Facebook Twitter Pinterest Google+ Email Addthis

Tuesday, March 3, 2015

MAKAN MALAM DI RESTORAN UNCLE'S LIM KITCHEN MEMANG BEST! PANGKOR LAUT RESORT KEDAMAIAN BERMULA DI SINI

~ DAY 2 ~ 

Lepas jungle tracking dan mandi laut, kami balik ke bilik dulu dengan shuttle sebab nak makan tengahari kat Feast Village Restoran. Nana suka makan tengahari kat sini sebab selain menu yang kena order, restoran ni ade sediakan pencuci mulut secara buffet.

Menikmati suasana tengahari. 

Anak-anak dah merenget nak mandi kolam pulak walaupon hari agak panas. Ibu layankan aje demi anak-anak. Budak-budak tak ramai time ni, boleh la anak-anak conquer kolam kanak-kanak tu. Hehehe.. Kalau dah namanya budak, memang tak boleh nak dipisahkan dah dengan swimming pool ni. Tapi 

Hari kedua ni memang dok ulang alik mandi pantai dan swimming jer la. Demi nak puaskan hati anak-anak dan Nana nak dorang rasa kepuasan yang maksimum gitu.

Ibu pon teringin sebenarnya tapi kolam dewasa dia dalam sangat. 
Tenggelam terus Nana 


Biasanya Nana akan mintak anak-anak stop main bila dah hampir jam 7 petang. Bukan apa sebab Nana book untuk dinner jam 7.30 malam. Nak bersiap dan nak tunggu shuttle lagi. Sebab Restoran Uncle's Lim Kitchen ni jauh sikit. Jadi macam malas nak jalan kaki. Lagi pula, dah malam. Takut jugak la nak jalan kaki dengan anak-anak.

Dah ready untuk dinner, jom!!

Dah siap, apa lagi tunggu shuttle la untuk bawa kami pegi dinner ni. Sambil tu sempat lagi mintak anak-anak posing . Suasana petang yang sangat damai dan cantik.Ni kira bahagian hadapan resort. Time ni air dah surut sikit. Kalau tidak memang air sampai kat bahagian yang ada pasir tu. 

Posing dulu sebelum shuttle sampai.


Macam lambat pulak nak menunggu shuttle ni. So Nana ajak anak-anak jalan kaki ikut laluan Sea Villa. Sebenarnya kalau ikut Sea Villa ni tak jauh sangat nak jalan kaki. Santai-santai jer. Best jugak sambil tengok pemandangan laut menjelang senja. Tapi kalau nak tengok sunset kena pegi kat Emerald Bay. Nak balik malam pon boleh sebab last shuttle dari Emerald Bay jam 8.00 malam.

Cantik kan pemandangan kat sini.

Bila kaki melangkah masuk ke dalam Restoran Uncle's Lim Kitchen ni, hati terus teruja dan kagum. Dibina ditepi laut dengan mengekalkan kedudukan batu asal di tepi laut ni. TERKEJUT jugak mula-mula tengok ada batu tengah-tengah restoran. Nana ingatkan ia direka bentuk, rupanya memang batu asal. Sebelum nak order tu ambik kesempatan la posing dulu.


Tengok la batu besar ni.

Ni semua hamparan batu asal tau!


Restoran Uncle's Lim Kitchen ni lebih kepada masakan Cina. Memang favorite -Nana la sebab tak pedas sangat dan anak-anak pon boleh makan. So, Nana order ikan siakap stim dimasak special dan udang harimau. Jangan risau masakan di sini HALAL. Sebab masa nak order tu pelayan restoran siap bagitau.. "akak jangan risau, saya akan suggest makanan yang halal untuk akak. Saya pon ISLAM kak." 

Sweet jer adik pelayan ni. Memang dia la yang suggest kat Nana menu tu semua. Apa yang boleh order, apa yang tak termasuk dalam pakej. Mane la tau kan kena extra charge pulak. Makanan kat sini bukannya murah. Tau-tau jer la tempat FIVE STAR kan.


