Facebook Twitter Pinterest Google+ Email Addthis

Monday, April 27, 2015

8 TANDA-TANDA KENCING MANIS YANG PERLU KITA KETAHUI

Dalam sebelum ini, Nana pernah share jugak mengenai kencing manis. Boleh KLIK DI SINI untuk baca entri berkaitan dengan kencing manis atau diabetes.


Tapi, dalam entri kalini Nana nak share lagi sekali TANDA-TANDA DIABETES atau KENCING MANIS yang selalunya sukar dikesan pada peringkat awal. Antara 8 tanda-tanda kencing manis adalah:-

1. BLURRED VISSION / PENGLIHATAN KABUR - Keadaan ini adalah disebabkan kandungan glukos yang tinggi dalam darah yang memberi kesan atau mengganggu penglihatan.

2. INCREASES HUNGER / SENTIASA LAPAR - Hal ini pulak disebabkan deria badan kekurangan glukos dan menjadikan kita sentiasa rasa lapar dan ingin makan.

3. NUMEROUS INFECTION and SLOW HEALING - Penghidap kencing manis manis selalunya mudah mendapat jangkitan dan proses penyembuhan agak lambat kerana kandungan glukos yang tinggi dalam darah menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah untuk melawan penyakit.

4. TINGLING OR NUMBNESS IN HAND or FEET - Kesemutan atau terasa kebas-kebas ni bahagian kaki atau tangan. Kandungan glukos yang tinggi menyebabkan kerosakan atau merengsakan saraf yang menyebabkan pesakit kencing manis sentiasa merasa kebas pada bahagian kaki dan tangan.

5. INCREASE THIRST AND URINATION - Keadaan ini disebabkan kandungan glukos yang berlebihan dalam darah, menyebabkan peningkatan kandungan air kencing yang mendorong pesakit kencing manis kerap buang air kencing yang secara tidak langsung mengurangkan kandungan air dalam badan. Bila keadaan ini berlaku, pesakit akan sentiasa merasa dahaga.

6. WEIGHT LOSS - Pesakit kencing manis akan kehilangan berat badan kerana badan bertindak membakar lemak dan tisu otot untuk menjadi tenaga bila mana ia sepatutnya boleh memproses glukos.

7. SEXUAL PROBLEM - kandungan glokus dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan saluran darah yang boleh menyumbang kepada mati pucuk kepada kaum lelaki yang mengidap kencing 
manis.

8. LACK OF ENERGY - Pesakit kencing manis mudah menjadi lemah  atau cepat letih kerana sel-sel badan tidak mempunyai kandungan glukos untuk diproses menjadi tenaga. 



Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan atau pengesahan. Dan jika ingin mencari alternatif selain ubat yang dibekalkan oleh doktor, boleh KLIK DI SINI melihat produk yang shaklee tawarkan untuk kencing manis.


Atau boleh terus hubungi Nana di 019-3088178 untuk dapatkan konsultasi PERCUMA.




Read More

Sunday, April 26, 2015

PERKONGSIAN PENGALAMAN BEKAS PESAKIT KANSER LYMPHOMA TAHAP 3 | LUQMAN KONGSIKAN TIPS BUAT PANDUAN SEMUA

Alhamdulillah, percaturan Allah bila beliau tag Nana dalam post beliau. Sungguh kagum dengan ketabahan beliau. Luqmanulhakim, bekas pesakit kanser lymphoma atau barah darah
Dengan izin beliau sendiri, Nana kongsikan di sini kisah perjalanan bekas pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi sehingga kini beliau hampir bebas dari sel kanser. Semoga Luqmanulhakim terus sihat dan dapat menjalani kehidupa seperti biasa.

Jom kita hayati coretan dari Luqmanulhakim sendiri melalui facebook beliau Luqmanulhakim. Semoga dapat menjadi pandua buat semua pesakit kanser di luar sana.

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya sampaikan ini tidak disukai oleh sesetengah orang. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kerana rasa tanggungjawab memberi kesedaran kepada sahabat2 berkenaan kanser.
Tahun 2014, tahun yang paling mencabar buat saya dan keluarga, saya dipilih oleh Allah untuk menerima ujian-Nya sebagai pesakit kanser. Tidak sampai sebulan selepas arwah abang saya kembali ke rahmatullah kerana kanser, saya pula mendapat peluang merasainya. Alhamdulillah dalam ujian yang diberikan-Nya tersimpan 1001 hikmah, yang jika dibandingkan dengan kesakitan yang diberi, terlalu sikit rasanya kesakitan yang dialami. Dalam tempoh hampir setahun keluar masuk hospital ini juga saya berkenalan dengan ramai pesakit2 kanser yang lain, kadang2 baru saja rasanya berkenalan, beberapa kenalan sudah pun kembali menemui penciptanya, terlalu dekat rasanya dengan kematian.
Saya mula mendapat simptom pada penghujung May 2014 dengan sedikit benjolan kalenjar di leher yang pada awalnya tidak menyakitkan. Pergi ke klinik dan diberikan antibiotik, benjolan tersebut berkurang, tetapi hanya bertahan selama seminggu. Kembali ke klinik yang sama, saya dinasihatkan untuk pergi ke HKL untuk pemeriksaan lanjut. Sebulan lebih saya berulang alik ke HKL yang pada awalnya saya disyaki menghidap TB, bagaimanapun kesemua ujian memberikan keputusan yang negatif. Pada awal July 2014 barulah saya melalui prosedur 'biopsy' untuk mengesan kanser. Pada masa inilah kesakitannya hanya Allah yang tahu. Penghujung July 2014 saya disahkan mengidap kanser Lymphoma tahap 3 dan saya dinasihatkan untuk menjalani rawatan chemotherapy dengan segera. Tanpa fikir panjang saya dan isteri ambil keputusan bersetuju menerima rawatan.
Alhamdulillah walaupun ada sesetengah orang yang mempertikaikan keputusan kami, keputusan itu adalah yang terbaik yang Allah ilhamkan kepada kami. saya akui rawatan chemotherapy memang ada kesan2 yang kadang2 membuatkan sesetengah orang takut untuk menjalaninya, tapi itu tidak melemahkan saya untuk menerima rawatan. Setelah hampir setahun, rawatan yang saya jalani sudah hampir ke penghujung, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Sekarang boleh dikatakan saya hampir bebas dari kanser, tetapi masih ada rawatan2 yang sedang dan akan saya lalui.
Berdasarkan pengalaman yang sedikit ini, saya ingin berkongsi sedikit tips kepada sesiapa yang disahkan menghidap kanser dan juga kepada keluarga dan sahabat pesakit:

