Jadi, jika kita ada masalah seperti ini, kena tonton video ni sampai habis dulu.
Kita mungkin akan jadi stress bila anak-anak dah conquer gajet kita ni. Bagi yang buat bisnes online, waktu beginilah kita perlukan gajet untuk update bisnes online kita. Kita perlukan gajet untuk update order, jawab sms atau pm dari customer atau mungkin dari network kita.
Kita jangan stress atau terus marah pada anak-anak. Mami dalam video ni dah share tips yang boleh kita lakukan untuk anak-anak tidak lagi leka dengan gajet kita.
5 TIPS UNTUK URUSKAN ANAK-ANAK YANG ASYIK MAIN GAJET.
- Anggap gajet ini sebagai sama seperti barang peribadi kita yang lain seperti kereta, barang dapur ke yang memang kita tak bagi anak-anak main. Jadi kita cuba elakkan dan kurangkan anak-anak dari sentuh gajet kita ni.
- Luangkan lebih masa dengan anak-anak. Bila kita ada kat rumah, cuba luangkan masa bersama anak-anak dalam 30 minit atau sejam sebelum kita mula sentuh laptop atau handphone untuk bisnes online kita. Cuba bermain dan bermesra dengan anak-anak tanpa gajet. In sha Allah anak-anak akan lebih paham dengan situasi kita secara perlahan-lahan.
- Galakkan anak-anak bermain. Maksudnya di sini, kita tak perluka barang mainan yang mahal untuk galakkan mereka bermain. Tetapi kita boleh gunakan material yang ada dalam rumah kita seperti majalah lama ke untuk galakkan anak-anak bermain. Ajak mereka untuk gunting kertas ke atau menampal kerana ini akan menggalakkan perkembangan motor skill mereka.
- Bawa anak-anak bersiar atau bermain di taman permainan. Waktu hujung minggu kita boleh bawa anak-anak bermain di luar atau buat aktiviti riadah dengan anak-anak. Mungkin kita boleh bawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang best yang buat mereka rasa seronok dan gembira. Dengan ini mereka akan paham dengan bisnes online kita dapat bawa anak-anak bercuti.
- Dan yang paling PENTING, jangan pernah anggap anak-anak sebagai halangan atau alasan. Mereka adalah anugerah yang Allah telah berikan kepada kita malah jadikan anak-anak kita sebagai GALAKAN untuk berjaya dalam bisnes online.
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk lebih terurus dalam menguruskan anak-anak dan bisnes online kita.
SELAMAT BERJAYA!!!
No comments:
Post a Comment