Nana nak share cara nak atasi demam di kalangan anak-anak. Petua dan tips nak atasi demam ni Nana dapat dari orang-orang tua dan kawan-kawan terdekat. Rasanya eloklah Nana share di sini dengan harapan boleh dijadikan panduan buat pembaca semua.
Bila anak-anak mula tunjukkan panas badan atau dedar, sebagai ibu kita pasti akan mula gelisah dan risau. Apatah sekarang ni dengan musim demam denggi. Bagi anak-anak Nana sendiri, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah hampir setahun, anak-anak jarang demam. Cuma selsema dan batuk biasa saja.
Nana akui, anak-anak Nana memang kerap demam masa dorang masih kecil. Tiga tahun lalu anak sulung Nana pernah admit kerana demam berlarutan, ujian darah menunjukkan platlet darah dia rendah dan doktor suspek denggi. Masa ini rasa nak menangis jer. Tapi sebagai ibu, Nana hanya mampu panjatkan doa semoga Athirah demam biasa jer. Alhamdulillah, masa admitted dan ujian darah dibuat berkali-kali, doktor sahkan Athirah cuma viral fever. Viral fever ni memang ambil masa agak lama untuk sembuh. Demam sentiasa on off.
Suatu ketika dulu anak-anak Nana memang kerap demam. Dan Nana memang cukup risau kalau dorang demam. Sebab bila demam suhu badan dorang memang tinggi dan pernah mencecah 40'C. Hati ibu mana yang tidak risau bila anak demam panas macam ni. Dan kita sudah tentu tak dapat tidur malam kerana berjaga. Risaukan si anak yang demam. Kadang-kadang sampai ubat nak habis sebotol pon demam masih tak kebah. Tips yang Nana share ni boleh apply selepas anak makan ubat, tapi badan masih panas.
Tips #1-MANDIKAN
Kebiasaannya sekarang ini bila anak-anak demam ibu bapa mesti ambil jalan mudah dengan letak cool fever di dahi anak,kan? Dan Nana sendiri pon ada buat begitu. Tapi bukan terus bergantung pada cool fever tu ya.

Biasanya suhu badan ni akan panas tak menentu. Jadi, walaupon jam 3 pagi sekalipon, Nana akan tetap mandikan kalau suhu badan dia melebihi 38'C. Sesetengah orang mungkin taknak mandikan sebab takut anak dijangkiti selsema. Jangan risau, lepas mandikan, boleh sapu minyak panas untuk baby kat tapak kaki untuk elakkan anak selsema.
KELEBIHAN-sekurang-kurangnya kita dapat rehat 2 jam selepas mandikam anak. Selalunya lepas mandi suhu badan akan turun, dan jika panas tu berulang, ia ambil masa agak lama jugak. Jadi dapatlah kita rehatkan diri seketika.
Tips #2 - LAPKAN BADAN
Lap badan ni memang biasa kita buat bila anak-anak demam. Jika suhu badan anak tidak mencecah 38'C, boleh la kita sentiasa basahkan anak. Macam Nana selalunya tak guna kain pon. Nana akan gunakan tangan jer untuk basahkan badan anak. Memang basahkan setiap masa. Asal badan terasa panas jer Nana lapkan. Sehingga Nana rasa puas hati.

ELAKKAN letak tuala basah kat dahi. Ramai di kalangan kita suka letak tuala basah kat dahi. Cuba kita fikir secara logik, macam mana panas dari badan anak nak keluar kalau kita letakkan tuala basah kat dahi. Memang betul tuala basah tu menyerap panas badan anak, tetapi panas tu berkumpul di tuala dan seterus akan ke badan anak semula. Betul tak? Jika Nana silap, tolong betulkan. Ini cuma pendapat Nana sahaja. Dan Nana tak pernah letak tuala basah kat dahi anak Nana.
Tips #3 - AIR DAUN BUNGA RAYA/DAUN DURIAN BELANDA
Kalau di kampung selalunya ibu-ibu akan gunakan daun durian belanda atau daun bunga raya. Di bandar mungkin susah untuk dapatkan daun durian belanda, tapi kalau bunga raya ni, In Shaa Allah pasti ada.
Caranya ambil dalam 4 atau 5 helai daun bunga raya, campurkan dengan air dan ramaskan daun bunga raya ni hingga keluar lendir atau dah sebati dengan air. Sapukan kat seluruh badan anak dan buat basahkan kepala. In Shaa Allah suhu badan cepat turun.
Tips #4 - PUTIH TELUR
Petua ni diberi oleh sahabat Nana berbangsa cina. Jika selepas makan ubat badan anak masih panas selepas beberapa jam, boleh cuba petua ni. Ye lah, selagi tak cukup 6 jam, takkan nak bagi ubat demam kan. Biasanya ubat demam ni diberi setiap 6 jam kan. Jadi dalam tempoh 6 jam, boleh cuba buat ni.
Caranya ialah dengan ambil sebiji telur ayam. Pecahkan dan ambil telur putih jer. Lepas tu lumurkan putih telur kat badan anak. Kalau badan anak tu memang panas, anda akan dapat lihat telur putih sekejap jer kering kat badan anak tu. Nana pernah cuba buat masa anak kedua Nana si Asyraff ni demam. Selalunya suhu badan akan turun selepas sapu telur putih ni. Sebab panas badan tu dah diserap oleh telur putih tu.
Kekurangannya adalah badan anak bau hanyir telur la sket. Hehehe. Tapi takpe, lepas tu kita boleh mandikan anak.
Tips #5 GUNAKAN TISU
Kita juga boleh lap badan anak dengan tisu. Sebenarnya bukan lap tapi letakkan tisu yang dibasahkan ni kat tempat-tempat tertentu kat badan anak. Cara ni dikongsi oleh nurse kat HKL masa anak Nana admitted dulu. Nana rasa cara ni paling berkesan jugak untuk turunkan panas badan anak. Gunakan tisu yang macam dalam gambar ni sebab ia tebal. Lagi mudah sebab mesti kat rumah kita ada tisu ni kan.
Caranya, ambil sehelai tisu ni kemudian lipat dua. Basahkan dan letak kat belakang anak. Kemudian buat lagi caranya yang sama, basahkan tisu ni kemudian letak kat pelipat badan anak macam kat bawah ketiak dan bawah pelipat lutut tu. Tapi Nana selalunya letak kat belakang dan celah ketiak jer. Bila tisu tu kering Nana akan gunakan tangan ambil air kemudian basahkan tisu tu sehingga suhu badan turun. Cara ni memang berkesan bila Nana buat kat anak Nana yang demam.
Tips #6 - AIR ASAM JAWA