1. Jangan dengar cakap2 orang
Ini adalah perkara pertama dan yang paling penting. 'Jangan chemo nanti semua sel mati', 'Jangan buat chemo nanti botak', 'Jangan bagi doktor ambil air tulang belakang nanti lumpuh', ini ayat2 yang akan anda dengar dari ramai orang. Anda sudah disahkan sakit oleh Doktor yang pakar, yang punyai pengalaman dalam bidang ini, dengar sahaja nasihat doktor. Kenapa perlu dengar orang2 yang tidak ada apa2 kelayakan untuk menasihati anda. Mereka yang selalu menghalang anda untuk mendapat rawatan selalunya tidak ada pengalaman sedikit pun berhadapan sakit kanser. Mereka pun hanya sekadar dengar cakap2 orang.
masih mampu tersenyum walaupon sakit
2. Jangan Tangguh
Dari pengalaman saya sendiri, sel kanser merebak dengan sangat2 cepat. Hanya memerlukan sebulan lebih dari tahap awal ke tahap 3. Ada beberapa orang yang saya kenali menangguhkan rawatan atas alasan ingin mencuba rawatan alternatif. Nasihat saya, JANGAN TANGGUH. Kebanyakan pesakit yang tangguh akan terlambat menerima rawatan yang sepatutnya dan mempunyai harapan yang sangat tipis untuk sembuh bila kembali ke hospital, berdasarkan pengalaman juga, beberapa orang yang saya kenal akhirnya meninggal dunia disebabkan terlambat. 
Bukanlah saya meletakkan hidup dan mati itu di tangan orang yang merawat, tetapi ikhtiarkanlah dengan cara yang terbukti berkesan. Saya tidak berniat untuk mengecilkan kaedah rawatan alternatif, mungkin ada yang berkesan, tetapi sebelum anda cuba alternatif, pastikan anda menjalani rawatan di hospital terlebih dahulu, kemudian cubalah rawatan lain jika perlu. Jangan pertaruhkan nyawa anda dengan rawatan yang tiada bukti dan sekadar cerita2 orang.

3. Jangan takut chemo
Rawatan chemo adalah salah satu rawatan untuk kanser. Macam2 cerita yang kita dengar bila sebut pasal chemo, rambut gugur, sel mati, hilang selera makan dan macam2 lagi. Memang benar rawatan ini akan menyebabkan sel mati, rambut gugur dan hilang selera makan, tapi hanya untuk sementara waktu. Rambut gugur biasanya akan kembali pulih dalam masa satu ke dua bulan selepas rawatan, selera makan pula akan kembali selepas seminggu dan kadang2 lebih cepat. Apa yang penting ikuti segala nasihat doktor.

4. Bone Marrow Examination???Ape benda tuh??? Sejenis prosedur di mana doktor akan ambil sample bone marrow/sum-sum tulang dari tulang pelvic, atau bahasa pasarnya ambil air tulang belakang. Yang ini anda akan mendapat tentangan hebat dari macam2 orang, dari orang yang tidak berpelajaran sampailah ke cerdik pandai mengalahkan doktor. Sekali lagi saya sarankan, dengarlah dulu nasihat dan penerangan dari doktor, segala rawatan/prosedur yang anda akan lalui adalah untuk menyelamatkan anda. Orang lain tak kena boleh lah cakap mcm2. Saya dah jumpa makcik dah tua 8 KALI ambil bone marrow, masih takde ape2 masalah.

5. Sokongan keluarga dan sahabat
Sokongan keluarga dan sahabat tersangat penting semasa anda dalam proses melawan kanser. Alhamdulillah saya dikurniakan ahli keluarga dan sahabat2 yang tidak jemu2 memberikan saya semangat, terutamanya isteri saya yang selalu disamping saya. Jadi kalau ada antara saudara anda yang menghidap kanser, berikanlah semangat, jangan pulak beri idea2 yang anda sendiri pun tak tahu samada boleh membantu pesakit melawan kanser ataupun tidak. 
isteri sentiasa menemani

6. Jangan jadi pakar
Baiklah, bahagian ini saya khususkan kepada sesetengah pakar yang tidak bertauliah. Bila seseorang mendapat kanser maka akan ramailah ahli keluarga dan sahabat yang akan memberi semangat kepada pesakit, tidak kurang juga yang sekelip mata akan menjadi pakar kanser. Tahu sahaja rakannya menghidap kanser, dialah orang pertama akan memberi warning tentang bahayanya chemo, risiko bone marrow dan segala macam amaran2 yang diambil entah dari mana. Nasihat saya, hentikanlah perbuatan anda, kerana anda sedang mempengaruhi seseorang utk mempertaruhkan nyawanya tanpa sebab yang munasabah. Dalam tidak sedar bila sahaja pesakit menerima 'nasihat' dari anda, dan tiba2 rawatan lain gagal menyelamatkan nyawanya, anda sudah pun menyumbang kepada satu kematian saudara/rakan anda. Memang ajal maut di tangan Allah, tp saya mohon sangat2 jika anda tiada bukti kukuh untuk menyokong amaran anda, lebih baik anda diam.
Firman Allah surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud - "Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
Semoga perkongsian yang sedikit ini akan m.emberi manfaat untuk semua. 

