Facebook Twitter Pinterest Google+ Email Addthis

Monday, April 13, 2015

PENGALAMAN 3 KALI BERTUKAR TASKA DALAM MASA 4 BULAN | TASKA OH TASKA

KISAH TASKA ( PART 1) 


Pengalaman bertukar taska 4 tahun lalu masih segar dalam ingatan. Ia bermula apabila Nana mula mencari taska untuk anak kedua sebulan sebelum masuk kerja. Dalam masa yang sama Nana mencari tadika untuk anak pertama Nana, Athirah yang dah nak masuk 5 tahun. Entri ni mungkin agak panjang, sudikan untuk membaca semoga dapat memberi panduan buat ibu-ibu semua sebelum menghantar anak-anak ke taska.

Nana memang tidak ada pengalaman hantar anak ke taska. Sebab anak pertama Nana hantar ke rumah pengasuh. Waktu ini pon ade jugak masalah yang timbul, tapi Nana ceritakan dalam entri yang akan datang. Nana mula survey taska yang berdekatan, actually bukan survey tapi nak cari taska yang memang nak hantar terus.

Kebetulan di satu taman perumahan ni, ada satu tadika yang bersebelahan dengan taska. Nana rasa ni peluang baik ni. Terus call tadika tanyakan teacher ambik lagi pelajar baru. Nasib baik tadika ni masih ambik budak  umur 5 tahun. Selesai satu masalah. Kemudian call pulak owner taska tanyakan sama ada dorang terima lagi tak baby 3 bulan dan syukur kerana mereka masih terima. Terasa syukur sebab Allah permudahkan urusan Nana.

Tanpa berfikir panjang dan tanpa melihat keadaan dalam taska dek kerana tidak ada pengalaman, Nana terus setuju nak hantar anak kedua Nana, Asyraff ke Taska A ni. Ye la senang sebab Athirah boleh ke tadika berhadapan tu jer. 

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Rupanya Allah nak uji Nana. Sebulan selepas tu, pekerja taska ada yang berhenti. Dan Nana memang baik dengan penjaga-penjaga taska ni. Lepas penjaga baru masuk, Nana macam hilang keyakinan sikit dengan taska ni sebab dah mula dengar desas desus yang tak sedap didengar.

Suatu hari, Allah nak tunjukkan. Nana amik cuti dan ke taska tu waktu tengahari tanpa bagitahu owner yang Nana nak amik anak-anak tengahari tu. Waktu pekerja taska tu buka pintu, hati Nana bagai diletup dengan bom atom sebab nampak sorang baby tu tidur atas bouncer Asyraff. Sebelum Nana sound pekerja tu Nana tanya dulu "itu bouncer Asyraff kan?" Anggukan dari pekerja taska buat hati Nana bagai disiyat-siyat. 


Syoknye baby ni tidur kan. (Gambar Hiasan)

Bukan Nana tak bagi letak baby lain, bagi Nana tindakan pekerja tu semacam tidak beretika sebab Nana bawa bouncer tu untuk Asyraff sebab Asyraff tak lena tidur kat bawah. Nana terus call owner taska tu dan memang Nana marah sebab tindakan pekerja dia yang Nana rasa tak patut buat macam tu. Sebenarnya sebelum Nana pegi ambik anak-anak, dah ada yang mengadu kat Nana, pekerja tak pedulikan sangat budak-budak yang menangis. Dengan kata lain, mereka dah tak terlayan.

Petang Nana pegi balik Taska A untuk amik barang anak-anak. Siyes owner Taska A sikit pon tidak meminta maaf atas apa yang berlaku. Dan demi kesihatan anak-anak kat Taska A, Nana buat aduan dengan menghantar email ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan berniat untuk menutup periuk nasi taska ke apa, tapi Nana rasa Nana patut lakukannya demi budak-budak lain kat taska tu. Sanggup ke kita dengar anak-anak dijamu dengan ayam yang dah busuk setiap hari? Diberi makan sardin yang paling murah dan hancur isinya? Oh tidak!!! Nana tak sanggup. 

