Salam sayang buat pembaca semua..
Kali ini Nana nak share tips macam mane nak sembuhkan luka cik nipple bagi ibu-ibu yang menyusu. Tapi sebelum meh Nana cerita dulu pengalaman Nana menyusukan anak kedua Nana masa cik N tu luka. Rasanya ramai ibu-ibu menyusu mengalami masalah luka pada puting.
PENGALAMAN PERTAMA
Masa anak pertama Nana dah hadapi masalah ni. Masa tu tak tahu nak buat apa.. Dok sapu minyak gamat jer.. Tapi yang lecehnye bila anak nak menyusu nak kena cuci dulu. Dah la anak Nana masa kecik memang ni jenis kuat menyusu. Nak mengempeng jer kejanya.
Sampai la satu tahap tetiba cik B pulak rasa sakit. Bila tekan sakit. Nana terus jumpa doktor nak check. Doktor kata dah effection dan perlu stop breastfeed sebab takut effect kat anak. Masa ni anak Nana umur 1 tahun 5 bulan. Inilah terjadi bila kita jumpa doktor yang salah dan tak tahu pasal breastfeeding. Jadi macam ni laa.
Kalau nak ikutkan boleh jer teruskan menyusu sebenarnya. Takde istilah rasanya susu ibu ni boleh jadi racun pada anak-anak. Tapi disebabkan masa ni Nana pon cetek ilmu pasal penyusuan, maka ikut jer la cakap doktor. Sudahnya memang Nana menangis sebab tak dapat nak penuhi permintaan anak nak menyusu masa tu. Sedih sangat rasa. Bayangkan malam pertama Nana tak bagi susu kat Athirah, 3 helai kain lampin, lencun. ye la... Susu tengah banyak lagi masa tu.
Dan kesilapan Nana lagi, bila luka dah sembuh lepas 3 hari, Nana tak continue bagi. Padahal masa tu susu ada lagi. Tapi dok fikir takpe la.. athirah dah boleh accept tu.. Nanti susah pulak nak wean off. Menyesal pon dah tak guna.
PENGALAMAN KEDUA
Masa anak kedua, Nana sekali lagi diuji apabila cik nipple luka lagi. Masa ni Asyraff baru umur 10 bulan. Memang stress sebab Asyraff pon macam kakak dia. Bila ada dengan kita dia asyik nak mengempeng jer.
Masa ni Nana dah mula cari krim. Sebut jer krim apa, boleh dikatakan Nana dah cuba macam-macam. Mula-mula sebelah jer luka, bayangkan bila dah dua-dua nipple luka. Memang sakit setiap kali anak nak menyusu. Nana penah cuba krim medela, krim lasinoh, nursing butter dan macam-macam krim laa.. Bila ada yang suggest Nana mesti cuba. Tapi semua tak menunjukkan perubahan.
Teringat kata-kata kawan seangkatan kat nursing room di office. "I respect u la zarina. Kalau I, I dah stop dah breastfeed. sakit tu".. Nana cuma tersenyum dengan kata-kata tu dan sikit pon tak mematahkan semangat Nana. Sebab Nana dah tekad dan susukan Asyraff hingga 2 tahun dan nak tebus kesalahan pertama dulu.
Akhirnya sorang sahabat cadangkan Nana gunakan herbal blend shaklee. Walaupon herbal blend ni untuk kegunaan kulit yang sensitif macam enzema atau kering, merekah di tumit dan boleh dikatakan krim serba guna la. Nana cuba jugak sapu. Ada perubahan jugak kat Cik nipple ni. Tapi mungkin sebab luka dah besar. Yang best, bila sapu krim herbal blend ni, tak perlu nak cuci. Nana cuma lap jer. Lagipon ia krim semulajadi, jadi Nana tak risau.
Disebabkan masih takde perubahan sangat, kawan Nana kirimkan beberapa vitamin E shaklee pulak untuk Nana cuba sebab kesiankan Nana. Sebab vitamin E ni kan untuk kulit, pulihkan parut, jadi mana tahu berkesan, cuba jer la kan. Memang menampakkan perubahan sikit sebab Nana perasan luka semakin kecil. Tapi elok jer vitamin E tu habis Nana tak sambung beli pulak. Maklum la, masa ni takde bajet lagi. Hehehe. Jadi luka tu kembali besar.