Terima kasih

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Kunci Utama adalah kena KUATKAN SEMANGAT dan BERSERAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT.
Read More

Saturday, April 25, 2015

QASEH GOLD ADINDA PUJAAN HATI WANITA | ATASI MASALAH KESIHATAN WANITA DENGAN QASEH GOLD

Assalamualaikum.

Antara produk Qaseh Gold yang menjadi pilihan adalah QASEH GOLD ADINDA. 

Antara kebaikan Qaseh Gold Adinda ni:-
  • Membekalkan tenaga
  • Awet muda
  • Membantu usaha mendapatkan zuriat
  • Menguatkan sistem imun
  • Melancarkan darah
  • Menstabilkan hormon
  • Mencerdaskan minda
  • Meningkatkan fungsi organ seks
  • Mengurangkan masalah keputihan dan senggugut.
Antara testimoni pengguna Qaseh Gold Adinda

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


Bagi yang berminat nak cuba Qaseh Gold Adinda ini atau nak jadi Rakan Niaga, boleh hubungi Nana di 019-3088178

Nana adalah pengedar Qaseh Gold area Ampang, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan area yang berdekatan.

Read More

Friday, April 24, 2015

7 CARA BERPANTANG SECARA TRADISIONAL YANG MASIH DIAMALKAN

Assalamualaikum...

Kalini Nana nak share pengalaman berpantang. Bagi yg hidup di kota besar macam Kuala Lumpur, mesti memilih untuk berpantang cara moden dgn hanya makan supplement atau jamu selain berurut dan bertungku sahaja. 

Supplement ni kira membantu badan ibu lebih cergas sepanjang berpantang. Apa lagi semasa dalam pantang kita mesti kerap berjaga malam untuk susukan bayi. Kena pulak kalo bayi yang jenis berjaga malam, alamak memang tak cukup tidur la jawabnya. 

Untuk kekal cergas sepanjang berpantang, boleh KLIK DI SINI untuk mengetahui supplement yg sesuai untuk ibu-ibu semua.

Nana bertuah kerana mempunyai bonda yang sangat ambik berat soal pantang. Masih menitik beratkan cara tradisional. Mungkin ada di antara ibu-ibu yang tidak pernah merasa pengalaman ini. Antara yang Nana amalkan semasa pantang adalah:

1. Mengurut Dalam pantang - Amalan mengurut semasa dalam pantang ni memang dah sebati dengan masyarakat Melayu. Dan ia jugak dikaitakan dengan penghasilan susu badan. Biasanya susu mula keluar dengan banyak lepas kita mengurut. Masa berpantang, Nana biasanya mengurut untuk 3 hari berturut-turut sahaja.

Memang badan rasa ringan lepas mengurut. Ye la kan, badan ibu yang baru lepas bersalin memerlukan belaian jugak. Banyak urat-urat yang terasa tegang. Bila dapat mengurut ni rasa lega dan best jer. Memang dapat rasakan perbezaan tu. Duduk kat kampung senang nak cari tukang urut ni dan upah pon takde la semahal macam di bandar. Biasanya tukang urut kat bandar ni akan tolong kita bengkung sekali. 


2. Bertungku dengan batu sungai - Sekarang ni dah ada macam-macam bentuk tungku. Tapi Nana lebih suka bertungku dengan batu sungai ni lagi. Panaskan kat dapur kemudian bungkus dengan kain. Tapi selalu akan diletak sekali daun mengkudu. Memang harum bau bila daun mengkudu tu dah kena dengan batu tungku yang panas tu.

Biasanya kita akan bertungku dari perut hingga ke kaki. Dan tukang urut akan tungku kita selepas beliau mengurut satu badan. Dapatlah panaskan urat-urat badan tu. Ye la, badan ibu dalam pantang ni senang berangin. Selain tu, tungku kat perut bantu kecutkan rahim dengan cepat.


3. Mandian Herba Tradisional - Air mandian ni memang best. Ia terdiri dari daun pandan, dan daun-daun campuran lain yang Nana sediri tak tahu nama. Heheheh.... semua daun ni dicampur dan direbus bersama. Hasil air rebusan ni akan mengeluarkan bau yg sangat wangi. Tapi bukan macam wangi perfume tau. Oh ya! Orang Kelantan panggil air ni sebagai "air teresak". Jangan tanya Nana pulak apa maknanya. Hehehe.


Sebelum mandi mak Nana akan campurkan dengan air biasa biar suam-suam sebelum mandi. Ye la kan, takkan nak mandi dengan air panas mendidih tu. Mau melecur kulit. Biasanya air ni Nana mandi pada waktu pagi. Kalau boleh hari-hari nak mandi air ni sebab badan akan terasa segar lepas mandi. Apa lagi bila mandi lepas berurut dan bertunggu. Tapi Nana dapat mandi untuk 3 hari jer. Sebab mak dah tak larat nak buat. Ye la sebab mak Nana dah uzur. Dapat mandi 3 hari tu pon dah ok.

4. Minum air Manjakani - Alhamdulillah mak Nana rajin buatkan air manjakani ni. Dari anak pertama sampai anak kedua. Selalunya mak akan rebus air manjakani ni. Tapi Nana siap pesan jangan buat pekat sangat. Hehehe. Mak akan letakkan dalam jug air untuk senang Nana minum bila-bila masa. Air manjakani ni bagus untuk cuci dalaman kita. 



Semua tahu akan kelebihan manjakani ni kan. Selain dari kebaikan utamanya yang berfungsi sebagai sari rapat, manjakani jugak membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Boleh juga dibuat air mencuci tempat luka bersalin. Selain minum, Nana akan asah manjakani dengan sedikit air dan sapu di tempat luka bersalin. Air manjakani ni Nana minum setiap masa selain diselang seli dengan air kosong. Inilah minuman Nana pengganti teh untuk cicah makanan paling sedap dalam pantang. Apa lagi kalau bukan biskut kering tu. Hehehe.

