Assalamualaikum....
Alhamdulillah kali ini Nana diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa mengandungkan anak kedua yang ada sedikit masalah.
Jarak antara anak pertama dan kedua agak jauh. Di usia Athirah 4 tahun, barulah Nana disahkan hamil anak kedua. Waktu ini memang happy sangat sebab dapat bagi kawan kat Athirah. Kesian jugak hampir 4 tahun dia asyik main sorang-sorang kat rumah. Tapi Athirah memang seorang yang berdikari. Bersyukur ada anak seperti Athirah.
Tapi, saat menantikan baby lahir adalah suatu yang mendebarkan. Waktu dok check up so far memang tak pernah ada masalah. Namun Nana diuji saat usia kandungan masuk 38 minggu. Saat menghitung hari untuk menunggu si kecil melihat dunia.
Waktu ni Nana dah ada kat kampung. Nana ambil cuti bersalin awal seminggu. Nana masih ingat lagi, tarikh keramat 16/01/2011 waktu check up doktor bagitahu kedudukan baby melintang. Hati jadi resah kerana confirm kena bersalin operate ni.
Memang sedih sangat masa ni sebab automatik terkenangkan Athirah. Macam mane la nanti nak uruskan dia kalo bersalin ceaser. Tak dapat nak gambarkan perasaan ni.
Namun, penjelasan doktor sedikit melegakan. Dalam kedudukan baby melintang, agak berisiko untuk bersalin normal. Pakar gynea jelaskan, Nana ada 2 pilihan.
Pertama, bersalin normal tapi agak berisiko. Tapi percentage 9/10 adalah berjaya. Untuk bersalin normal, ada proses yang perlu dibuat. Doktor akan pusingkan bayi ke kedudukan normal dan kita akan di induce untuk bersalin, kerana risau baby akan kembali ke kedudukan asal.
Syarat untuk lakukan proses ni, ibu belum mengalami apa-apa contraction atau tanda-tanda sakit nak bersalin. Kerana bila ibu dah ada contraction, risiko agak tinggi. Semasa proses nak pusingkan baby, uri boleh pecah dan ini akan bahayakan nyawa kedua-duanya, ibu dan bayi.
Namun begitu, walaupon belum ada contraction, tetap ada risiko semasa proses ini dilakukan. Semasa proses, baby mungkin akan lemas dan doktor tiada pilihan melainkan pembedahan segera untuk selamatkan bayi.
Boleh dikatakan cara pertama ini tetap BERISIKO.
Kedua, terus lakukan pembedahan. Ini kerana dalam kedudukan baby melintang, agak mustahil untuk bersalin normal. Dalam kedudukan ini, tali pusat berada di bawah dan menutup laluan atau bukaan faraj yang mendorong tali pusat akan keluar dahulu. Bila ini berlaku, ia akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Mendengar penjelasan pakar gynea cukup buat hati luluh. Memang down sangat. Doktor bagi masa untuk Nana fikir. Akhirnya Nana nekad untuk pilih cara pertama. Appointment terus dibuat 2 hari lepas tu. Terpaksa buat cepat sebab nak pastikan Nana tak sakit contraction semasa proses tu nanti.
Waktu pilih cara pertama, Nana cuma berserah pada Allah. Yakin dengan keajaiban Yang Maha Kuasa. Hanya pada Allah Nana bergantung harap semoga dipermudahkan.
Boleh dikatakan dalam masa 2 hari ni, pakar gynea call Nana bertanya khabar dan tak pernah lupa untuk ingatkan Nana terus ke hospital jika ada tanda-tanda sakit nak bersalin.
Tanggal 18/01/2011, seawal 6.00 pagi Nana dah ke hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Waktu dalam perjalanan, Nana terima panggilan dari pakar gynea yang berpesan supaya Nana terus ke Emergency. Waktu ni hati memang dah berdebar-debar.
Sampai di hospital, Nana terus ditempatkan di labour room. Lepas bertukar uniform hospital, Nana berehat di katil sementara menunggu doktor datang. Sambil tu nurse dah scan, kedudukan baby masih melintang. Hai la anak, sungguh kamu menguji ibu kali ni.
PROSES PUSINGKAN BAYI KE KEDUDUKAN NORMAL.
Sebelum proses dilakukan, nurse dah ambik tekanan darah dan suhu badan untuk pastikan keadaan kesihatan kita adalah normal. Imbasan CTG jugak dibuat untuk pastikan yang tidak ada contraction lagi pada waktu itu.
Hati semakin berdebar pulak. Waktu ni cuma Nana, nurse dan doktor yang ada dalam bilik bersalin. Hati tertanya-tanya, camane la proses nak pusing bayi ni. Namun dalam hati tak putus berdoa semoga Allah permudahkan urusan bersalin ni.
