Assalamualaikum wrt.
Suatu pagi yang indah, mata Nana disajikan dengan sesuatu yang sangat ajaib dan memukau mata. Menyebabkan Nana terpanggil untuk berkongsi di sini. Cuba kita perhatikan gambar di bawah ni. Sekali pandang seperti butir-butir emas yang berkilau. Ya, memang titisan emas tapi bukan emas yang kita pakai di badan tu tau.
TITISAN EMAS SUSU IBU
Tahukan kita bahawa titisan emas ini adalah tekstur susu ibu. Subhanallah! Memang tersangat cantik dan cukup sempurna kurniaan Allah ini untuk si anak. Kandungannya terlalu padat. Sebab itulah bayi akan cepat kenyang bila menyusu susu ibu.
Dan kita perhatikan pulak gambar di bawah melalui microscope yang menggunakan jarak 200 kali pembesaran kanta yang sama bagi tekstur susu formula,susu lembu dan susu ibu.
Kat bawah ni susu formula yang kita dok bagi anak-anak tu. Jauh sekali bezanya dengan susu ibu. Tidak salah untuk bagi susu formula pada anak-anak, tapi biarlah si anak itu dapat menikmati susu ibu selama yang boleh sebelum kita perkenalkan susu formula yang mungkin hanya menjadi pengganti kepada susu ibu selepas fasa wean off.
Tekstur susu formula
Dan yang ni pulak susu lembu. Teksturnya nampak agak padat jika nak dibandingkan dengan susu formula. Maknanya susu lembu ni lagi baik dari susu formula tu. Tapi, anda kena tengok tekstur susu ibu jugak. Yang pasti memang anda akan teruja dengan apa yang anda tengok dalam susu ibu.
Tekstur susu lembu.
SUSU IBU memang terbaik. Lihat saja tekstur susu ibu di bawah ni. Padat dan molekul dia besar-besar. Nana yang tengok pon rasa kagum dengan kurniaan Allah ini. Sungguh wanita menyusu sangat istimewa kerana membawa titisan emas yang tidak ada pada orang lain.
TEKSTUR SUSU IBU.
Sumber gambar: kellymom.mom
Inilah jawapannya kenapa anak cepat kenyang bila menyusu susu ibu. Memang susu ibu adalah yang terbaik. Dan kerana ini jugalah kita sebagai ibu perlu berusaha untuk menyusukan anak.
Boleh baca pengalaman Nana menyusukan anak DI SINI atau klik cara untuk tambahkan susu badan jika mama-mama ada masalah dalam penyusuan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka. Mesti kita tak sanggup nak bagi susu formula kalo kita dah tengok betul-betul gambar ni semua.
PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK
No comments:
Post a Comment