5. Memakai pilis - Kami di Kelantan tidak terdedah sangat dengan memakai pilis kat dahi ni. Tapi masa anak kedua Nana dapat merasa pakai pilis ni sebab masa tu Nana ambik set bersalin Amway. Dalam set ni Nana cuma gunakan pilis dan ubat untuk pakai kat perut sebelum bengkung. Air herba dia Nana tak sanggup nak telan. Fuhhh!!! Memang pekat. Rasa membazir pulak ambik set bersalin tu. 



Pilis ni pon Nana bancuh dan pakai sendiri. Sebab mak tak pandai sangat nak buat. Sebenarnya bagus bila berpilis ni sebab bantu buang angin kat kepala. Secara tak langsung dapat mengurangkan sakit kepala atau pening yang mungkin boleh menyebabkan meroyan. Kalau cara moden, kita cuma perlu makan vitamin macam b complex untuk kurangkan stress.

6. Memakai bengkung - Bengkung ni SANGAT PENTING  dipakai masa dalam pantang untuk mengelakkan perut buncit dan untuk mempercepatkan proses kecutkan rahim atau peranakan. Masa anak pertama, Nana pakai bengkung biasa tu jer. Yang Nana tempah sendiri yang sebenarnya lebih kepada barut perut. Bentuknya macam barut perut baby cuma dengan saiz yang lebih besar. So senang nak pakai.


Untuk ubat pakai kat perut ni senang sangat. Mak Nana guna cara tradisional. Cuma guna asam limau dicampur dengan kapur. Tapi memang menjadi. Perut terasa kempis setiap kali lepas berbengkung. Tapi Nana ni tak konsisten, bengkung sekejap jer pastu dah rimas terus buka. Hehehe. Tapi Nana biasa pakai bengkung waktu malam sampai pagi. Tapi bila waktu siang tu, pakai sekejap jer. 

Cuma, masa anak kedua Nana pakai bengkung macam yang dalam gambar. Lilit-lilit dan mak Nana la yang tolong lilit dan sapukan ubat. Anak kedua Nana guna ubat dari set Amway tu. Best jugak la sebab perut terasa kempis.

7. Menu special dalam pantang - Mak Nana memang titik beratkan soal makan dalam pantang ni. Mungkin ada antara kita tidak kisah dengan menu yang dimakan. Tapi mak Nana memang strict. 2 minggu pertama Nana cuma dibenarkan makan ikan masin bakar dengan nasi putih jer. Sesekali Nana tambah dengan lada hitam sebagai penambah rasa. Tak boleh bergoreng. Apa lagi nak makan ayam. Memang tak merasa la.

Ikan masin tu pulak buka boleh sebarangan. Salah satunya macam dalam gambar di bawah ni. Tapi inilah rasanya makanan paling sedap masa dalam pantang. Dan yang best mak Nana jarang nak benarkan Nana ke dapur sebab takut terliur dengan makanan lain yang ada kat dapur tu. Kelakar pon ada. Biasanya dah masuk hari ke 20 barulah dibenarkan makan ikan atau ayam yang bergoreng. 


Alhamdulilah Nana dapat menempuh fasa berpantang secara tradisional ni dengan jayanya. Kalau berpantang sendiri Nana tak tahu la macam mana. Yang paling Nana tak boleh lupa, Mak jugak antara orang yang akan tegur bila Nana berjalan tak macam orang pantang. 

Ye la, bila kita dah rasa macam dah sihat, mula lupa nak kontrol cara berjalan. Sebenarnya cara berpantang macam yang Nana amalkan ni banyak bagi kelebihan kalau kita betul-betul ikut. Nak dapat sakit seperti sakit pinggang ke, lenguh-lenguh ke memang susah. 

Cuma bagi yang memilih cara mudah, boleh mencuba vitamin shaklee untuk mengekalkan kecergasan badan kita. Lagipon kini baru Nana sedar betapa pentingnya pengambilan makanan tambahan ni semasa mengandung dan selepas melahirkan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu semua untuk memilih cara berpantang.

Jumpa lagi ya!!! 




Read More

Thursday, April 23, 2015

7 KEBAIKAN PATI KRISTAL GARAM MINERAL SOLE | QASEH GOLD PILIHAN HATI



Sole sangat baik untuk mengimbangi faktor pH dalam bandan kita. Dengan gabungan unik mineral ionik yang terdapat dalam Sole memberikan KEBAIKAN berikut:
  • Menyingkirkan logam berat seperti plumbum, merkuri, arsenik dan amalgam melalui pemecahan struktur molekul bahan tersebut.
  • Menyingkirkan timbunan protein haiwan yang tidak terurai (asik urik) yang berlebihan melalui air kencing.
  • Menyelaraskan keseimbangan alkali/keasidan dalam badan (faktor pH) dan menyeimbangkan tekanan darah.
  • Menyahkan dan menghapuskan mendapan yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit sendi seperti arthritis dan gout.
  • Mencegah kerosakan buah pinggang dan menghalang pembentukan batu pundi hempedu dan batu karang.
  • Mengurangkan rasa ketagihan kepada gula, rokok dan dadah.
  • Mengatasi penyakit kulit melalui proses perkumuhan dari dalam tubuh apabila diminum dan boleh juga digunakan untuk luaran (disapu pada kulit).
Jadi, mereka yang ada masalah kesihatan seperti gout atau darah tinggi boleh cuba untuk amalkan pati kristal sole ini. 

Nana boleh bagi anda pilihan untuk mencuba sama yang berbentuk cecair atau tablet. 

Terasa syukur dapat berkongsi kebaikan produk kesihatan yang memang dijamin oleh KKM ini. 

Boleh hubungi Nana untuk mendapatkan produk Qaseh Gold untuk sekitar Ampang, Ulu Kelang, Keramat, Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.


Hubungi Nana ni 019-3088178

Read More

Wednesday, April 22, 2015

KATA ORANG TUA, SUSU IBU NI TERDIRI DARI NASI DAN AIR, MITOS ATAU REALITI?