Mandi air asam jawa
Cara ini dikongsi oleh seorang sahabat. Katanya petua ni dari mak dia. Ni kisah beberapa bulan lepas. Kali terakhir Asyraff demam. Masa ni badan dia tak berapa panas sangat dalam 37.5'C macam tu. Waktu siang tu Nana cuma lapkan badan dia setiap masa sebab nak cuba elakkan bagi ubat demam.
Caranya, ambil asam jawa (masa ni Nana guna asam jawa adabi tu jer) dan campurkan dengan sebaldi air. Macam dalam gambar di atas. Kalau boleh biarkan anak tu berendam dalam air asam jawa tu. Masa ni Asyraff memang taknak masuk dalam baldi tu tapi Nana pancing dia suruh dia main air, baru dia nak. Kalau tak boleh berendam boleh buat mandi jer.
Syaratnya, ada syarat tau nak buat mandi air asam jawa ni. Kena mandikan pukul 9 malam. Sebabnya masa ni panas dari badan senang keluar Ikut kata orang-orang tua la. Dengan izin Allah, lepas berendam dalam air asam jawa ni, panas badan Asyraff turun dan demam dia kebah. Dan panas tu tak berulang. Syukur sangat.
Tips #7 - DAUN ASAM JAWA DAN BERAS
Cara ni Nana rasa special sikit sebab pernah dipratikkan oleh arwah ayah Nana suatu ketika dulu masa Nana demam. Kalau korang nak tahu Nana ni memang kerap sakit masa budak-budak dulu.
Caranya, ambil segenggam daun asam jawa, kalau boleh jangan ambil daun yang tua. Kemudian giling bersama sedikit beras (agak-agak la ya) dan sedikit air. Lepas dah hancur lumat, campukan air lagi dan lumurkan ke seluruh badan. Memang cepat turun suhu badan. Cara ni Nana tak pernah apply lagi untuk anak-anak. Ye la, mana nak cari daun asam jawa kat bandar ni kan.
Untuk pengetahuan semua, cara ni jugak boleh digunakan untuk lumur kat badan kita atau mereka yang kena chicken pox. Boleh kurangkan miang dan gatal chicken pox tu. Sebab ramuan ni menyejukkan badan.
Nana harap apa yang Nana share ini dapat dijadikan panduan kepada anda semua. Nana bersyukur sejak anak-anak Nana konsisten makan vitamin C chewable dan mealshake shaklee, anak-anak jarang dijangkiti selsema, batuk mahupun demam.
Kalau dulu peti sejuk penuh dengan ubat-ubat dari klinik, sekarang ni dah takde lagi. Niat Nana cuma nak cuba kurangkan dari terlalu bergantung kepada ubat klinik. Itu jer. Maklumlah, bukan elok sangat kan selalu makan ubat tu. Alhamdulillah, Anak-anak Nana memang tak bergantung pada antibiotik lagi. Kalau ke klinik dan doktor bagi antibiotik, memang Nana simpan jer antibiotik tu. Tak bagi pon kat anak-anak.
Nak tahu set kesihatan anak-anak, boleh KLIK DI SINI.
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee atau mungkin ingin berkongsi tips dan petua, boleh hubungi Nana pada bila-bila masa.
Nana Zarina (ID Shaklee: 883402)
HP: 019-3088178
Email: saidina7300Z@gmail.com
No comments:
Post a Comment