Inilah kelebihannya bila kita buat baik dengan pekerja taska. Dorang mengadu kat Nana semua sebab tak tahu nak cakap kat sapa dah. Kata mereka, ikutkan hati tak sanggup nak masak ayam yang dah busuk tu tapi terpaksa sebab nanti budak-budak nak makan apa. Dorang memang kesian kat budak-budak tapi tak berani nak melawan kata owner.

Haritu tu jugak Nana nekad keluarkan anak-anak dari taska A ni sebab bukan tu sahaja, ada banyak isu-isu yang buat Nana tak sanggup nak hantar anak-anak kat situ lagi. Hari yang sama Nana cuba pusing-pusing kat kawasan taman perumahan yang sama dan jumpa lagi satu taska B. Kali ni Nana ambik pendekatan untuk jumpa dan berkenalan dengan owner taska B sebelum hantar anak-anak kat sini. Dan Nana masuk ke dalam taska untuk melihat suasana kat dalam walaupon Nana tak tengok kat area baby ditempatkan di tingkat atas.

Nana berpuas hati dengan keadaan taska yang bersih dan kemas. Tengok owner pon rasa sejuk hati sebab bila tengok budak-budak taska macam rapat dengan owner tu, hati rasa tenteram jer. 

Sekadar Gambar Hiasan

Hari berikutnye Nana hantar anak-anak ke taska B. Kalini Athirah balik sekolah dengan cikgu dia. Jadi takde la risau sangat. Setiap kali ambik anak-anak, Nana akan tanya, harini buat apa, makan apa. best tak duduk taska. Masa permulaan tu jawapan yang diberi oleh Athirah agak positif. Hati pon rasa lega. 

Apa yang Nana suka pasal Taska B ni, dia latih Asyraff tidur meniarap, jadi Asyraff yang waktu ini nak masuk 4 bulan, dah tak perlukan bouncer lagi. Lepas tu owner akan update perkembangan anak bila anak-anak tak sihat. Lega rasa hati. Tapi tu la, ujian Allah tidak berakhir di Taska A.

Si Athirah dah mula mengadu kata tak best dok taska. Sebab nak main tak boleh, buat bising sikit tak boleh, melompat tak boleh. Apa lagi la yang anak-anak ni boleh buat selain bermain. Sedangkan ia tidak mengganggu baby atau kanak-kanak yang sedang tidur ke sebab semua berada di tingkat atas rumah.

Bukan itu sahaja, setiap kali tanya Athirah, "kakak makan apa harini? makan lauk apa?" Apa perasaan ibu-ibu semua jika jawapan yang diberi setiap hari adalah sama. Nasi dan telur. Hari-hari Athirah bagi jawapan sama jer. Luluh jugak hati ibu bila mendengarnya. Dahlah caj untuk overtime sampai RM10 satu jam. Kalo dah 2 anak dan berapa dah tu. Bukannya Taska B ni ada aktiviti ke apa ke. Taska biasa jer pon.

Nana dah mula berkira-kira nak keluarkan anak-anak dari Taska B ni. Mula la pening kepala. Kita dah la bekerja. Alhamdulillah, rupanya Taska A telah bertukar owner. Owner entah pergi ke mana. Patut la Nana perasan ada la 2 3 orang budak yang dulunya dok di Taska A telah berpindah ke taska B. Dan kebetulan owner baru Taska A telah contact parents yang pernah hantar anak ke Taska A dulu bertanya kot-kot nak anta ke Taska C (yang dulunya Taska A).

Akhirnya Nana nekad keluarkan anak-anak dari Taska B. Dah tak larat nak bayar ovetime. Tapi Nana keluarkan anak-anak dengan cara yang baik. Kasihan pulak kat pekerja Taska B bila dorang tanya, salah mereka ke Nana keluarkan anak-anak? Dorang jaga tak bagus ke? Alahai... tak tahu nak jawab apa Nana cuma kata Nana tak larat nak bayar duit overtime. Sebab boleh dikatakan setiap hari akan ade overtime. Charge overtime dikenakan selepas jam 6.30 petang sedangkan Nana hanya boleh sampai ke taska paling awal jam 6.40 petang. 

Nana akan sambung kisah taska ni dalam part 2 nanti. Sebelum tu Nana share sedikit TIPS yang perlu diambil kira sebelum kita nak hantar anak-anak ke taska.