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.

Pernah tak anda dengar orang tua-tua kata, kalau nak bagi susu kat anak, kena bagi belah kanan dulu kemudian baru bagi sebelah kiri, sebab sebelah kanan katanya adalah kandungan nasi dan kiri tu air. 

Haih, macam-macam kan. Tapi itu adalah kepercayaan orang tua. Kalau nak pertikaikan pon tak boleh. Jadi kita ia kan jer la. Dulu Nana pon tak tahu sangat pasal ni, tapi dunia penyusuan susu ibu banyak dedahkan Nana dengan info-info yang berguna yang tidak pernah tahu sebelum ni.

PERBEZAAN SUSU IBU

credit pic to: FB Noorfazilah Abdul Rahman

Hakikatnya, susu ibu ni sebenarnya terdiri dari FOREMILK dan HINDMILK. Jadi tak ada perbezaan pon antara bagi kiri dulu ke kanan dulu. 

FOREMILK adalah susu yang keluar pada awal-awal sewaktu baby mula menyusu atau sewaktu sesi mengepam. Bentuk fizikalnya lebih cair kerana ia mengandungi lebih air yang lebih banyak air. Ini adalah lumrah kerana kita biasanya akan minum air dahulu untuk hilangkan dahaga, kemudian baru kita makan, betul tak? 

Pada waktu siang, biasanya kandungan foremilk lebih berbanding pada waktu malam. Secara relevannya, cuaca di waktu siang lebih panas dan kita biasanya akan minum banyak air pada waktu siang berbanding waktu malam. Dan kalau kita perhatikan, hasil mengepam waktu siang ni foremilk yang terhasil warnanya agak kehijaun atau kebiruan.

Tapi jangan ingat foremilk ni takde khasiat pulak sebab ia cair. Walaupon cair, ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin. Ia tetap mengandungi khasiat semulajadi terbaik. Jadi, bagi ibu-ibu yang rasa susu mereka cair, kena pam at least 15-20 minit untuk pastikan susu foremilk ni habis keluar.

HINDMILK pulak adalah susu yang keluar beberapa ketika setelah kita mengepam atau atau menyusukan baby. Kandungannya adalah lebih pekat berbanding foremilk. 

Sebab itulah bila kita mengepam atau menyusukan baby, biarkan baby menyusu at least 15-20 minit untuk pastikan baby dapat hindmilk ni. Hindmilk yang lebih pekat ini mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Jadi, baby akan lebih kenyang bila menyusu sehingga mendapat khasiat dari hindmilk. 

Untuk mendapatkan hindmilk yang lebih pekat, kita kenalah selalu kosongkan Cik B dengan kerapkan mengepam atau dengan menyusukan baby dengan lebih kerap. Jadi, bila tidak bersama baby terutama pada waktu kerja, kena pandai-pandai la adjust masa untuk pam lebih kerap ya atau mengepam di waktu malam. Ini kerana, lebih kerap kita kosongkan payudara, lebih banyak susu dihasilkan.

Untuk artikel berkaitan penyusuan, boleh KLIK DI SINI kerana lebih banyak tip penyusuan susu ibu yang dikongsi.

So, enjoy your breastfeeding journey!!!
Read More

Monday, April 20, 2015

HATI RESAH BILA KEDUDUKAN BABY MELINTANG DI USIA KANDUNGAN 38 MINGGU

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kali ini Nana diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa mengandungkan anak kedua yang ada sedikit masalah.

Jarak antara anak pertama dan kedua agak jauh. Di usia Athirah 4 tahun, barulah Nana disahkan hamil anak kedua. Waktu ini memang happy sangat sebab dapat bagi kawan kat Athirah. Kesian jugak hampir 4 tahun dia asyik main sorang-sorang kat rumah. Tapi Athirah memang seorang yang berdikari. Bersyukur ada anak seperti Athirah.

Tapi, saat menantikan baby lahir adalah suatu yang mendebarkan. Waktu dok check up so far memang tak pernah ada masalah. Namun Nana diuji saat usia kandungan masuk 38 minggu. Saat menghitung hari untuk menunggu si kecil melihat dunia.

Waktu ni Nana dah ada kat kampung. Nana ambil cuti bersalin awal seminggu. Nana masih ingat lagi, tarikh keramat 16/01/2011 waktu check up doktor bagitahu kedudukan baby melintang. Hati jadi resah kerana confirm kena bersalin operate ni.


Memang sedih sangat masa ni sebab automatik terkenangkan Athirah. Macam mane la nanti nak uruskan dia kalo bersalin ceaser. Tak dapat nak gambarkan perasaan ni.

Namun, penjelasan doktor sedikit melegakan. Dalam kedudukan baby melintang, agak berisiko untuk bersalin normal. Pakar gynea jelaskan, Nana ada 2 pilihan.

Pertama, bersalin normal tapi agak berisiko. Tapi percentage 9/10 adalah berjaya. Untuk bersalin normal, ada proses yang perlu dibuat. Doktor akan pusingkan bayi ke kedudukan normal dan kita akan di induce untuk bersalin, kerana risau baby akan kembali ke kedudukan asal.

Syarat untuk lakukan proses ni, ibu belum mengalami apa-apa contraction atau tanda-tanda sakit nak bersalin. Kerana bila ibu dah ada contraction, risiko agak tinggi. Semasa proses nak pusingkan baby, uri boleh pecah dan ini akan bahayakan nyawa kedua-duanya, ibu dan bayi.

Namun begitu, walaupon belum ada contraction, tetap ada risiko semasa proses ini dilakukan. Semasa proses, baby mungkin akan lemas dan doktor tiada pilihan melainkan pembedahan segera untuk selamatkan bayi.

Boleh dikatakan cara pertama ini tetap BERISIKO

Kedua, terus lakukan pembedahan. Ini kerana dalam kedudukan baby melintang, agak mustahil untuk bersalin normal. Dalam kedudukan ini, tali pusat berada di bawah dan menutup laluan atau bukaan faraj yang mendorong tali pusat akan keluar dahulu. Bila ini berlaku, ia akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.

