Teknik SWADDLE DAN SUSHING ni hanya amik masa 2 minit jer nak tenteramkan bayi yang menangis. Teknik ni boleh dilakukan jugak oleh si ayah jugak. Mudah dan berkesan untuk buat bayi tenang.
TEKNIK CUDDLE CURE
Teknik ini telah dibuktikan oleh saintis dengan meniru dan menggabungkan 5 cara sensasi rahim mengekalkan fetus (bayi) bertenang selama 9 bulan di dalam kandungan.
1. Swaddle (bedung)
Semasa di dalam kandungan selama 40 minggu, bayi telah biasa merasa seperti dipeluk setiap masa iaitu 24/7 di dalam ruang rahim yang sempit dan dengan dinding rahim yang lembut. Jadi, bila kita bedung bayi, bayi akan merasa seperti berada dalam rahim ibu lagi.
2. Side/Stomach Position
Cara ini merujuk kepada meniru kedudukan bayi semasa dalam kandungan. Iaitu cara memegang bayi dengan merapatkan kedudukan ke bahagian perut. membantu bayi merasa sentiasa dekat seperti berada dalam rahim.
3. Ssshing Sound
Kita mungkin tidak sedar bahawa rahim adalah alam yang sangat bising. Bunyi ssshhhh seperti kita meniru bunyi yang biasa didengar oleh bayi semasa di dalam rahim. Saat ini, anda akan lihat bayi mula tenang.
4. Swing motion
Dalam teknik ini, jangan pulak kita hayun bayi tu kuat-kuat. Hayunan yang lembut berirama kepala dan badan bayi digerakkan perlahan-lahan dengan disokong oleh tangan kita berserta bunyi sshhhh.
Ini kerana, semasa di dalam kandungan, bayi telah biasa merasa situasi hayun, melantun dan dibuai setiap kali ibu berjalan atau bergerak.
5. Sucking
Bayi telah belajar meghisap sejak di dalam kandungan lagi. Kita mungkin pernah melihat bayi menghisap jari semasa dalam kandungan. Jadi bila bayi dah tenang, kita dah boleh mula susukan bayi.
Ini kerana, kalau kita apply teknik nombor 5 ni masa baby tengah menangis kuat, confirm baby akan reject menyusu. Jadi seeloknya kita tenangkan dulu bayi sebelum menyusukan bayi.
Selamat Mencuba buat ibu-ibu semua.
Credit to FB page: Baby Language.
No comments:
Post a Comment