PART 5 (bahagian akhir)
~ Day 3 ~
Untuk hari ketiga ni memang takde apa-apa aktiviti yang boleh dibuat. Lepas sarapan pagi, cuma bersiap di bilik jer. Biarkan anak-anak enjoy dalam jakuzi tu sementara nak tunggu waktu check out jam 11.00 pagi. Tak boleh nak buat apa sebab Nana booking bot jam 12 tengahari.
Lepas sarapan tu, kami posing-posing jer sambil-sambil menikmati suasana yang cantik kat sini. Bila lagi nak merakam kenangan, sebab lepas ni entah bila akan bersua lag kat sini.
Posing sebelum balik ke bilik untuk bersiap balik
Sepanjang 3 hari kat sini, Nana lebih suka jalan kaki jer ke Restoran Feast Village untuk sarapan dan makan malam. Boleh jer nak naik shuttle tapi rasa macam rugi melepaskan peluang menikmati suasana di sini. Hijau dan damai.
Route pejalan kaki dari bilik nak ke Restoran Feast Village
Disebabkan nak mandi kolam pon dah tak sempat, Bagi chance kat anak-anak berendam dalam jakuzi ni jer la. Besar jugak, puas jugak la dorang mandi dan berendam. Actually Nana pon ade berendam jugak dalam ni. Memang best. Badan rasa segar jer lepas tu.
Berendam la sepuas hati
Beg pon dah siap pack. So, masa untuk tinggalkan bilik yang best ni. Yang lagi best, kita tak perlu nak susah-susah heret beg yang berat ni. Tinggal jer kat bilik. Nanti pekerja resort akan ambik dan bawa terus ke jeti dan letak dalam bot yang akan kita naik nanti.
Satu beg jer tapi berat yang amat
No bilik yang cantik
Bila tengok jam baru jam 11.00 pagi, ade sejam lagi sebelum nak naik bot. Sempat lagi Nana bawa anak-anak pegi Emerald Bay nak tengok pantai sebelum balik. Rasa berat pulak nak tinggalkan Pangkor Laut Resort ni. Pantainya memang cantik dan bersih. Kebetulan ade shuttle sampai masa Nana dan anak-anak ada kat pick up point, Nana naik jer la kan. Sekejap jer pon.
Selamat tinggal Emerald Bay
Dah balik dari Emerald Bay tu, posing-posing lagi la sebab tengok ade masa lagi kan. Boleh dikatakan tak nak lepaskan peluang ni. Kat belakang tu la jeti.
Athirah la kena paksa jadi model
Athirah dan Asyraff jadi model ibu
Pada hari pertama Nana check in Nana dah nampak 2 ekor hornbill dok bertenggek kat bilik sebelah. Jenuh Nana dok perhatikan sebab mula-mula memang ingat patung replika. Bila burung tu terbang baru tahu ia burung betul.
Hornbill
OK la, itu saja perkongsian Nana tentang Pangkor Laut Resort ni. Memang puas hati. Andai ada rezeki, Nana pasti ke sini lagi. In sha Allah.
Bergambar sebelum naik bot.
Jangan tak tahu, nak balik pon pekerja resort hantar sampai ke bot tau. Memang terasa sangat macam VIP. Huhuhu.
Lambaian dari pekerja resort yang sangat peramah
Selamat tinggal pangkor laut. Kenangan di sini akan tetap terpahat di hati. Percutian yang singkat tapi terasa puas sebab dapat luangkan masa bersama anak-anak di tempat yang sangat cantik ni.
Bye bye Pangkor Laut
Semoga menjadi panduan buat anda yang ingin bercuti ke sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca perkongsian Nana.
JUMPA LAGI!!!
No comments:
Post a Comment