Mengenangkan morning sickness yang Nana tempuh untuk kedua-dua anak, memang berbeza. Masa mengandungkan Athirah, Nana jarang muntah tapi kepala pening tu yang tak tahan. Sebelum tahu hamil tu, belum start apa-apa lagi. Tapi bila doktor dah sahkan hamil, maka bermula la episod mabuk dan mual.
Pada tahap awal, Nana cuma berasa mual dan jarang muntah. Cuma tak boleh dengan bauan yang pelik-pelik. Itu akan buat Nana pening dan nak muntah. Bila kenangkan saat morning sickness atau mabuk, Nana rasa baik sakit bersalin lagi. Bayangkanlah Nana pening kepala bila naik kenderaan sampai ke hujung kehamilan. Gula-gula hudson dan kismis sentiasa ada dalam beg. Serik jer rasa. Hehehe.
Namun 5 tahun selepas tu, Nana disahkan hamil anak kedua. Kalini memang betul-betul menguji Nana. Silap makan sikit pastu muntah. Bab pening, mual dan loya tu tak payah nak cerita la. Yang kelakar semasa hamil anak kedua ni, Nana jadi tak suka dengan kedai mamak. Memang sepanjang mengandungkan Asyraff ni, langsung tak jejak kaki ke kedai mamak.
Kalini Nana memang kerap muntah. Kalau makan sesuatu yang rasa tekak tak boleh terima, lepas tu paksa juga makan, memang muntah la jawabnya. Pening kepala dan mual tu boleh la tahan lagi. Tapi masuk bab muntah ni memang tak tahu nak cerita. Hanya yang mengalami jer akan paham.
Kekadang rasa jealous dengan orang yang takde morning sickness ni. Macam Nana sendiri, morning sickness sampai ke trimester kedua. Boleh dikatakan sampai usia kandungan 7 bulan baru alahan ni betul-betul dah takde. Tapi, rasanya kebanyakan ibu hamil semua sama dari segi deria bau, kan?
Macam Nana sendiri tak boleh bau bawang yang ditumis. Memang pantang bau tu. Kekadang kalau terpaksa jugak menumis, siap tutup hidung lagi. Lepas tu Nana jadi geli nak tengok bekas minyak masak yang dah digunakan yang ditinggalkan dalam kuali. Bukan setakat geli, bila tengok jer, terus rasa mual nak muntah.
Macam-macam kan karenah masa dalam alahan ni. Apapon ia tetap meninggalkan kenangan manis buat kita yang bergelar ibu. Semua tu mengajar kita untuk jadi lebih tabah dan mengenang jasa ibu yang mengandungkan kita. Subhanallah, hebat betul KEISTIMEWAAN yang Allah berikan pada kaum wanita ini.
Bagi yang dah rasa tak sanggup nak tempuh morning sickness sepanjang trimester pertama tu, jom Nana share satu tips mudah.
Sayang Nana belum kenal Shaklee masa hamil kedua-dua anak. Tapi, Nana ade cara tersendiri untuk kurangkan loya dan mual ni. Ye la kan, masa ni tak kenal shaklee lagi. Selalunya, untuk kurangkan rasa mual, Nana akan makan kismis. Bagi yang suka makan asam, boleh la standby asam boi. Tapi jangan mula selalu makan, sekadar untuk hilangkan mual ni. Boleh juga kemam gula-gula yang manis-manis.
PEPPERMINT GINGER PLUS dari shaklee ni cukup membantu untuk mengurangkan rasa mual dan loya semasa tempoh morning sickness ni. Sekurang-kurangnya boleh cuba.
Jadi, takde la kita risau lagi kan nak tempuh saat-saat mabuk semasa hamil ni. Mesti kita tertanya-tanya, boleh ke makan peppermint ni. In sha allah, dah ramai ibu-ibu hamil yang makan peppermint untuk kurangkan rasa mual dan loya.
Tak salah untuk mencuba, boleh hubungi Nana untuk dapatkan stok peppermint ginger plus ni.
Nana Zarina: 019-3088178
cx masa first trimester je. mual2. Sume bnde tkleh nk mkn. Tgk food je trs kembang tekak. Fiuhhh. Ayam lg la tkleh tgk.. kembang nau tekak. Da masuk 4bulan.. tgk nasi time lunch.. mesti rs uwekk je tp still makan even sikit. Tknk effect baby. Dan yg plg cx suka time preggy ni.. cx sgt suka makan sayur hijau. Lg hijau lg sedap. Ms 1st trimester tu kalau tkde sayur.. mmg makan je sesuap dua da tknk da. Huhu
ReplyDeleteKan...mcm2 ragam masa tgh mabuk ni... masa anak kedua nana mmg takleh tgk makanan mamak..jd geli.. nasib baik asyraff mkn gak roti canai..
ReplyDelete