Percaya atau tidak, sejak Nana kenal Shaklee, Nana lebih ringan untuk bersedekah, bukan sebab nak bisnes atau mengharapkan apa-apa, tapi terasa tindak lengkap bila ternampak tabung atau orang mintak sedekah, mesti nak hulurkan walaupon jumlah tu kecil.
Sebelum tu, kita tonton dulu video ini.
Apakah pentingnya sedekah itu
1. Mengingatkan diri kita bahawa rezeki kita ini ada bahagian untuk orang lain. Kita sering diingatkan bahawa dalam rezeki kita ni, ada hak untuk orang lain, jadi kita memang digalakkan sangat untuk bersedekah untuk beri kepada orang yang berhak.
2. Untuk melepaskan atau meleraikan hati kita dari terikat dengan dunia. Setiap kali kita bersedekah, kita akan rasa lebih tenang. Malah rasa lebih bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
3. Sedar apa yang kita miliki dan nikmati adalah milik mutlak Allah SWT. Ini secara tak langsung menjadikan kita rendah diri dan tidak mementingkan diri sendiri. Ini akan menjadikan kita sentiasa ingat akan kepentingan orang lain jugak.
Sejak itu, kalau Nana terserempak dengan orang mintak sedekah ke, atau perlukan bantuan, Nana seboleh mungkin akan cuba bagi semampu Nana. Sebab hati selalu terdetik, kenapa aku berat nak bagi sedekah sedangkan ada orang lain yang berhak ke atas rezeki kita jugak. Hari ini mereka susah apa salahnya kita sedekah sedikit asalkan dapat meringankan beban mereka.
Alhamdulillah, hati akan rasa lebih TENANG dan BAHAGIA bila dapat melakukan sedekah walaupon kekadang kita jugak berada dalam kesempitan. Tapi Nana selalu ingat bahawa TIDAK AKAN JATUH MISKIN SESEORANG ITU DENGAN BERSEDEKAH.
Malah kita akan menjadi lebih KAYA, BAHAGIA bukan sahaja dari segi HARTA TAPI JIWA kita.
Semoga kita dapat sama-sama melakukan amalan sedekah ini.
No comments:
Post a Comment