Penyelesaiannya?
Korang tahu Nana buat apa? Penyudahnya Nana buat tak tahu jer. Sebab dah penat cuba macam-macam. Hampir 6 bulan tau Nana menanggung kesakitan luka pada puting ni. Tapi dalam tempoh ni Nana dah mula minum ESP, makan alfalfa, lecithin (konon nak kuruskan badan) dan zinc. Zinc ni Nana makan sebab nak kurangkan masalah rambut gugur sebenarnya.
Dan Nana tak sangka, baru perasan luka pada puting semakin baik. Baru la Nana tahu yang salah satu fungsi zinc complex ni memulihkan luka dengan cepat dan ESP pula membantu memulihkan sel kulit mati. Alhamdulillah, lepas tu Nana tak dah pulih dari luka setelah menderita hampir 6 bulan tau.
Kekadang luka tu macam nak jadi tapi akan pulih dengan cepat dan tak berlarutan.
Jadi, kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah luka pada puting, jangan cepat putus asa. Ada jalan penyelesaiannya. Dan kalau nak tahu,air liur bayi itu sendiri boleh membantu memulihkan luka tu.
Bagi anda yang nak berkongsi masalah penyusuan terutama apabila puting dah luka, boleh hubungi Nana. In Sha Allah Nana cuba bantu yang terbaik.
Boleh hubungi Nana di 019-3088178
Monday, March 23, 2015
MASALAH PUTING LUKA BAGI IBU MENYUSUKAN ANAK | TIPS MERAWAT LUKA PADA PUTING AKIBAT MENYUSUKAN BAYI
Labels:
SET PENYUSUAN,
TIPS PENYUSUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARTIKEL LAIN
AHLI SUKAN
ALERGIK
ANEMIA SEMASA HAMIL
ANTI PENUAAN
BATUK SEMASA HAMIL
BENGKEL NUTRISI SHAKLEE
BISNES ONLINE
CACAR AIR
CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE
CARA MERAWAT SEMBELIT
CARA TURUNKAN BERAT BADAN
CHICKEN POX
DEMAM PANAS
JADI AHLI SHAKLEE
KENCING MANIS
KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU
KISAH ISTERI POWER
KOLESTROL TINGGI
Kempen Sihat
MIGRAIN
MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK
Master Checklist
NATIONAL CONFERENCE
OFFLINE COACHING
ONLINE BISNES
PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK
PERIOD TIDAK TERATUR
PESAKIT KANSER DARAH
POWER PUMPING
RAHSIA BERHENTI MEROKOK
RAHSIA SYUKUR
SAKIT SENDI
SHAKLEE EFFECT
SHAKLEE HQ
SIJIL HALAL SHAKLEE
SUSAH TIDUR
Shaklee Motivation Rally
TANDA-TANDA KENCING MANIS
TASKA OH TASKA
TESTIMONI OMEGA GUARD
TIPS ATASI ASMA
TIPS ATASI DEMAM PANAS
TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR
TIPS ATASI RAMBUT GUGUR
TIPS ATASI SEMBELIT
TIPS BADAN CERGAS
TIPS BERHENTI MEROKOK
TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL
TIPS CERGAS SEMASA HAMIL
TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG
TIPS HILANGKAN GEGATA
TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU
TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI
TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU
TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX
TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT
TIPS KECUTKAN JERAWAT
TIPS KEKAL CERGAS
TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT
TIPS KURANGKAN MENGANTUK
TIPS KURUS
TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN
TIPS MEMILIH TASKA
TIPS MENGASAH BAKAT
TIPS MENYUSUKAN ANAK
TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG
TIPS MINUM AIR KOSONG
TIPS MUHASABAH DIRI
TIPS RAWAT GASTRIK
TIPS RAWAT SAKIT SENDI
TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK
TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS
TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI
TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL
TIPS UNTUK AHLI SUKAN
VITAMIN KANAK-KANAK
No comments:
Post a Comment