Posing dengan anak-anak

Menu dah sampai, jom kita menjamu selera dulu. Nampak tak ikan tu kecik jer kan tapi memang terkejut la dengan harga dia. Tapi cara masak dia memang sedap. Lain dari yang selalu dok makan kat kedai makan. Udang tu walaupon ade 5 ekor jer tapi tak larat nak makan. Cepat kenyang pulak. Apapon memang enjoy dengan makanan kat sini. Dessert dia pon best. 

Tengok la si Athirah ni. Memang kegemaran dia la udang tu


Nana conquer ikan la. Apa lagi.. memang sedap!

Si adik macam biasa la, main jer lebih dari makan

Tapi ade satu yang Nana nak share bila kita makan di restoran di sini. Setiap kali kita makan tengahari atau dinner kecuali breakfast, kita kena sain bil. Tapi jangan risau, as long menu yang kita order tu dah include dalam package, jadi takde la extra charge. Apapon memang Nana bulat jugak biji mata masa sain bil lepas dinner kat sini. Cuak takut kena extra charge masa check out nanti.

Makan dah habis, perut pon dah kenyang, nak balik kami tunggu shuttle. Sebab tak larat nak jalan dah. Nak ikut shortcut laluan SEA VILLA tu macam takut la pulak sebab dah malam. Hehehe... Naik shuttle jer la. Lagipon Nana nak kena rest, esok nak drive balik KL. 

Cantik tempat tunggu shuttle ni

Sebenarnya kalau ikutkan hati nak jer bersiar-sekitar bilik di waktu malam. Tapi macam takut pon ade. Ye la kan kita di tempat gitu kena beringat selalu. Tambah lagi bawa anak-anak. Dari segi keselamatan tu, In Sha Allah memang terjamin sebab takde orang luar kat resort ni.

Ok La, masa untuk tidur. 

Nantikan bahagian terakhir percutian Nana di Pangkor Laut Resort.




No comments:

Post a Comment

ARTIKEL LAIN

AHLI SUKAN ALERGIK ANEMIA SEMASA HAMIL ANTI PENUAAN BATUK SEMASA HAMIL BENGKEL NUTRISI SHAKLEE BISNES ONLINE CACAR AIR CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE CARA MERAWAT SEMBELIT CARA TURUNKAN BERAT BADAN CHICKEN POX DEMAM PANAS JADI AHLI SHAKLEE KENCING MANIS KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU KISAH ISTERI POWER KOLESTROL TINGGI Kempen Sihat MIGRAIN MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK Master Checklist NATIONAL CONFERENCE OFFLINE COACHING ONLINE BISNES PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK PERIOD TIDAK TERATUR PESAKIT KANSER DARAH POWER PUMPING RAHSIA BERHENTI MEROKOK RAHSIA SYUKUR SAKIT SENDI SHAKLEE EFFECT SHAKLEE HQ SIJIL HALAL SHAKLEE SUSAH TIDUR Shaklee Motivation Rally TANDA-TANDA KENCING MANIS TASKA OH TASKA TESTIMONI OMEGA GUARD TIPS ATASI ASMA TIPS ATASI DEMAM PANAS TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR TIPS ATASI RAMBUT GUGUR TIPS ATASI SEMBELIT TIPS BADAN CERGAS TIPS BERHENTI MEROKOK TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL TIPS CERGAS SEMASA HAMIL TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG TIPS HILANGKAN GEGATA TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT TIPS KECUTKAN JERAWAT TIPS KEKAL CERGAS TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT TIPS KURANGKAN MENGANTUK TIPS KURUS TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TIPS MEMILIH TASKA TIPS MENGASAH BAKAT TIPS MENYUSUKAN ANAK TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG TIPS MINUM AIR KOSONG TIPS MUHASABAH DIRI TIPS RAWAT GASTRIK TIPS RAWAT SAKIT SENDI TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL TIPS UNTUK AHLI SUKAN VITAMIN KANAK-KANAK

LIKE US ON FACEBOOK

Designed ByBlogger Templates