Alhamdulillah, percaturan Allah bila beliau tag Nana dalam post beliau. Sungguh kagum dengan ketabahan beliau. Luqmanulhakim, bekas pesakit kanser lymphoma atau barah darah.
Dengan izin beliau sendiri, Nana kongsikan di sini kisah perjalanan bekas pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi sehingga kini beliau hampir bebas dari sel kanser. Semoga Luqmanulhakim terus sihat dan dapat menjalani kehidupa seperti biasa.
Jom kita hayati coretan dari Luqmanulhakim sendiri melalui facebook beliau Luqmanulhakim. Semoga dapat menjadi pandua buat semua pesakit kanser di luar sana.
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya sampaikan ini tidak disukai oleh sesetengah orang. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kerana rasa tanggungjawab memberi kesedaran kepada sahabat2 berkenaan kanser.
Tahun 2014, tahun yang paling mencabar buat saya dan keluarga, saya dipilih oleh Allah untuk menerima ujian-Nya sebagai pesakit kanser. Tidak sampai sebulan selepas arwah abang saya kembali ke rahmatullah kerana kanser, saya pula mendapat peluang merasainya. Alhamdulillah dalam ujian yang diberikan-Nya tersimpan 1001 hikmah, yang jika dibandingkan dengan kesakitan yang diberi, terlalu sikit rasanya kesakitan yang dialami. Dalam tempoh hampir setahun keluar masuk hospital ini juga saya berkenalan dengan ramai pesakit2 kanser yang lain, kadang2 baru saja rasanya berkenalan, beberapa kenalan sudah pun kembali menemui penciptanya, terlalu dekat rasanya dengan kematian.
Saya mula mendapat simptom pada penghujung May 2014 dengan sedikit benjolan kalenjar di leher yang pada awalnya tidak menyakitkan. Pergi ke klinik dan diberikan antibiotik, benjolan tersebut berkurang, tetapi hanya bertahan selama seminggu. Kembali ke klinik yang sama, saya dinasihatkan untuk pergi ke HKL untuk pemeriksaan lanjut. Sebulan lebih saya berulang alik ke HKL yang pada awalnya saya disyaki menghidap TB, bagaimanapun kesemua ujian memberikan keputusan yang negatif. Pada awal July 2014 barulah saya melalui prosedur 'biopsy' untuk mengesan kanser. Pada masa inilah kesakitannya hanya Allah yang tahu. Penghujung July 2014 saya disahkan mengidap kanser Lymphoma tahap 3 dan saya dinasihatkan untuk menjalani rawatan chemotherapy dengan segera. Tanpa fikir panjang saya dan isteri ambil keputusan bersetuju menerima rawatan.
Alhamdulillah walaupun ada sesetengah orang yang mempertikaikan keputusan kami, keputusan itu adalah yang terbaik yang Allah ilhamkan kepada kami. saya akui rawatan chemotherapy memang ada kesan2 yang kadang2 membuatkan sesetengah orang takut untuk menjalaninya, tapi itu tidak melemahkan saya untuk menerima rawatan. Setelah hampir setahun, rawatan yang saya jalani sudah hampir ke penghujung, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Sekarang boleh dikatakan saya hampir bebas dari kanser, tetapi masih ada rawatan2 yang sedang dan akan saya lalui.
Berdasarkan pengalaman yang sedikit ini, saya ingin berkongsi sedikit tips kepada sesiapa yang disahkan menghidap kanser dan juga kepada keluarga dan sahabat pesakit:
1. Jangan dengar cakap2 orang
Ini adalah perkara pertama dan yang paling penting. 'Jangan chemo nanti semua sel mati', 'Jangan buat chemo nanti botak', 'Jangan bagi doktor ambil air tulang belakang nanti lumpuh', ini ayat2 yang akan anda dengar dari ramai orang. Anda sudah disahkan sakit oleh Doktor yang pakar, yang punyai pengalaman dalam bidang ini, dengar sahaja nasihat doktor. Kenapa perlu dengar orang2 yang tidak ada apa2 kelayakan untuk menasihati anda. Mereka yang selalu menghalang anda untuk mendapat rawatan selalunya tidak ada pengalaman sedikit pun berhadapan sakit kanser. Mereka pun hanya sekadar dengar cakap2 orang.