Mendengar penjelasan pakar gynea cukup buat hati luluh. Memang down sangat. Doktor bagi masa untuk Nana fikir. Akhirnya Nana nekad untuk pilih cara pertama. Appointment terus dibuat 2 hari lepas tu. Terpaksa buat cepat sebab nak pastikan Nana tak sakit contraction semasa proses tu nanti.

Waktu pilih cara pertama, Nana cuma berserah pada Allah. Yakin dengan keajaiban Yang Maha Kuasa. Hanya pada Allah Nana bergantung harap semoga dipermudahkan.

Boleh dikatakan dalam masa 2 hari ni, pakar gynea call Nana bertanya khabar dan tak pernah lupa untuk ingatkan Nana terus ke hospital jika ada tanda-tanda sakit nak bersalin.

Tanggal 18/01/2011, seawal 6.00 pagi Nana dah ke hospital Pakar Perdana,  Kota Bharu. Waktu dalam perjalanan, Nana terima panggilan dari pakar gynea yang berpesan supaya Nana terus ke Emergency. Waktu ni hati memang dah berdebar-debar. 

Sampai di hospital, Nana terus ditempatkan di labour room. Lepas bertukar uniform hospital, Nana berehat di katil sementara menunggu doktor datang. Sambil tu nurse dah scan, kedudukan baby masih melintang. Hai la anak, sungguh kamu menguji ibu kali ni.

PROSES PUSINGKAN BAYI KE KEDUDUKAN NORMAL.

Sebelum proses dilakukan, nurse dah ambik tekanan darah dan suhu badan untuk pastikan keadaan kesihatan kita adalah normal. Imbasan CTG jugak dibuat untuk pastikan yang tidak ada contraction lagi pada waktu itu.

Hati semakin berdebar pulak. Waktu ni cuma Nana, nurse dan doktor yang ada dalam bilik bersalin. Hati tertanya-tanya, camane la proses nak pusing bayi ni. Namun dalam hati tak putus berdoa semoga Allah permudahkan urusan bersalin ni.

Proses bermula lebih kurang jam 8.30 pagi. Pada permulaan, doktor telah suntik kat drip kat tangan Nana. Kata doktor, suntikan ni akan buat jantung Nana berdegup laju. Memang betul, tak sampai 1 minit, jantung Nana automatoik berdegup kencang. Terus Nana bagitahu doktor, "doktor, apasal jantung saya degup kuat sangat ni?". Tapi doktor tu rileks jer jawab "memang saya nak bagi awak berdebar, sebab nak bagi rahim awak rileks". Terasa kelakar pon ada. 

Kemudian, doktor gunakan bedak baby powder yang ditabur atas perut Nana. Dengan lafaz bismillah dan selawat, dua kali doktor buat pergerakan di atas perut (Nana tak tahu nak gambarkan macam mana), doktor berjaya pusing kedudukan baby hingga kepala ke bawah. Kemudian terus scan CTG untuk lihat keadaan jantung baby. Ahamdulillah, baby tak lemas dan Nana terus diinduce.

Terus rasa contraction pertama. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Waktu ini bermulalah contraction. Nana cuma berbaring di bilik bersalin tu sorang-sorang. Nurse datang sesekali untuk check keadaan Nana. Boring pulak rasa dok terbaring macam tu. Nak bergerak ke mana-mana pon tak boleh. Mengikut doktor, Nana dijangka bersalin pada sebelah malam. Fuhh!!! Lama lagi tu.

Nasiblah bersalin kat private hospital kali ini. Jadi layanan pon agak eksklusif. Waktu macam ni cuma boleh minum air jer. AKhirnya doktor inject jugak pain kiler kat Nana walaupon Nana menolak. Katanya nak bagi Nana rest. Takut hilang tenaga waktu nak push nanti. Dapat jugak lelapkan mata sekejap sekejap. 

LAHIRNYA PUTERA HATI IBU.

Setelah melalui tempoh contraction yang lama, Nana terasa seperti air ketuban dah keluar. Memang dari awal doktor ada bagitahu tak nak pecahkan air ketuban, doktor nak ia pecah sendiri. Hemm... elok jugak, dapat rasa pengalaman yang berbeza. 

Waktu ni contraction dah semakin kuat. Nana memang dah tak boleh tahan. Mata terpejam rapat menahan sakit. Tapi nurse tak bagi Nana push lagi sebab tunggu doktor datang duluj. Lega sikit bila nurse tolong picit-picit kat paha. Bila contraction datang, terus pegang erat tangan nurse menahan sakit. Memang tak sempat nak fikir apa dah waktu ni.

Bila doktor sampai sampai, terus nurse mintak Nana push. Apa lagi, tarik nafas dan push sekuat hati. Waktu ni tetiba nurse pasangkan oksigen kat hidung Nana. Mungkin atas arahan doktor sebab waktu ni Nana selsema dan nafas pon tersekat-sekat. 

Banyak kali jugak Nana push baru baby keluar. Sampai tahap Nana dah agak letih dan berhenti push. Sekali nurse cakap "awak nak anak awak lemas ke tak nak push?" Dengar jer macam tu, entah dari mana tenaga tu datang, terus Nana push. Alhamdulillah, selamat melahirkan putera hati AMIRUL ASYRAFF dengan berat 2.75kg tepat jam 10.28 malam.


Paling Nana bersyukur sekali bersalin kali ni tak perlu dijahit. Doktor pon puji.-Siap gosok-gosok kepala dan kata bagus. Dari tak perlu operate, terus takde jahitan. Lega rasa selepas baby lahir. Hilang segala kesakitan yang ditanggung selama hampir 12 jam kat bilik bersalin.