[TIPS MEMILIH TASKA]
  • Daftar dengan JKM - Pastikan taska yang dipilih itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pemilik Taska - Kenali siapa pemilik taska. Boleh cuba selidik siapa pemilik itu, adakah beliau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JKM.
  • Pekerja Taska - Seeloknya pastikan pekerja taska dihantar kursus yang dianjurkan oleh JKM. 
  • Silaturrahim - Jaga hubungan dengan pekerja taska. Berbaiklah dengan mereka supaya kita boleh tahu dan selidik tentang taska dan owner. Pastikan owner taska adalah seorang yang penyayang.
  • Suasana Taska - Pastikan kita masuk dan tengok sendiri keadaan dalam taska dari dalam bilik hinggalah ke dapur dan bilik mandi.
  • Pengurusan taska - pastikan pengurusan teratur dari segi penjagaan baby dan kanak-kanak serta anak-anak yang transit sekolah.
  • Cara Penyediaan makanan - Pastikan owner mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan kepada anak-anak yang tinggal di taska.
  • Yuran Taska - pastikan yuran taska dan caj overtime adalah berpatutan.
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu ibu bapa memilih taska yang sesuai untuk anak-anak. Nantikan sambungan cerita Nana dalam part 2 nanti ya.

Selamat Malam








3 comments:

  1. Allahuakbar, pengalaman yang banyak kisah mengenai taska...bouncer disalahgunakan, bagi ayam busuk kt budak2...subhanaAllah.

    ReplyDelete
  2. Itu kisah 4 tahun lalu julia... memang sedih bila kenangkan... semoga owner sedar akan kesilapan yg dilakukan... nak buka taska ni perlu ada sifat kasih sayang pd budak2..betul tak?

    ReplyDelete
  3. izinkan saya untuk memetik tips memilih taska oleh puan Nana untuk saya muatkan dalam entri saya berkaitan taska. saya akan link kan blog puan di dalam tulisan saya di blog. terima kasih :)

    ReplyDelete

ARTIKEL LAIN

AHLI SUKAN ALERGIK ANEMIA SEMASA HAMIL ANTI PENUAAN BATUK SEMASA HAMIL BENGKEL NUTRISI SHAKLEE BISNES ONLINE CACAR AIR CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE CARA MERAWAT SEMBELIT CARA TURUNKAN BERAT BADAN CHICKEN POX DEMAM PANAS JADI AHLI SHAKLEE Kempen Sihat KENCING MANIS KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU KISAH ISTERI POWER KOLESTROL TINGGI Master Checklist MIGRAIN MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK NATIONAL CONFERENCE OFFLINE COACHING ONLINE BISNES PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK PERIOD TIDAK TERATUR PESAKIT KANSER DARAH POWER PUMPING RAHSIA BERHENTI MEROKOK RAHSIA SYUKUR SAKIT SENDI SHAKLEE EFFECT SHAKLEE HQ Shaklee Motivation Rally SIJIL HALAL SHAKLEE SUSAH TIDUR TANDA-TANDA KENCING MANIS TASKA OH TASKA TESTIMONI OMEGA GUARD TIPS ATASI ASMA TIPS ATASI DEMAM PANAS TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR TIPS ATASI RAMBUT GUGUR TIPS ATASI SEMBELIT TIPS BADAN CERGAS TIPS BERHENTI MEROKOK TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL TIPS CERGAS SEMASA HAMIL TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG TIPS HILANGKAN GEGATA TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT TIPS KECUTKAN JERAWAT TIPS KEKAL CERGAS TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT TIPS KURANGKAN MENGANTUK TIPS KURUS TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TIPS MEMILIH TASKA TIPS MENGASAH BAKAT TIPS MENYUSUKAN ANAK TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG TIPS MINUM AIR KOSONG TIPS MUHASABAH DIRI TIPS RAWAT GASTRIK TIPS RAWAT SAKIT SENDI TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL TIPS UNTUK AHLI SUKAN VITAMIN KANAK-KANAK

LIKE US ON FACEBOOK

Designed ByBlogger Templates