masih mampu tersenyum walaupon sakit
2. Jangan Tangguh
Dari pengalaman saya sendiri, sel kanser merebak dengan sangat2 cepat. Hanya memerlukan sebulan lebih dari tahap awal ke tahap 3. Ada beberapa orang yang saya kenali menangguhkan rawatan atas alasan ingin mencuba rawatan alternatif. Nasihat saya, JANGAN TANGGUH. Kebanyakan pesakit yang tangguh akan terlambat menerima rawatan yang sepatutnya dan mempunyai harapan yang sangat tipis untuk sembuh bila kembali ke hospital, berdasarkan pengalaman juga, beberapa orang yang saya kenal akhirnya meninggal dunia disebabkan terlambat.
Bukanlah saya meletakkan hidup dan mati itu di tangan orang yang merawat, tetapi ikhtiarkanlah dengan cara yang terbukti berkesan. Saya tidak berniat untuk mengecilkan kaedah rawatan alternatif, mungkin ada yang berkesan, tetapi sebelum anda cuba alternatif, pastikan anda menjalani rawatan di hospital terlebih dahulu, kemudian cubalah rawatan lain jika perlu. Jangan pertaruhkan nyawa anda dengan rawatan yang tiada bukti dan sekadar cerita2 orang.
3. Jangan takut chemo
Rawatan chemo adalah salah satu rawatan untuk kanser. Macam2 cerita yang kita dengar bila sebut pasal chemo, rambut gugur, sel mati, hilang selera makan dan macam2 lagi. Memang benar rawatan ini akan menyebabkan sel mati, rambut gugur dan hilang selera makan, tapi hanya untuk sementara waktu. Rambut gugur biasanya akan kembali pulih dalam masa satu ke dua bulan selepas rawatan, selera makan pula akan kembali selepas seminggu dan kadang2 lebih cepat. Apa yang penting ikuti segala nasihat doktor.
4. Bone Marrow Examination???Ape benda tuh??? Sejenis prosedur di mana doktor akan ambil sample bone marrow/sum-sum tulang dari tulang pelvic, atau bahasa pasarnya ambil air tulang belakang. Yang ini anda akan mendapat tentangan hebat dari macam2 orang, dari orang yang tidak berpelajaran sampailah ke cerdik pandai mengalahkan doktor. Sekali lagi saya sarankan, dengarlah dulu nasihat dan penerangan dari doktor, segala rawatan/prosedur yang anda akan lalui adalah untuk menyelamatkan anda. Orang lain tak kena boleh lah cakap mcm2. Saya dah jumpa makcik dah tua 8 KALI ambil bone marrow, masih takde ape2 masalah.
5. Sokongan keluarga dan sahabat
Sokongan keluarga dan sahabat tersangat penting semasa anda dalam proses melawan kanser. Alhamdulillah saya dikurniakan ahli keluarga dan sahabat2 yang tidak jemu2 memberikan saya semangat, terutamanya isteri saya yang selalu disamping saya. Jadi kalau ada antara saudara anda yang menghidap kanser, berikanlah semangat, jangan pulak beri idea2 yang anda sendiri pun tak tahu samada boleh membantu pesakit melawan kanser ataupun tidak.
Sokongan keluarga dan sahabat tersangat penting semasa anda dalam proses melawan kanser. Alhamdulillah saya dikurniakan ahli keluarga dan sahabat2 yang tidak jemu2 memberikan saya semangat, terutamanya isteri saya yang selalu disamping saya. Jadi kalau ada antara saudara anda yang menghidap kanser, berikanlah semangat, jangan pulak beri idea2 yang anda sendiri pun tak tahu samada boleh membantu pesakit melawan kanser ataupun tidak.
isteri sentiasa menemani
6. Jangan jadi pakar
Baiklah, bahagian ini saya khususkan kepada sesetengah pakar yang tidak bertauliah. Bila seseorang mendapat kanser maka akan ramailah ahli keluarga dan sahabat yang akan memberi semangat kepada pesakit, tidak kurang juga yang sekelip mata akan menjadi pakar kanser. Tahu sahaja rakannya menghidap kanser, dialah orang pertama akan memberi warning tentang bahayanya chemo, risiko bone marrow dan segala macam amaran2 yang diambil entah dari mana. Nasihat saya, hentikanlah perbuatan anda, kerana anda sedang mempengaruhi seseorang utk mempertaruhkan nyawanya tanpa sebab yang munasabah. Dalam tidak sedar bila sahaja pesakit menerima 'nasihat' dari anda, dan tiba2 rawatan lain gagal menyelamatkan nyawanya, anda sudah pun menyumbang kepada satu kematian saudara/rakan anda. Memang ajal maut di tangan Allah, tp saya mohon sangat2 jika anda tiada bukti kukuh untuk menyokong amaran anda, lebih baik anda diam.
