Sudah berkurun dulu, bayi yang baru dilahirkan pasti akan dibarut perutnya dan dan dibedung bagi mengelakkan terkejut atau kesejukan. Bila tidur jarang sekali kita akan letakkan bayi dalam keadaan tertiarap. Bagi orang-orang tua dulu, mereka takut bayi tak boleh bernafas atau nanti akan sakit dada (rusuk).
Tapi kali ini Nana nak share sesuatu yang agak ganjil yang Nana sendiri tidak tahu sebelum ni. Tahukah kita bahawa bayi yang baru lahir boleh ditiarapkan seawal usia 1 hari? Malah bukan itu sahaja, bayi yang baru lahir jugak tak perlu mitten (sarung tangan) atau booties (sarung kaki).
Kenapa?
Bayi yang baru lahir tidak mengerti apa-apa lagi, apatah lagi untuk mengenal anggota badan mereka. Apabila tangan atau kaki dibiarkan tanpa memakai sarung tangan atau sarung kaki, ia lebih mudah untuk membantu bayi ini mengetahui dan mengenal pasti tangan dan kaki mereka itu adalah sebahagian dari anggota badan mereka sendiri. Sebagai contoh, bayi akan tahu apabila memasukkan tangan ke dalam mulut.
Apabila mereka ditiarapkan pula, tangan dan kaki mereka akan dapat menyentuh tilam. Dengan cara ini dapat mengaktifkan atau stimulate deria sentuhan bayi.
Antara kebaikan MENIARAPKAN bayi yang kita tidak tahu:-
- Bayi akan mula menggerakkan tengkuk dan kepala ke kiri dan kanan yang secara automatik membantu menguatkan tengkuk dan leher bayi.
- Bayi akan rasa lebih "selamat" bila terkejut (moro reflex) kerana permukaan lantai/tilam wujuk untuk mereka "peluk".
- Memberi ruang kepada otak dan kepala bayi membesar dan bayi mudah sendawa dalam keadaan tertiarap.
- Bayi yang ada reflux atau kerap muak tidak akan tertelan atau tersedak dengan muntahnya sendiri.
- Bagi bayi yang belum tanggal tali pusat, mereka akan mengangkat punggung secara automatik dan ini membantu menguatkan otot di bahagian pinggang.
- Tali pusat akan lebih cepat gugur kerana adanya tarikan graviti.
Jadi, tiada istilah bayi akan sakit dada atau sakit kat bahagian pusat jika kita tiarapkan mereka lebih awal. Kerana bayi dengan sendirinya akan belajar untuk sesuaikan diri.
Kalau kita perhatikan sendiri, bayi yang tidur meniarap ini lebih lena dan tidur pon tidak terganggu. Dan kita sebagai ibu dalam pantang, dapatlah berehat. Betul tak?
Tidak salah kita mencuba cara baru ini dan pada masa yang sama tidak meninggalkan petua orang dulu-dulu.
Semoga perkongsian ini dapat memberi info kepada bakal ibu-ibu semua.
credit to FB: Harlinda Halim.
No comments:
Post a Comment