Perkongsian istimewa sempena hari wanita
Kalini Nana share video istimewa di mana setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu pasti menghadapi situasi yang sama. Melakukan semua kerja rumah macam jaga anak, membasuh pakaian, mengemas rumah, memasak dan macam-macam lagi la. Pendek kata kerja rumah tu non stop.
Tapi suami? Hanya bekerja hakiki. Kekadang nak cari barang dia macam stokin ke butang baju melayu ke, mesti dia harapkan kita jugak kan? Betul tak? Apapon anda kena tengok video ni dulu kalo nak tahu sebenarnya isteri ni lagi power dari suami tau. Anda pasti tergelak kalau tengok video ni.. tak percaya?
KISAH ISTERI BANYAK KERJA
Perkongsian ini mungkin nampak simple tapi cukup memberi kesan.
Di rumah, kita boleh lakukan macam-macam kerja macam yang Nana sebut di permulaan tadi. Kita boleh membasuh baju, memasak, mengemas dan jaga anak pada masa yang sama. Selalunya keadaan rumah akan terkawal bila isteri ada di rumah.
Cuba kita tinggalkan rumah dengan mintak tolong suami jagakan anak-anak, memasak dan kemas rumah sementara kita keluar. Dan bila kita balik beberapa jam lepas tu, kita tengok apa yang jadi.
Mesti suspen kan?
Confirm kacau bilau. Ada anak-anak yang tak mandi lagi, ada yang tak makan, yang tu belum tukar pampers. Hemm.... itulah suami, bila ditinggalkan bersama anak-anak, semua jadi tak terurus. Rumah tak berkemas, masak apa lagi. Kalau masak pon dapur confirm bersepah sepah.
Seperti yang dikongsi oleh Puan Lyna ni, yang paling kelakar suami ni bila pakaikan baju anak, main redah jer. Baju lain seluar lain. Berbeza dengan isteri yang biasanya akan pastikan baju anak-anak kemas dan selalunya baju dan seluar tu takde la lain-lain, betul tak?
Lelaki bila buat kerja tak boleh ada distraction. Hanya boleh buat satu kerja dalam satu masa. Berbeza dengan isteri yang boleh buat macam-macam dalam satu masa, malah boleh buat bisnes online lagi sambil jaga anak. Inilah kelebihan yang kita ada berbanding suami.
OK, Nana tak kata semua suami macam tu, tapi susah nak jumpa suami yang boleh uruskan rumahtangga dari A to Z macam yang isteri buat, betul tak? Nampaknya para suami kena akui hakikat ini. Hehehehe.
Dan kerana WANITA ADALAH ISTIMEWA...

No comments:
Post a Comment