Pengalaman yang tak mungkin Nana lupa sampai bila-bila walapon dah 4 tahun berlalu. Setiap detik dalam labour room tu masih segar dalam ingatan. Sebenarnya tak semua doktor sanggup buat seperti pakar gynea Nana lakukan ni. Ada 2 orang kawan yang Nana kenal yang hadapi masalah yang sama, doktor terus operate. Sebab tu Nana bersyukur sangat-sangat dapat bersalin normal.

Kepada ibu-ibu yang mengalami masalah baby melintang, jangan berputus asa. Banyakkan berdoa dan mungkin boleh refer pakar gynea yang berbeza untuk dapatkan second opinion.



Read More

Sunday, April 19, 2015

BATUK SEMASA HAMIL CUKUP MENYEKSAKAN | TIPS MERAWAT BATUK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum.

Kita sering dan mudah dijangkiti penyakit kalau kita tidak jaga kesihatan betul-betul semasa hamil. Batuk adalah sesuatu yang boleh dikatakan senang menyerang ibu-ibu hamil. Bila dah kena batuk, memang susah nak sembuh, apa lagi dalam keadaan hamil kita tidak digalakkan makan sebarangan ubat.



Melalui pengalaman Nana sendiri semasa mengandungkan Athirah, Nana dijangkiti batuk semasa usia kandungan 7 bulan. Masa tu, Nana balik kampung untuk adakan kenduri doa selamat. Dah kena pulak musim panas, memang dok teguk air sejuk jer la. Apa lagi time kenduri, minum air sirap sejuk jer. Puncanya nampak simple jer, tapi bila kita tersilap makan ata tidak jaga pemakanan, inilah kesannya.

Bila dah kena batuk tu, memang sengsara rasanya. Sampaikan boleh terkencing bila batuk kuat sangat. Mahunya tak dengan kandungan yang sarat macam tu, lagi la mudah terkencing. Bila ke klinik, doktor ada bagi ubat batuk, tapi Nana tak berani nak makan ubat batuk tu. Jadi, Nana cuma konsisten minum air kosong jer. Pendek kata, naik LRT pon kelek air kosong dalam bekas.

Bila takde perubahan, Nana cuba cari petua orang-orang lama. Nana cuba minum air kosong yang dicampur dengan biji selasih. Cuba jer kan dari nak makan ubat tu. Alhamdulillah, ada perubahan jugak bila batuk dan semakin kurang. Lega rasanya. 

Caranya mudah jer, rendah jer lebih kurang 1 sudu besar biji selasih dalam 1000ml air kosong. Biarkan sekejap lebih kurang 15-20 minit atau sehingga biji selasih dah kembang, barulah minum seperti biasa. Nana amalkan minum sepanjang masa. Macam kita minum air kosong setiap hari, bezanya yang ni kita minum air yang dicampur dengan biji selasih.


Bagi Nana, sebab itulah pengambilan supplement sangat penting dalam mengekalkan kesihatan kita sepanjang kehamilan. Supplement ni bukan sahaja membantu badan kita sihat dan cergas tapi baik jugak untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Omega Guard Shaklee misalnya, bagus untuk mengawal kolestrol dalam badan dan bantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Pengambilan omega juga membantu mengurangkan masalah batuk bukan sahaja untuk ibu hamil, tapi juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.

Atau untuk kesihatan menyeluruh, boleh pilih untuk consume set kehamilan shaklee yang bukan sahaja membantu ibu-ibu cergas semasa hamil, tapi dapat mengekalkan kesihatan sepanjang kehamilan dan tempoh berpantang.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang hamil dan mengalami batuk dapat praktikkan apa yang dikongsi.

Bagi ibu-ibu yang nak dapatkan set kehamilan shaklee, boleh hubungi Nana di 019-3088178


sihat dan cergas semasa hamil adalah impian kita



Read More

Friday, April 17, 2015

ALAHAN ATAU MORNING SICKNESS SEMASA HAMIL, APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Morning sickness atau alahan biasanya bermula pada awal trimester kehamilan.. Tidak ada yang lebih menggembirakan bila si isteri disahkan hamil. Macam Nana sendiri, memang rasa tak sanggup nak tempuh saat morning sickness walaupon mungkin masih di tahap terkawal.

Mengenangkan morning sickness yang Nana tempuh untuk kedua-dua anak, memang berbeza. Masa mengandungkan Athirah, Nana jarang muntah tapi kepala pening tu yang tak tahan. Sebelum tahu hamil tu, belum start apa-apa lagi. Tapi bila doktor dah sahkan hamil, maka bermula la episod mabuk dan mual. 

Pada tahap awal, Nana cuma berasa mual dan jarang muntah. Cuma tak boleh dengan bauan yang pelik-pelik. Itu akan buat Nana pening dan nak muntah. Bila kenangkan saat morning sickness atau mabuk, Nana rasa baik sakit bersalin lagi. Bayangkanlah Nana pening kepala bila naik kenderaan sampai ke hujung kehamilan. Gula-gula hudson dan kismis sentiasa ada dalam beg. Serik jer rasa. Hehehe.

Namun 5 tahun selepas tu, Nana disahkan hamil anak kedua. Kalini memang betul-betul menguji Nana. Silap makan sikit pastu muntah. Bab pening, mual dan loya tu tak payah nak cerita la. Yang kelakar semasa hamil anak kedua ni, Nana jadi tak suka dengan kedai mamak. Memang sepanjang mengandungkan Asyraff ni, langsung tak jejak kaki ke kedai mamak. 

Kalini Nana memang kerap muntah. Kalau makan sesuatu yang rasa tekak tak boleh terima, lepas tu paksa juga makan, memang muntah la jawabnya. Pening kepala dan mual tu boleh la tahan lagi. Tapi masuk bab muntah ni memang tak tahu nak cerita. Hanya yang mengalami jer akan paham.



Kekadang rasa jealous dengan orang yang takde morning sickness ni. Macam Nana sendiri, morning sickness sampai ke trimester kedua. Boleh dikatakan sampai usia kandungan 7 bulan baru alahan ni betul-betul dah takde. Tapi, rasanya kebanyakan ibu hamil semua sama dari segi deria bau, kan? 

