Facebook Twitter Pinterest Google+ Email Addthis

Friday, April 24, 2015

7 CARA BERPANTANG SECARA TRADISIONAL YANG MASIH DIAMALKAN

Assalamualaikum...

Kalini Nana nak share pengalaman berpantang. Bagi yg hidup di kota besar macam Kuala Lumpur, mesti memilih untuk berpantang cara moden dgn hanya makan supplement atau jamu selain berurut dan bertungku sahaja. 

Supplement ni kira membantu badan ibu lebih cergas sepanjang berpantang. Apa lagi semasa dalam pantang kita mesti kerap berjaga malam untuk susukan bayi. Kena pulak kalo bayi yang jenis berjaga malam, alamak memang tak cukup tidur la jawabnya. 

Untuk kekal cergas sepanjang berpantang, boleh KLIK DI SINI untuk mengetahui supplement yg sesuai untuk ibu-ibu semua.

Nana bertuah kerana mempunyai bonda yang sangat ambik berat soal pantang. Masih menitik beratkan cara tradisional. Mungkin ada di antara ibu-ibu yang tidak pernah merasa pengalaman ini. Antara yang Nana amalkan semasa pantang adalah:

1. Mengurut Dalam pantang - Amalan mengurut semasa dalam pantang ni memang dah sebati dengan masyarakat Melayu. Dan ia jugak dikaitakan dengan penghasilan susu badan. Biasanya susu mula keluar dengan banyak lepas kita mengurut. Masa berpantang, Nana biasanya mengurut untuk 3 hari berturut-turut sahaja.

Memang badan rasa ringan lepas mengurut. Ye la kan, badan ibu yang baru lepas bersalin memerlukan belaian jugak. Banyak urat-urat yang terasa tegang. Bila dapat mengurut ni rasa lega dan best jer. Memang dapat rasakan perbezaan tu. Duduk kat kampung senang nak cari tukang urut ni dan upah pon takde la semahal macam di bandar. Biasanya tukang urut kat bandar ni akan tolong kita bengkung sekali. 


2. Bertungku dengan batu sungai - Sekarang ni dah ada macam-macam bentuk tungku. Tapi Nana lebih suka bertungku dengan batu sungai ni lagi. Panaskan kat dapur kemudian bungkus dengan kain. Tapi selalu akan diletak sekali daun mengkudu. Memang harum bau bila daun mengkudu tu dah kena dengan batu tungku yang panas tu.

Biasanya kita akan bertungku dari perut hingga ke kaki. Dan tukang urut akan tungku kita selepas beliau mengurut satu badan. Dapatlah panaskan urat-urat badan tu. Ye la, badan ibu dalam pantang ni senang berangin. Selain tu, tungku kat perut bantu kecutkan rahim dengan cepat.


3. Mandian Herba Tradisional - Air mandian ni memang best. Ia terdiri dari daun pandan, dan daun-daun campuran lain yang Nana sediri tak tahu nama. Heheheh.... semua daun ni dicampur dan direbus bersama. Hasil air rebusan ni akan mengeluarkan bau yg sangat wangi. Tapi bukan macam wangi perfume tau. Oh ya! Orang Kelantan panggil air ni sebagai "air teresak". Jangan tanya Nana pulak apa maknanya. Hehehe.


Sebelum mandi mak Nana akan campurkan dengan air biasa biar suam-suam sebelum mandi. Ye la kan, takkan nak mandi dengan air panas mendidih tu. Mau melecur kulit. Biasanya air ni Nana mandi pada waktu pagi. Kalau boleh hari-hari nak mandi air ni sebab badan akan terasa segar lepas mandi. Apa lagi bila mandi lepas berurut dan bertunggu. Tapi Nana dapat mandi untuk 3 hari jer. Sebab mak dah tak larat nak buat. Ye la sebab mak Nana dah uzur. Dapat mandi 3 hari tu pon dah ok.

4. Minum air Manjakani - Alhamdulillah mak Nana rajin buatkan air manjakani ni. Dari anak pertama sampai anak kedua. Selalunya mak akan rebus air manjakani ni. Tapi Nana siap pesan jangan buat pekat sangat. Hehehe. Mak akan letakkan dalam jug air untuk senang Nana minum bila-bila masa. Air manjakani ni bagus untuk cuci dalaman kita. 



Semua tahu akan kelebihan manjakani ni kan. Selain dari kebaikan utamanya yang berfungsi sebagai sari rapat, manjakani jugak membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Boleh juga dibuat air mencuci tempat luka bersalin. Selain minum, Nana akan asah manjakani dengan sedikit air dan sapu di tempat luka bersalin. Air manjakani ni Nana minum setiap masa selain diselang seli dengan air kosong. Inilah minuman Nana pengganti teh untuk cicah makanan paling sedap dalam pantang. Apa lagi kalau bukan biskut kering tu. Hehehe.

5. Memakai pilis - Kami di Kelantan tidak terdedah sangat dengan memakai pilis kat dahi ni. Tapi masa anak kedua Nana dapat merasa pakai pilis ni sebab masa tu Nana ambik set bersalin Amway. Dalam set ni Nana cuma gunakan pilis dan ubat untuk pakai kat perut sebelum bengkung. Air herba dia Nana tak sanggup nak telan. Fuhhh!!! Memang pekat. Rasa membazir pulak ambik set bersalin tu. 



