Assalamualaikum.
Kita sering dan mudah dijangkiti penyakit kalau kita tidak jaga kesihatan betul-betul semasa hamil. Batuk adalah sesuatu yang boleh dikatakan senang menyerang ibu-ibu hamil. Bila dah kena batuk, memang susah nak sembuh, apa lagi dalam keadaan hamil kita tidak digalakkan makan sebarangan ubat.
Melalui pengalaman Nana sendiri semasa mengandungkan Athirah, Nana dijangkiti batuk semasa usia kandungan 7 bulan. Masa tu, Nana balik kampung untuk adakan kenduri doa selamat. Dah kena pulak musim panas, memang dok teguk air sejuk jer la. Apa lagi time kenduri, minum air sirap sejuk jer. Puncanya nampak simple jer, tapi bila kita tersilap makan ata tidak jaga pemakanan, inilah kesannya.
Bila dah kena batuk tu, memang sengsara rasanya. Sampaikan boleh terkencing bila batuk kuat sangat. Mahunya tak dengan kandungan yang sarat macam tu, lagi la mudah terkencing. Bila ke klinik, doktor ada bagi ubat batuk, tapi Nana tak berani nak makan ubat batuk tu. Jadi, Nana cuma konsisten minum air kosong jer. Pendek kata, naik LRT pon kelek air kosong dalam bekas.
Bila takde perubahan, Nana cuba cari petua orang-orang lama. Nana cuba minum air kosong yang dicampur dengan biji selasih. Cuba jer kan dari nak makan ubat tu. Alhamdulillah, ada perubahan jugak bila batuk dan semakin kurang. Lega rasanya.
Caranya mudah jer, rendah jer lebih kurang 1 sudu besar biji selasih dalam 1000ml air kosong. Biarkan sekejap lebih kurang 15-20 minit atau sehingga biji selasih dah kembang, barulah minum seperti biasa. Nana amalkan minum sepanjang masa. Macam kita minum air kosong setiap hari, bezanya yang ni kita minum air yang dicampur dengan biji selasih.
Bagi Nana, sebab itulah pengambilan supplement sangat penting dalam mengekalkan kesihatan kita sepanjang kehamilan. Supplement ni bukan sahaja membantu badan kita sihat dan cergas tapi baik jugak untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
Omega Guard Shaklee misalnya, bagus untuk mengawal kolestrol dalam badan dan bantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Pengambilan omega juga membantu mengurangkan masalah batuk bukan sahaja untuk ibu hamil, tapi juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
Atau untuk kesihatan menyeluruh, boleh pilih untuk consume set kehamilan shaklee yang bukan sahaja membantu ibu-ibu cergas semasa hamil, tapi dapat mengekalkan kesihatan sepanjang kehamilan dan tempoh berpantang.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang hamil dan mengalami batuk dapat praktikkan apa yang dikongsi.
Bagi ibu-ibu yang nak dapatkan set kehamilan shaklee, boleh hubungi Nana di 019-3088178
sihat dan cergas semasa hamil adalah impian kita
No comments:
Post a Comment