Bagaimana untuk kita pastikan hari ini adalah lebih baik dari semalam? Salah satu cara yang wajib kita buat adalah dengan muhasabah diri. Kadangkala muhasabah diri ni akan buat kita rasa down lebih dari bersemangat.
Macam mana tu? Nak tahu kenapa, silalah tonton video ini dengan hati yang tenang.
Setiap dari kita sentiasa mengharapkan yang terbaik yang akan kita lakukan setiap hari. Kadangkala suasana di tempat kerja menjadi punca utama kita gagal mengekalkan aura positif dalam diri kita.
Bagaimana kita nak muhasabah diri kita dengan cara yang betul? Kita mungkin sentiasa buat muhasabah diri. Tapi kadangkala hanya fikirkan perkara buruk menyebabkan kita jadi takut untuk buat benda lain yang lebih baik kerana takut gagal. Malah kita jadi takut untuk buat lagi kerana takut buat silap atau tidak berjaya.
Puan Lyna, telah sudi berkongsi tips bagaimana untuk kita kekal positif sepanjang hari sehingga tidak sabar untuk menunggu hari esok.
3 TIPS DAN TEKNIK MUHASABAH DIRI
1. Menyenaraikan PERKARA BAIK yang kita buat sepanjang hari.
Puan Lyna bagi contoh tentang blog, buat blog untuk promosikan bisnes kita. Kita jangan compare dengan blog orang lain, kerana ini adalah perkara baik yang kita buat dan untuk muhasabah diri kita.
2. Refleksi perkara baik yang kita buat
Di mana yang kita boleh perbaiki supaya dapat hasil lebih baik dan lebih hebat. Sebagai contoh, perbaiki blog supaya lebih menarik, isi yang catchy dan lebih menyentuh hati.
3. Merealisasikan apa yang kita muhasabahkan - Dan inilah yang akan menjadi misi dan target kita untuk hari berikutnya.
Sebenarnya banyak lagi perkara baik untuk kita senaraikan yang membantu kita untuk kekal positif sepanjang hari. Contoh penulisan blog adalah satu contoh yang diberikan oleh Puan Lyna. Kita bebas memilih perkara baik yang kita nak buat sepanjang hari tu.
In sha Allah, apabila kita praktikkan muhasabah dengan cara ini, setiap hari kita akan mendapati hari esok adalah lebih baik dari semalam. Kita terus BERSEMANGAT untuk melakukan perkara yang baik.
Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan buat semua.
No comments:
Post a Comment