Proses bermula lebih kurang jam 8.30 pagi. Pada permulaan, doktor telah suntik kat drip kat tangan Nana. Kata doktor, suntikan ni akan buat jantung Nana berdegup laju. Memang betul, tak sampai 1 minit, jantung Nana automatoik berdegup kencang. Terus Nana bagitahu doktor, "doktor, apasal jantung saya degup kuat sangat ni?". Tapi doktor tu rileks jer jawab "memang saya nak bagi awak berdebar, sebab nak bagi rahim awak rileks". Terasa kelakar pon ada.
Kemudian, doktor gunakan bedak baby powder yang ditabur atas perut Nana. Dengan lafaz bismillah dan selawat, dua kali doktor buat pergerakan di atas perut (Nana tak tahu nak gambarkan macam mana), doktor berjaya pusing kedudukan baby hingga kepala ke bawah. Kemudian terus scan CTG untuk lihat keadaan jantung baby. Ahamdulillah, baby tak lemas dan Nana terus diinduce.
Terus rasa contraction pertama. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Waktu ini bermulalah contraction. Nana cuma berbaring di bilik bersalin tu sorang-sorang. Nurse datang sesekali untuk check keadaan Nana. Boring pulak rasa dok terbaring macam tu. Nak bergerak ke mana-mana pon tak boleh. Mengikut doktor, Nana dijangka bersalin pada sebelah malam. Fuhh!!! Lama lagi tu.
Nasiblah bersalin kat private hospital kali ini. Jadi layanan pon agak eksklusif. Waktu macam ni cuma boleh minum air jer. AKhirnya doktor inject jugak pain kiler kat Nana walaupon Nana menolak. Katanya nak bagi Nana rest. Takut hilang tenaga waktu nak push nanti. Dapat jugak lelapkan mata sekejap sekejap.
LAHIRNYA PUTERA HATI IBU.
Setelah melalui tempoh contraction yang lama, Nana terasa seperti air ketuban dah keluar. Memang dari awal doktor ada bagitahu tak nak pecahkan air ketuban, doktor nak ia pecah sendiri. Hemm... elok jugak, dapat rasa pengalaman yang berbeza.
Waktu ni contraction dah semakin kuat. Nana memang dah tak boleh tahan. Mata terpejam rapat menahan sakit. Tapi nurse tak bagi Nana push lagi sebab tunggu doktor datang duluj. Lega sikit bila nurse tolong picit-picit kat paha. Bila contraction datang, terus pegang erat tangan nurse menahan sakit. Memang tak sempat nak fikir apa dah waktu ni.
Bila doktor sampai sampai, terus nurse mintak Nana push. Apa lagi, tarik nafas dan push sekuat hati. Waktu ni tetiba nurse pasangkan oksigen kat hidung Nana. Mungkin atas arahan doktor sebab waktu ni Nana selsema dan nafas pon tersekat-sekat.
Banyak kali jugak Nana push baru baby keluar. Sampai tahap Nana dah agak letih dan berhenti push. Sekali nurse cakap "awak nak anak awak lemas ke tak nak push?" Dengar jer macam tu, entah dari mana tenaga tu datang, terus Nana push. Alhamdulillah, selamat melahirkan putera hati AMIRUL ASYRAFF dengan berat 2.75kg tepat jam 10.28 malam.
Paling Nana bersyukur sekali bersalin kali ni tak perlu dijahit. Doktor pon puji.-Siap gosok-gosok kepala dan kata bagus. Dari tak perlu operate, terus takde jahitan. Lega rasa selepas baby lahir. Hilang segala kesakitan yang ditanggung selama hampir 12 jam kat bilik bersalin.
Pengalaman yang tak mungkin Nana lupa sampai bila-bila walapon dah 4 tahun berlalu. Setiap detik dalam labour room tu masih segar dalam ingatan. Sebenarnya tak semua doktor sanggup buat seperti pakar gynea Nana lakukan ni. Ada 2 orang kawan yang Nana kenal yang hadapi masalah yang sama, doktor terus operate. Sebab tu Nana bersyukur sangat-sangat dapat bersalin normal.
Kepada ibu-ibu yang mengalami masalah baby melintang, jangan berputus asa. Banyakkan berdoa dan mungkin boleh refer pakar gynea yang berbeza untuk dapatkan second opinion.
Doakan isteri saya jugak dapat bersalin normal...baby melintang gak..nama pun nana..hehe
ReplyDeleteSy pun ada pengalaman juga baby melintang, anak ketiga, plan asal czer tp doc pakar batalkan last minit, dh siap pakai baju OT dah hihih doc pakar boleh pusingkan, tp baby kembali jgak melintang, doc pakar yakin baby akan ke bwh semula bila dkt due, akhirnya bersalin normal ikut due asal.
ReplyDeleteJap td scan,doc pun kate bby dok melintang.baru 28week.tp risau tetap ade
ReplyDelete