Pernah tak anda dengar orang tua-tua kata, kalau nak bagi susu kat anak, kena bagi belah kanan dulu kemudian baru bagi sebelah kiri, sebab sebelah kanan katanya adalah kandungan nasi dan kiri tu air.
Haih, macam-macam kan. Tapi itu adalah kepercayaan orang tua. Kalau nak pertikaikan pon tak boleh. Jadi kita ia kan jer la. Dulu Nana pon tak tahu sangat pasal ni, tapi dunia penyusuan susu ibu banyak dedahkan Nana dengan info-info yang berguna yang tidak pernah tahu sebelum ni.
PERBEZAAN SUSU IBU
credit pic to: FB Noorfazilah Abdul Rahman
Hakikatnya, susu ibu ni sebenarnya terdiri dari FOREMILK dan HINDMILK. Jadi tak ada perbezaan pon antara bagi kiri dulu ke kanan dulu.
FOREMILK adalah susu yang keluar pada awal-awal sewaktu baby mula menyusu atau sewaktu sesi mengepam. Bentuk fizikalnya lebih cair kerana ia mengandungi lebih air yang lebih banyak air. Ini adalah lumrah kerana kita biasanya akan minum air dahulu untuk hilangkan dahaga, kemudian baru kita makan, betul tak?
Pada waktu siang, biasanya kandungan foremilk lebih berbanding pada waktu malam. Secara relevannya, cuaca di waktu siang lebih panas dan kita biasanya akan minum banyak air pada waktu siang berbanding waktu malam. Dan kalau kita perhatikan, hasil mengepam waktu siang ni foremilk yang terhasil warnanya agak kehijaun atau kebiruan.
Tapi jangan ingat foremilk ni takde khasiat pulak sebab ia cair. Walaupon cair, ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin. Ia tetap mengandungi khasiat semulajadi terbaik. Jadi, bagi ibu-ibu yang rasa susu mereka cair, kena pam at least 15-20 minit untuk pastikan susu foremilk ni habis keluar.
HINDMILK pulak adalah susu yang keluar beberapa ketika setelah kita mengepam atau atau menyusukan baby. Kandungannya adalah lebih pekat berbanding foremilk.
Sebab itulah bila kita mengepam atau menyusukan baby, biarkan baby menyusu at least 15-20 minit untuk pastikan baby dapat hindmilk ni. Hindmilk yang lebih pekat ini mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Jadi, baby akan lebih kenyang bila menyusu sehingga mendapat khasiat dari hindmilk.
Untuk mendapatkan hindmilk yang lebih pekat, kita kenalah selalu kosongkan Cik B dengan kerapkan mengepam atau dengan menyusukan baby dengan lebih kerap. Jadi, bila tidak bersama baby terutama pada waktu kerja, kena pandai-pandai la adjust masa untuk pam lebih kerap ya atau mengepam di waktu malam. Ini kerana, lebih kerap kita kosongkan payudara, lebih banyak susu dihasilkan.
Untuk artikel berkaitan penyusuan, boleh KLIK DI SINI kerana lebih banyak tip penyusuan susu ibu yang dikongsi.
So, enjoy your breastfeeding journey!!!
mertua suke cakap sebelah kanan mkn, sbelah kiri air.. layankan je lah, bukan dia paham pape pon kalau nak explain yg sbenarnyer :P
ReplyDelete