Baiklah, bahagian ini saya khususkan kepada sesetengah pakar yang tidak bertauliah. Bila seseorang mendapat kanser maka akan ramailah ahli keluarga dan sahabat yang akan memberi semangat kepada pesakit, tidak kurang juga yang sekelip mata akan menjadi pakar kanser. Tahu sahaja rakannya menghidap kanser, dialah orang pertama akan memberi warning tentang bahayanya chemo, risiko bone marrow dan segala macam amaran2 yang diambil entah dari mana. Nasihat saya, hentikanlah perbuatan anda, kerana anda sedang mempengaruhi seseorang utk mempertaruhkan nyawanya tanpa sebab yang munasabah. Dalam tidak sedar bila sahaja pesakit menerima 'nasihat' dari anda, dan tiba2 rawatan lain gagal menyelamatkan nyawanya, anda sudah pun menyumbang kepada satu kematian saudara/rakan anda. Memang ajal maut di tangan Allah, tp saya mohon sangat2 jika anda tiada bukti kukuh untuk menyokong amaran anda, lebih baik anda diam.
Firman Allah surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud - "Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
Semoga perkongsian yang sedikit ini akan m.emberi manfaat untuk semua.
Terima kasih
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Kunci Utama adalah kena KUATKAN SEMANGAT dan BERSERAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT.
Sedihnya baca.sya dapat merasakan ujian yg saudara terima skrng.sya doa kan saudara akan terus sihat.sya ada makcik yg dahulu nya kanser tp telah pulih.sihat smpai skrng.saudara kena kuat.kanser bukan la penamat untuk kehidupan.alhamdulillah saudara telah pulih.sya doa kan agar saudara akan terus sihat da bahagia brsama yg trsayang.yaAllah lindungi la saudara ini.Amin ya rabalalamin -akmaldanial-
ReplyDeleteDugaan mu amat berat dan sesungguhnya ketabahan mu dan keluarga mu adalah satu anugerah yang Allah kurniakan. Saya berdoa agar saudara cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Amin.
ReplyDeleteSlam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama...merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
ReplyDeleteANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI : KANSER PARU-PARU KANSER USUS BESAR KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM KANSER PUNDI KENCING LEUKIMIA KANSER REKTUM/DUBUR KANSER TULANG KANSER OTAK KANSER OVARI KANSER HATI KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA KANSER PAYUDARA KANSER RAHIM KANSER PROSTAT KANSER PERUT KANSER PANKREAS KANSER PITUITARI KANSER KELENJAR LIUR KANSER VAGINA/FARAJ KANSER KULIT KANSER MULUT KANSER HIDUNG KANSER TIROID KANSER TEKAK KANSER TESTIS KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU DAN LAIN-LAIN KANSER
DeleteANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI : KANSER PARU-PARU KANSER USUS BESAR KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM KANSER PUNDI KENCING LEUKIMIA KANSER REKTUM/DUBUR KANSER TULANG KANSER OTAK KANSER OVARI KANSER HATI KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA KANSER PAYUDARA KANSER RAHIM KANSER PROSTAT KANSER PERUT KANSER PANKREAS KANSER PITUITARI KANSER KELENJAR LIUR KANSER VAGINA/FARAJ KANSER KULIT KANSER MULUT KANSER HIDUNG KANSER TIROID KANSER TEKAK KANSER TESTIS KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU DAN LAIN-LAIN KANSER
ReplyDeleteTerima kasih memberi maklumat yg berguna
ReplyDeleteKisah benar anda benar-benar memberi info berguna buat semua di luar sana. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda bersama .
ReplyDeleteTerima kasih lagi sekali dan tahniah anda berjaya mengatasinya ..Alhamdulillah.
Thank You and that i have a dandy give: Whole House Renovation renovate my home
ReplyDeleteThanks and that i have a dandy supply: Where To Start Renovating House house renovation budget
ReplyDelete