Tiga tahun lalu, Nana mula follow page TABUNG AHMAD SUFI apabila gambar Sufi tengah sakit melintas di newsfeed. Bermula dari situ Nana mula follow perkembangan Sufi setiap hari. Waktu ini Sufi dirawat di hospital di Australia. Dan Nana mula mengintai FB Mama dan Babah Sufi untuk berkenalan dengan ibu dan ayah yang kuat ini.
Photo dari Page Ahmad Sufi.
Photo Sufi masa bayi ni la yang menjentik hati Nana untuk terus mengetahui perkembangan Sufi. Tapi masa Nana follow page TABUNG AHMAD SUFI masa tu, Sufi dah nak masuk 3 bulan kalo tak silap Nana. Tabung ni ditubuhkan bagi mengutip dana bagi menampung kos rawatan Sufi di Australia. Memandangkan keadaan paru-paru Sufi belum sembuh sepenuhya, Sufi tak dapat dibawa balik ke Malaysia.
Ahmad Sufi dilahirkan pada 12.03.12 dengan masalah paru-paru kronik. Sufi membesar di hospital agak lama. Hati mula rasa syukur bila setiap hari Sufi menunjukkan perkembangan positif. Masih terbayang-bayang wajah montel Sufi masa bayi dengan pipi dia yang labuh tu. Sebenarnya pipi Sufi jadi gitu kesan steroid yang terpaksa Sufi ambik untuk mernguatkan paru-paru Sufi.
Photo dari Page Ahmad Sufi
Selepas keluar hospital pon, Sufi masih bergantung kepada mesin O2 untuk membantu pernafasan. Lihat saja photo di atas, Sufi memang bergantung pada mesin O2 24/7 walaupon dah keluar hospital. Memang lama Sufi kat Australia, kalo tak silap Nana sampai Sufi umur 6 bulan. Kalau tersilap nanti Nana betulkan ekk.. Sebab tak berkesempatan lagi untuk berkongsi cerita dengan mama dan babah Sufi.
Bayangkanlah, untuk Sufi balik ke Malaysia selepas keadaan dia dah stabil walaupon masih bergantung lagi pada mesin O2, Sufi terpaksa menjalani ujian tekanan udara di hospital mengikut tekanan yang ada dalam flight untuk memastikan paru-paru Sufi stabil semasa dalam penerbangan nanti.
Macam yang Nana cerita pada permulaan tadi, TABUNG AHMAD SUFI ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi menampung kos rawatan Sufi. Tapi Allah sudah tetapkan yang semua itu adalah rezeki Sufi bila pihak hospital memansuhkan bil hospital Sufi mendorong mama dan babah Sufi menutup page TABUNG AHMAD SUFI dan membuat page baru iaitu AHMAD SUFI. Dan sehingga kini Nana masih follow page AHMAD SUFI di FB.
Photo terkini bersama Ahmad Sufi
Dan alhamdulillah, setelah 3 tahun, hari ini Allah beri keizinan untuk Nana jumpa anak syurga yang kuat ini. Sufi dah sihat sepenuhnya. Dan dah jadi abang dah kepada adiknya yang comel AHMAD ALFI. Nana dapat jumpa kedua-duanya harini 15.03.2015 sempena majlis aqiqah adik Sufi dan sambutan hari jadi Sufi yang ke-3.
Ahmad Alfi sedang lena beradu di singgahsana
Dapat juga berjumpa dengan mama Sufi ni setelah setahun dok berhubung melalui whatsapp sebab mama Sufi ni selalu order vitamin shaklee. Cantik mulus kulit mama Sufi ni tau. Geram nak cubit-cubit. Hehehe.. Babah Sufi takde dalam gambar sebab dia tukang ambik gambar. Adik Sufi Ahmad Alfi pulak tengah lena beradu.
Kenangan bersama Mama Sufi
Yang best nak cerita kat sini, babah sufi ni buat bisnes kambing golek tau. Memang sedap. Dah 2 kali Nana makan, daging kambing memang lembut. Sos black pepper pon sedap. Yang ni nak kena contact mama dan babah Sufi kalau nak order untuk buat majlis kenduri.
Kambing golek dah tak bergolek
Daging bakar, ayam bakar, mashed potate
dan sos lada hitam
Menu dia pon best, dengan macaroni dan nasi minyak. Dessert yang Nana suka cheese tart tu memang sedap. Rasa nak tapau bawak balik jer. Hehehe.
Menu dessert memang terbaik la.
Apapon Nana bersyukur sangat dapat berkenalan dengan mama dan babah Sufi. Dan bersyukur dapat jumpa Sufi setelah 3 tahun dok tengok Sufi dalam FB jer. Walaupon sebenarnya Nana dah terlewat sampai sebab dah tersilap jalan. Nak ke Semenyih jer tapi entah macam mana la GPS ni, boleh bawa Nana sampai ke Nilai. Nasib baik tak terus gi shopping kat Nilai 3 tadi.
Nana belajar sesuatu hari ini dari apa yang Nana lalui walaupon tersilap jalan. Masa on the way tu mula-mula Nana macam malas nak isi minyak kereta, tapi Allah gerakkan jugak hati Nana untuk isi minyak full tank. Rupanya Allah dah tetapkan yang Nana akan tersesat dan tersilap jalan dulu sebelum sampai ke rumah Ahmad Sufi.
Apapon tidak terlewat untuk Nana ucapkan SELAMAT HARI JADI BUAT AHMAD SUFI YANG KE 3 TAHUN.
Tak sempat nak makan kek birthday Sufi sebab dah kenyang dah tadi...
Apapon memang best!!!
No comments:
Post a Comment