Pilis ni pon Nana bancuh dan pakai sendiri. Sebab mak tak pandai sangat nak buat. Sebenarnya bagus bila berpilis ni sebab bantu buang angin kat kepala. Secara tak langsung dapat mengurangkan sakit kepala atau pening yang mungkin boleh menyebabkan meroyan. Kalau cara moden, kita cuma perlu makan vitamin macam b complex untuk kurangkan stress.

6. Memakai bengkung - Bengkung ni SANGAT PENTING  dipakai masa dalam pantang untuk mengelakkan perut buncit dan untuk mempercepatkan proses kecutkan rahim atau peranakan. Masa anak pertama, Nana pakai bengkung biasa tu jer. Yang Nana tempah sendiri yang sebenarnya lebih kepada barut perut. Bentuknya macam barut perut baby cuma dengan saiz yang lebih besar. So senang nak pakai.


Untuk ubat pakai kat perut ni senang sangat. Mak Nana guna cara tradisional. Cuma guna asam limau dicampur dengan kapur. Tapi memang menjadi. Perut terasa kempis setiap kali lepas berbengkung. Tapi Nana ni tak konsisten, bengkung sekejap jer pastu dah rimas terus buka. Hehehe. Tapi Nana biasa pakai bengkung waktu malam sampai pagi. Tapi bila waktu siang tu, pakai sekejap jer. 

Cuma, masa anak kedua Nana pakai bengkung macam yang dalam gambar. Lilit-lilit dan mak Nana la yang tolong lilit dan sapukan ubat. Anak kedua Nana guna ubat dari set Amway tu. Best jugak la sebab perut terasa kempis.

7. Menu special dalam pantang - Mak Nana memang titik beratkan soal makan dalam pantang ni. Mungkin ada antara kita tidak kisah dengan menu yang dimakan. Tapi mak Nana memang strict. 2 minggu pertama Nana cuma dibenarkan makan ikan masin bakar dengan nasi putih jer. Sesekali Nana tambah dengan lada hitam sebagai penambah rasa. Tak boleh bergoreng. Apa lagi nak makan ayam. Memang tak merasa la.

Ikan masin tu pulak buka boleh sebarangan. Salah satunya macam dalam gambar di bawah ni. Tapi inilah rasanya makanan paling sedap masa dalam pantang. Dan yang best mak Nana jarang nak benarkan Nana ke dapur sebab takut terliur dengan makanan lain yang ada kat dapur tu. Kelakar pon ada. Biasanya dah masuk hari ke 20 barulah dibenarkan makan ikan atau ayam yang bergoreng. 


Alhamdulilah Nana dapat menempuh fasa berpantang secara tradisional ni dengan jayanya. Kalau berpantang sendiri Nana tak tahu la macam mana. Yang paling Nana tak boleh lupa, Mak jugak antara orang yang akan tegur bila Nana berjalan tak macam orang pantang. 

Ye la, bila kita dah rasa macam dah sihat, mula lupa nak kontrol cara berjalan. Sebenarnya cara berpantang macam yang Nana amalkan ni banyak bagi kelebihan kalau kita betul-betul ikut. Nak dapat sakit seperti sakit pinggang ke, lenguh-lenguh ke memang susah. 

Cuma bagi yang memilih cara mudah, boleh mencuba vitamin shaklee untuk mengekalkan kecergasan badan kita. Lagipon kini baru Nana sedar betapa pentingnya pengambilan makanan tambahan ni semasa mengandung dan selepas melahirkan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu semua untuk memilih cara berpantang.

Jumpa lagi ya!!! 






No comments:

Post a Comment

ARTIKEL LAIN

AHLI SUKAN ALERGIK ANEMIA SEMASA HAMIL ANTI PENUAAN BATUK SEMASA HAMIL BENGKEL NUTRISI SHAKLEE BISNES ONLINE CACAR AIR CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE CARA MERAWAT SEMBELIT CARA TURUNKAN BERAT BADAN CHICKEN POX DEMAM PANAS JADI AHLI SHAKLEE Kempen Sihat KENCING MANIS KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU KISAH ISTERI POWER KOLESTROL TINGGI Master Checklist MIGRAIN MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK NATIONAL CONFERENCE OFFLINE COACHING ONLINE BISNES PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK PERIOD TIDAK TERATUR PESAKIT KANSER DARAH POWER PUMPING RAHSIA BERHENTI MEROKOK RAHSIA SYUKUR SAKIT SENDI SHAKLEE EFFECT SHAKLEE HQ Shaklee Motivation Rally SIJIL HALAL SHAKLEE SUSAH TIDUR TANDA-TANDA KENCING MANIS TASKA OH TASKA TESTIMONI OMEGA GUARD TIPS ATASI ASMA TIPS ATASI DEMAM PANAS TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR TIPS ATASI RAMBUT GUGUR TIPS ATASI SEMBELIT TIPS BADAN CERGAS TIPS BERHENTI MEROKOK TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL TIPS CERGAS SEMASA HAMIL TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG TIPS HILANGKAN GEGATA TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT TIPS KECUTKAN JERAWAT TIPS KEKAL CERGAS TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT TIPS KURANGKAN MENGANTUK TIPS KURUS TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TIPS MEMILIH TASKA TIPS MENGASAH BAKAT TIPS MENYUSUKAN ANAK TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG TIPS MINUM AIR KOSONG TIPS MUHASABAH DIRI TIPS RAWAT GASTRIK TIPS RAWAT SAKIT SENDI TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL TIPS UNTUK AHLI SUKAN VITAMIN KANAK-KANAK

LIKE US ON FACEBOOK

Designed ByBlogger Templates