Assalamualaikum wrt.
Kali ni Nana nak share tempat makan best di Kelantan terutama di Kota Bharu. Bagi pengunjung yang datang ke Kelantan dan tak tahu nak makan di mana, inilah tempatnya. RESTORAN NASI ULAM CIKGU HAMID. Nana kalau balik kampung selalu jugak singgah makan tengahari kat sini kalau malas nak masak kat rumah. Ahaks. Sebab rumah Nana dengan Kota Bharu tak jauh sangat.
Lokasinya sangat mudah. Terletak di Kampung Kraftangan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kampung Kraftangan ni pulak salah satu tarikan pelancong ke Kelantan ni.
Kita boleh memilih untuk park kereta di Padang Bas berhadapan bangunan LHDN Kota Bharu dan boleh berjalan kaki jer ke restoran ni. Landmark dia cukup mudah. Padang Bas ni terletak di tengah-tengah antara Bangunan LHDN dan Istana Jahar.
Ataupon boleh jugak nak parking kereta di hadapan Istana Batu ni. Itupon kalau ada parking. Hehehe. Sebab selalunya parking memang penuh kat kawasan restoran ni.
Istana Batu (berhadapan restoran)
Satu lagi landmark ialah, Istana Batu yang terletak betul-betul di hadapan Restoran Nasi Ulam Cikgu Hamid ni. Dan bersebelahan Istana Batu terletak Royal Guest House. Dari sini kita dah boleh nampak restoran ni terletak di sebelah kanan.
Royal Guest House
Selalunya jam 11.00 pagi makanan dah siap terhidang. Kalau datang lambat memang tempat selalunya penuh. Kita boleh memilih untuk makan di sini atau makan di bawah bangunan Kampung Kraftangan. Di sini ada bilik yang ada penghawa dingin. Dan kalau tak nak kempunan, bolehlah hubungi owner restoran untuk buat reservation.
Time ni memang penuh
Ini di tempat terbuka
Tarikan utama di sini terutama orang Kelantan sendiri ni jeng jeng jeng. Tentulah budu. Tapi kat sini, bukan jer ade budu, ada jugak tempoyak, cili api, asam limau, serai yang dicincang, mangga muda yang dicincang. Boleh pilih nak campur macam mana ikut suka kita. Fuhh!!!! taip ni pon boleh buat air liur meleleh. Hehehe.
Kegemaran orang Kelantan ni
Hemm... Kalau dah ada budu tu takkan nak makan gitu jer kan. Mestilah ada pasangannya. Kat sini macam-macam ulam ada. Sebab tu la Restoran ni nama Nasi Ulam. Dari ulam kampung yang fresh macam pucuk gajus, ulam raja dan macam-macam lagi la. Ulam atau sayur yang direbus pon ada. Pilih jer mana yang kita suka. Campak dalam pinggan bawak ke meja. Hehehe.
Pelbagai jenis ulam-ulaman
Masuk bab lauk-pauk pon banyak pilihan. Yang special kat sini ialah ikan keli goreng. Ikan keli ni dibela sendiri oleh Cikgu Hamid di sangkar kat rumah dia. Selain tu ade ayam goreng, ayam kampung goreng dan ada jugak la lauk bergoreng yang lain. Pilih jer lauk mana yang kita suka. Jangan lupa cuba ikan keli goreng tau. Favorite Nana jugak ikan keli goreng ni sebab Nana tak boleh makan ikan keli yang masak lemak.
Antara lauk pauk yang ada
Ini pulak lauk-pauk yang berkuah. Yang ni pulak specialnya ada ikan patin masak asam. Bagi penggemar ikan patin, boleh la cuba ikan patin masak asam ni. Selain tu, ada ikan keli masak lemak, singgang ikan tongkol, cencaru sumbat dan sayur campur masak lemak.
Ini pulak lauk berkuah
Dah story pasal restoran kan, Nana pon dah ambik lauk dan nasik. Apa lagi, time untuk makan la. Oh lupa pulak, kalau nak order air, kalau ramai-ramai tu boleh satu jug terus macam Nana order ni. Hehehe. Selalu Nana datang sini dengan anak buah nana ni la. Tengoklah, anak-anak kami pon berselera makan.
Apapon, terima kasih baby bulat temankan toksue makan harini. Padahal hari-hari dok gomol baby bambam tu. Tetiba lari topik jap. Hehehe.
OK. Bab harga memang semua orang cakap murah. Nana tak pasti sangat yang tu sebab Nana selalu orang belanja. Hehehe.. So setiap kali makan memang tak sempat sampai bill kat meja. Kalau sampai bill pon ade tertulis "ayah belanja". Kami panggil tiket. Hehehe.
In Sha Allah anda pasti puas hati dengan makanan dan harga kat restoran ni. Nak shopping cenderamata pon ade kat sini. Kat Kampung Kraftangan tu la.
Semoga perkongsian ini dapat memberi idea untuk anda yang berkunjung ke Kelantan dan buntu tak tahu nak makan kat mana. Inilah tempatnya.
Wassalam.
Hidup Untuk Berkongsi yang terbaik!!!
No comments:
Post a Comment