minit nak sampai ke Teluk Muroh. Jadi Nana pon takde la drive laju, relax jer la sebab nak bajet sampai jam 12 tengahari sebab bot bertolak jam 1 tenghari. Jadi takde la menunggu lama nanti. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan Nana dan anak-anak.
Sebelum melangkah kaki ke dalam speed boat
Sebenarnya Nana dapat lucky draw pada November 2014 lalu masa Gala Dinner tempat kerja. Sebenarnya Nana tak pernah dengar pon pasal Pangkor Laut ni, yang Nana tahu Pulau Pangkor jer la. Kalau tak pergi memang rugi la sebab pakej 3 hari 2 malam ni dah termasuk dengan breakfast, lunch dan dinner dan juga tambang speed boat pergi balik dari jeti marina ke Pangkor Laut Resort.
Sebenarnya terasa macam mimpi jer dapat jejakkan kaki di sini dengan mendapat layanan super VIP. Sampai jer di office Pangkor Laut di Jeti Marina, Teluk Muroh, kita dah disambut dengan mesra sekali. Diberikan tuala basah untuk lap muka dan sajian kordial sebagai pembasah tekak.
kenangan di jeti marina
kita posing dulu sebelum naik bot
Yang menariknya, bermula di jeti ni, semua diuruskan oleh pihak resort. Kalau anda bawa luggage besar gedabak pon jangan risau. Semua diangkut oleh pekerja resort dari jeti sampai ke bilik di pulau tau. Nana sendiri tak tahu benda ni. Maklumlah, tak pernah pon dapat percutian mahal gini kan. Jakun la jugak tapi buat-buat selamba jer la.. Ahaks...
Lagi satu, kita naik private speed boat terus ke Pangkor Laut. Jadi tak perlu risau. Cuma tak puas naik boat sebab sekejap jer. Lebih kurang 15 minit perjalanan.
Dalam speed boat pon enjoy!
Itu baru di jeti marina, bila dah sampai di jeti Pangkor Laut pon kita disambut mesra oleh pekerja resort. Nama pon tempat eksklusif kan, layanan pon memang super tip top la. Sama jugak, sampai di jeti pulau, kita disambut dengan tuala basah dan kordial. Sebelum dapat kunci bilik, pekerja resort akan brief kita tentang pangkor laut ni. Terutama pasal tempat kita nak makan tu. Bab beg baju jangan risau, semua tu dah ada kat bilik. Kita bawak diri jer ke bilik nanti.
Jeti Pangkor Laut Resort
Nana sampai sini dah hampir jam 2.00 petang sebab bot delayed, so Nana dan anak-anak makan tengahari dulu la lepas dorang briefing. Alang-alang restoran dia dah dekat dengan lobi, santap la dulu. Lagipon perut dah lapar. Hehehe.
Kan main lagi anak perempuan ni makan burger
Sebenarnya Pangkor Laut ni ada banyak chalet. Macam-macam jenis. Yang Nana ingat la ade Sea Villa, Garden Villa. Yang Nana dapat ni Garden Villa. Bilik memang best. Siap ade jakuzi lagi. Apa lagi, anak-anak la paling seronok. Jom kita jamu mata dengan pemandangan sekitar sini.
Pemandangan depan bilik, cantik kan?
Ni la bilik Nana dan anak-anak, nampak tak jakuzi tu?
Bagi can kat kakak dan adik warm up dulu.
Pemandangan sekitar resort memang cantik dan mendamaikan. Nanti Nana akan share dalam entri yang lain ya. Memang puas hati dapat ke sini. Suasana pon sangat-sangat privacy. Gambar bawah ni nak tunjuk bilik Nana tu. Hehehe... Pemandangan dari swimming pool.
Nak tahu tak pokok apa yang renek tu. Tu la pokok limau kasturi. Tingkat atas sebelah kanan tu la bilik Nana. Akan jadi kenangan bilik ni. Jangan risau pasal pokok kelapa yang banyak-banyak tu sebab dorang dah cut semua buah dia. Jadi takkan ade kes terhempap buah kelapa kat sini. Hehehe..
Bilik yang tinggal Kenangan
Bersambung di lain masa. Tungguuuuuuu!!!!










No comments:
Post a Comment