Macam Nana sendiri tak boleh bau bawang yang ditumis. Memang pantang bau tu. Kekadang kalau terpaksa jugak menumis, siap tutup hidung lagi. Lepas tu Nana jadi geli nak tengok bekas minyak masak yang dah digunakan yang ditinggalkan dalam kuali. Bukan setakat geli, bila tengok jer, terus rasa mual nak muntah.

Macam-macam kan karenah masa dalam alahan ni. Apapon ia tetap meninggalkan kenangan manis buat kita yang bergelar ibu. Semua tu mengajar kita untuk jadi lebih tabah dan mengenang jasa ibu yang mengandungkan kita. Subhanallah, hebat betul KEISTIMEWAAN yang Allah berikan pada kaum wanita ini.

Bagi yang dah rasa tak sanggup nak tempuh morning sickness sepanjang trimester pertama tu, jom Nana share satu tips mudah.

Sayang Nana belum kenal Shaklee masa hamil kedua-dua anak. Tapi, Nana ade cara tersendiri untuk kurangkan loya dan mual ni. Ye la kan, masa ni tak kenal shaklee lagi. Selalunya, untuk kurangkan rasa mual, Nana akan makan kismis. Bagi yang suka makan asam, boleh la standby asam boi. Tapi jangan mula selalu makan, sekadar untuk hilangkan mual ni. Boleh juga kemam gula-gula yang manis-manis.

PEPPERMINT GINGER PLUS dari shaklee ni cukup membantu untuk mengurangkan rasa mual dan loya semasa tempoh morning sickness ni. Sekurang-kurangnya boleh cuba. 

Jadi, takde la kita risau lagi kan nak tempuh saat-saat mabuk semasa hamil ni. Mesti kita tertanya-tanya, boleh ke makan peppermint ni. In sha allah, dah ramai ibu-ibu hamil yang makan peppermint untuk kurangkan rasa mual dan loya.



Tak salah untuk mencuba, boleh hubungi Nana untuk dapatkan stok peppermint ginger plus ni.

Nana Zarina: 019-3088178




Read More

Thursday, April 16, 2015

PELEMBUT KAIN SHAKLEE | SOFT FABRIC CONCENTRATE

Shaklee turut menawarkan produk pelembut kain yang berbau bersih dan mampu mengurangkan kedut pada pakaian yang dibasuh. Kita mungkin telah terbiasa dengan pelembut kain yang dijual di pasaraya. 

Pelembut fabrik Shaklee ni agak berbeza kerana ia:-

  • Dapat melembutkan lebih pakaian dengan kos yang rendah - lebih jimat
  • Melembutkan kain dan mengurangkan kedutan
  • Membuat kerja menggosok pakaian lebih mudah.

Perbezaan pelembut fabrik Shaklee

* SELAMAT - Tidak bertoksik dan sesuai untuk semua jenis fabrik, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa gas beracun dan pH yang seimbang

* BERKESAN - Berkepekatan tinggi (bagi 64 cucian), hanya 1/2 aun diperlukan untuk setiap cucian, kurangkan kedutan dan kesan statik.

* MESRA ALAM - Ramuan semulajadi, tanpa fosfat, tanpa pewarna, bungkusan yang boleh dikitar semula, selamat untuk sistem septik dan pembetungan.


TIPS:

Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian dari berkedut atau melekat pada badan.

Untuk order, boleh hubungi Nana di 019-3088178

Read More

ARTIKEL LAIN

AHLI SUKAN ALERGIK ANEMIA SEMASA HAMIL ANTI PENUAAN BATUK SEMASA HAMIL BENGKEL NUTRISI SHAKLEE BISNES ONLINE CACAR AIR CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE CARA MERAWAT SEMBELIT CARA TURUNKAN BERAT BADAN CHICKEN POX DEMAM PANAS JADI AHLI SHAKLEE Kempen Sihat KENCING MANIS KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENYUSU KISAH ISTERI POWER KOLESTROL TINGGI Master Checklist MIGRAIN MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK NATIONAL CONFERENCE OFFLINE COACHING ONLINE BISNES PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK PERIOD TIDAK TERATUR PESAKIT KANSER DARAH POWER PUMPING RAHSIA BERHENTI MEROKOK RAHSIA SYUKUR SAKIT SENDI SHAKLEE EFFECT SHAKLEE HQ Shaklee Motivation Rally SIJIL HALAL SHAKLEE SUSAH TIDUR TANDA-TANDA KENCING MANIS TASKA OH TASKA TESTIMONI OMEGA GUARD TIPS ATASI ASMA TIPS ATASI DEMAM PANAS TIPS ATASI PERIOD TIDAK TERATUR TIPS ATASI RAMBUT GUGUR TIPS ATASI SEMBELIT TIPS BADAN CERGAS TIPS BERHENTI MEROKOK TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL TIPS CERGAS SEMASA HAMIL TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG TIPS HILANGKAN GEGATA TIPS HILANGKAN KELETIHAN IBU MENYUSU TIPS HILANGKAN LENGUH KAKI TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU TIPS HILANGKAN PARUT CHICKEN POX TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT TIPS KECUTKAN JERAWAT TIPS KEKAL CERGAS TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT TIPS KURANGKAN MENGANTUK TIPS KURUS TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TIPS MEMILIH TASKA TIPS MENGASAH BAKAT TIPS MENYUSUKAN ANAK TIPS MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG TIPS MINUM AIR KOSONG TIPS MUHASABAH DIRI TIPS RAWAT GASTRIK TIPS RAWAT SAKIT SENDI TIPS TAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK TIPS TENANGKAN BAYI MENANGIS TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI TIPS TURUNKAN KADAR KOLESTROL TIPS UNTUK AHLI SUKAN VITAMIN KANAK-KANAK

LIKE US ON FACEBOOK

Designed ByBlogger Templates